Part 6

689 71 2
                                    

***

"Dari kecil lagi , hidup saya tak pernah bahagia. Omma dan appa selalu gaduh. Bukan setakat bertekak , malah omma kandung saya pun dipukulnya. Sampaikan saya sendiri pun dah tak berani nak keluar dari bilik lagi."

Kai ketawa kecil.

"... Saat tu , saya sedar yang hidup saya ni cuma sia-sia sahaja . Sebabnya? Saya anak luar nikah yang lahir disebabkan kebodohan lelaki tu. Saya cukup kecewa bila dapat tahu tentang perkara ni. Omma bawa saya keluar dari neraka tu. Dia.... hilang kawalan. Masa saya tidur dalam kereta tu , saya dapat rasakan yang dunia ni dah tunggang terbalik. Saya sendiri tak pasti kenapa. Sedar-sedar sahaja , saya ada di dalam hospital. Sebilik dengan omma. Sayang sekali , itu cuma halusinasi saya. Dia dah tiada."

Semakin laju cecair jernih yang kini sedang mengalir di pipinya. Kai menggagahkan dirinya untuk terus berbicara. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

"... Saya tak pernah bercakap dengan sesiapa pun sejak kejadian tu. Appa datang tanpa diundang lalu paksa saya balik ke neraka tu. Puas saya menangis dan melalak. Dia terus 'heret' saya ke sana. Disebabkan saya masih berdegil , dia pukul dan dera saya depan orang yang saya anggap sebagai perempuan simpanan appa. Rupanya appa dah kahwin lain sebelum omma mati. Saya cukup kecewa dengan tindakan dia tu. Pada mulanya , memang saya tak terima wanita tu sebagai ibu saya. Tapi dia tetap cuba untuk yakinkan saya... yang dia akan jaga saya sebaik-baiknya. Jadi , saya pun percaya bulat-bulat tanpa syak apa-apa pada dia. Dari pandangan mata wanita tu , saya yakin yang dia takkan kecewakan saya. Jadi saya anggap dia sebagai ibu kedua saya. Walau apapun yang terjadi , saya takkan biarkan dia ganti tempat omma saya. Mama sememangnya cukup penyayang. Tak pernah merungut sekali pun... walaupun saya tak mahu bercakap dengannya. Saya tahu , dia cuma serba salah."

Kai tersenyum pahit. Yeonji terus mendengar apa yang sedang disampaikan oleh lelaki itu dengan air mata yang turut mengalir keluar dari pelupuk matanya.

".... Saya cuba untuk bercakap kembali. Tapi tak boleh. Mama bawak saya pergi jumpa doktor pakar. Dan apa yang boleh doktor itu katakan , saya cuma tidak dapat terima kenyataan yang omma dah tak ada. Saya memang tak yakin pada diri sendiri. Saya bisu dari umur 4 tahun dan sampailah umur saya 21 tahun. Saya rasa kekurangan. Berbeza dengan orang lain. Sampailah seorang manusia ni datang untuk ubah semua persepsi saya tu. Dia ajar apa itu erti tidak berputus asa. Dia jugak tak pernah letih bagi semangat pada saya untuk kembali bercakap macam dulu. Dan akhirnya saya berjaya. Pada masa itu jugaklah saya lafazkan perasaan cinta saya pada dia selama dua tahun tu.  Dan baru saya tahu yang dia sebenarnya sudah jadi tunang orang. Saya cukup kecewa. Dia tipu perasaan saya. Itu cukup menyakitkan , Yeonji. "

Yeonji memeluk seerat-eratnya tubuh Kai yang sepertinya sedang menggeletar itu. Sebenarnya , ada satu lagi persoalan yang timbul dalam benak fikiran Yeonji ketika ini.

Namun dia rasakan yang masa ini tidak cukup sesuai untuk dia bertanya. Sekurang-kurangnya , dia perlu memberikan Kai ruang untuk menenangkan dirinya kembali.

"Saya faham keadaan awak , Kai . I'm here for you to cry."

Pujuk Yeonji. Diusapnya lembut belakang badan Kai itu. Jujur Yeonji katakan , dia turut terkesan dengan sejarah hidup Kai. Air matanya mengalir jatuh ke atas bahu lelaki itu. Begitu juga dengan Kai.

"Kai.. mama tu-..."

Entah kenapa , payah untuk Yeonji menahan dirinya dari bertanya soalan yang sedang berlegar di fikirannya ketika itu. Tanpa menunggu Yeonji menghabiskan ayatnya , Kai sudah memotong.

"Mama ditolak jatuh dari tangga tingkat atas. Kedua-dua belah kaki mama disahkan lumpuh. Appa pulak menghilangkan diri entah ke mana . Sejak tu , saya lah orang yang berulang alik jaga mama dalam villa ni. "

[SLOW UPDATE] Yes , He Is (Kai)Where stories live. Discover now