Part 4

772 78 1
                                    

***

"Jun..awak perasan tak yang..... Minghao selalu ambil suntikan?"

Yeonji akhirnya memberanikan dirinya untuk bersuara . Dahi Jun berkerut tatkala deria pendengaran-nya menangkap satu soalan yang ternyata agak mengarut bagi dirinya sendiri. Ditatapnya wajah Yeonji yang masih menantikan jawapan dari mulutnya.

"Apa maksud awak?"

Soalan dibalas soalan. Kening Jun bertaut rapat. Bukan sengaja untuk dia buat-buat tidak tahu. Tetapi dia hanya mahukan kepastian. Jun sendiri tidak tahu bagaimana untuknya menjawab soalan seperti itu. Jika dia hanya membuat serkap jarang tanpa adanya usul periksa , tentu buruk padahnya. Bukankah begitu?

"Semalam saya nampak Minghao suntik sesuatu. Saya cuma musykil lah , Jun. Takkanlah awak tak tahu apa-apa? Minghao kan sahabat baik awak? "

Jun hanya diam. Ada betulnya juga kata-kata Yeonji itu. Mustahil Minghao ada merahsiakan sesuatu darinya meskipun mereka adalah sahabat baik sehidup semati yang saling memahami antara satu sama lain.

Tapi Jun juga tahu , Minghao itu jenis yang suka berahsia dan memendam perasaan sendiri  walaupun pada asalnya , Minghao memang ramah orangnya.

Yeonji melepaskan satu keluhan panjang. Jelas kelihatan raut wajah sebal dan risau pada air mukanya ketika itu. Yeonji cuma ingin tahu , apakah cecair suntikan yang diambil oleh Minghao.

Dia amat risau sekiranya Minghao ada tekanan perasaan sehingga berani mengambil risiko memudaratkan dirinya sendiri. Dan sepertinya , Jun sendiri pun tidak tahu berkenaan perihal itu.

Jujur Yeonji katakan , semua persoalan ini benar-benar membuat mindanya berserabut. Dia sangka , Jun semestinya tahu akan apa-apa petunjuk berkaitan semua ini.

Namun sangkaannya meleset sama sekali.

"Tunggu..kalau tak silap , saya pun pernah nampak Minghao suntik sesuatu pada lengan dia. Masa tu , saya ada dalam kelas dengan dia."

Jun mulai dapat menangkap sesuatu yang kini berlegar di ruang fikirannya. Apa yang pernah berlaku di dalam kelas tempoh hari mengingatkannya kembali perihal topik perbualan mereka berdua sekarang.

"Awak tahu tak apa yang dia suntik tu?"

Jun diam kembali , mula berfikir sejenak. "Takkanlah dadah?" Jun menduga. Nampaknya pandangan mereka berdua sememangnya sama. Yeonji juga menaruh syak yang sama seperti Jun. Namun begitu , benarkah tanggapan mereka itu?

***

"Memandangkan ayah saya seorang doktor , dia bagi saya ni. Katanya , benda ni boleh tolong Minghao. Gunakan ni baik-baik , ya? Beri dia satu dos saja. Jangan lebih."

Kata-kata Jun di sekolah tadi kembali mengiang-iang di telinga Yeonji. Nafas ditarik sedalam dalamnya. 'Perlukah aku buat semua ni?' Tiub dos yang ada di dalam bekas khas itu dipandang lama. Entah mengapa , berat hati Yeonji untuk meneruskan niatnya itu.

'Tapi semua ni untuk kebaikan Minghao jugak , bukan?' Bisik hati kecilnya. Apa pun yang jadi , dia perlu bebaskan Minghao dari belenggu dadah itu.

Dia perlu!!

Lamunan jauh Yeonji terhenti serta merta apabila bunyi loceng sekolah berdesing di telinganya. Pandangan-nya dilontarkan kembali ke hadapan kelas.

"Okay semua. Masa menjawab dah tamat. Letakkan kertas objektif dan subjektif bersama di sebelah kanan meja kamu."

Semua pelajar yang berada di situ hanya menurut arahan guru yang sedang berdiri betul-betul di hadapan kelas ketika itu. Kertas peperiksaan dikutip satu persatu. Usai itu , semua pelajar bergerak keluar dari kelas menuju ke kantin sekolah.

[SLOW UPDATE] Yes , He Is (Kai)Where stories live. Discover now