So hari ni hari pertama aku menjalankan tugas sebagai PA kepada Encik Ridzuan merangkap crush aku yang membuatkan aku susah nak move on. Sampai sekarang.
Aku betul betulkan tudung aku agar kelihatan kemas. Ok done ! Eh, minyak wangi jangan lupa. Aku semburkan sedikit minyak wangi ke arah bajuku. Wow, gaya aku seakan akan mahu keluar date. Hahaha. Harapan la weyh, jadi PA kepada crush je. Huhu
Jarak perjalanan daripada rumah aku ke tempat kerja mengambil masa dalam 15 minit. Lama lah jugak. Kematu bontot aku sebab terlalu lama duduk di atas bangku motor. Haih.
Sesampai je aku dekat depan muka pintu pejabat, aku perasan ada satu lembaga sedang menanti aku dengan muka yg bengis. Huh, siapa lagi kalau bukan bos baru aku ni, Ridzuan.
"Apa kejadah PA tapi lagi lambat daripada bos !? tau tak sekarang pukul berapa ? It was supposedly PA reach earlier than me!" Wow, ok first time kena tengking dengan crush. Hati aku rasa sakit sangat. Aku hanya mampu melafazkan maaf kepada Ridzuan. Al maklumlah, pertama kali kerja sebagai PA seseorang. Selama ni hanyalah dibekalkan kertas yang melambak, kali ni kau kena arrange everything about a person punya perihal.Satu hari suntuk tu aku habiskan dengan mengatur segala macam jenis temu janji dia. Ughh, serius stress ! Tapi fikirkan dia bos aku dan aku memang sayang dia kan daripada dulu, ikutkan aje lah.
Bengis ? ha'ah, dia memang bengis. Pertama kali aku tengok perangai dia secara dekat. Memang jauh daripada apa yang aku angankan, ingatkan dia ni jenis bertutur lembut rupanya, huhu kau sendiri tau. Tapi that moment, bila dia berbicara tentang perihal kerja bersama rakan sekerjanya, aku boleh nampak charming dia. Ah, entah buat kali ke berapa aku cair dengan dia. Aku tak kuat untuk menyatakan yang aku tak suka kau.