Part 5

748 76 2
                                    

***

'Omma..jaga diri baik-baik , ya?'

Kai mendongak ke langit biru yang terbentang luas di atasnya. Suasana yang damai dan cukup menenangkan itu membuat dia merenung kembali nasib yang kini menimpa dirinya.

Kai hilang keupayaan bertuturnya setelah mendapat tahu yang ibu kandung kesayangannya , Kim Haesun telah pergi. Atau lebih terang lagi , telahpun menutup mata buat selamanya.

Sehingga kini , Kai sendiri tidak tahu mengapa dia berada dalam keadaan bisu seperti ini. Tiada jawapan yang dapat sesiapa berikan. Sepertinya , kebenaran telah tertutup untuknya selami.

Apa yang dapat pakar katakan , dia cuma terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan berkenaan berita tersebut. Dan oleh itu , dia menjadi bisu seperti sekarang.

Pada peringkat permulaan, Kai hanya menggunakan kertas dan pen sahaja untuknya berkomunikasi dengan orang lain. Kini , dia telahpun belajar bertutur menggunakan bahasa isyarat. Sayang sekali , jejaka tampan sepertinya bisu seperti ini , bukan?

Sehingga kini , Kai masih lagi menyimpan amarah pada ayahnya. Jika bukan disebabkan lelaki itu , pasti ibunya tidak akan menderita sebegini.

Kim Chae Jeong telah berubah , bukan lagi seorang ayah yang cukup penyayang dan bertanggungjawab seperti dahulu. Semuanya berubah kerana seorang wanita.

Pastinya kerana wanita itu.

"Ahhh.." Satu rintihan kecil kedengaran tidak jauh dari tempat Kai sedang berdiri sekarang. Dia menoleh , memandang pemilik suara tersebut.

Seorang gadis yang sedang terduduk di atas tanah sambil mengurut-urut sekitar buku lalinya dipandang tanpa sebarang reaksi wajah.

Darah yang mula kelihatan dari luka yang terbentuk di kepala lutut gadis itu dipandang. Dia cuba untuk bangun kembali , tetapi gagal.

Sepertinya pergelangan kakinya itu terkehel teruk akibat tersadung batu. Kai berjalan laju menghampirinya.

Dilihatnya kaki gadis itu. Kai mengeluarkan sapu tangannya dari kocek seluar. Kain tersebut digunakan untuk menutup luka di kepala lutut gadis itu.

Dia yang masih lagi cuba menahan sakit merenung wajah Kai yang sedang tekun merawat luka di kakinya .

Kai membaluti sekitar kawasan yang berdarah itu dengan sapu tangan miliknya untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Muka gadis itu dilihatnya semakin berkerut menahan pedih.

Yang anehnya , mengapa lelaki ini langsung tidak menanyakan apa-apa? Anak mata mereka berdua bertembung.

Misalnya tidakkah lelaki itu bertanya , sakit atau tidak? Sudah rasa semakin baik atau bagaimana? Tetapi kali ini tidak pula bersuara.

Langsung tidak.

***

"Terima kasih pasal tadi."

Yeol Hee bersuara perlahan. Kai hanya mengangguk perlahan dan kemudian tersenyum. Dia menghirup sedikit demi sedikit kopi yang masih panas di tangannya ketika itu.

"Nama?" Yeol Hee memandang wajah tampan yang dimiliki jejaka itu. Kai seolah olah masih bingung mendengar soalannya ketika itu.

"Nama awak?" Yeol Hee mengulang kembali soalannya tadi. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir. Kai teragak-agak untuk menggunakan bahasa isyaratnya. Dia risau pula jika gadis itu tidak faham. Kai menjadi tidak keruan.

[SLOW UPDATE] Yes , He Is (Kai)Where stories live. Discover now