12

13.5K 201 3
                                    

Hari ni dah genap seminggu untuk request daripada Pn. Ruzaina. Untuk jadikan aku sebagai menantu dia which means aku kena jadi isteri Ridzuan. Sounds ridiculous isn't ? Tapi realiti is real. Aku kena hadapinya. Tapi yang lagi memelikkan aku ialah Ridzuan langsung tak bersuara untuk bangkang ke, bantahan ke. Takde. Aikk, aku pun dibiarkan dengan 1001 persoalan yang terbenak di lubuk hati aku.

- Lepas genap seminggu -

nan jjeo jjeoreo ~
ringtone handphone aku berbunyi. Terpapar di skrin, ah Pn Ruzaina. Ni mesti kes pasal request dia la tu. Aku dah bawa berbincang dengan kedua ibubapaku, tapi mereka hanya mengatakan "kalau jodoh, mak dengan ayah tak kisah", so 50-50. Aku lagilah ragu ragu. Lalu aku mengangkat panggilan Pn.Ruzaina "Hello there miss Biey,hari ni auntie nak hantar rombongan meminang. Rasa macam cepat sangat ke ? Auntie dah tak sabar nak bermenantukan Biey ahaks! " Wow, apahal makcik sorang ni yang excited lelebih. "Errr, nanti saya tanya dulu parents saya" . So memang kebetulan aku diberi cuti selama lamanya lepas baru 9 bulan lah jugak jadi PA Ridzuan. Aku sendiri pun taktau apa yang specialnya aku sampai buat mak si Ridzuan ni tertarik dengan aku. Baru 9 bulan k bertugas dengan dia. Selepas memutuskan talian phone, aku mendail no Ridzuan. PA kan mestilah kena ada nombor dia. "Hello ? yes Biey, ada apa apa ke ?" suara dia tak pernah gagal dalam membuatkan hati aku bergetar. "Ermm bos, kenapa mak bos..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku tetibe dia dah menyampuk dulu "Awak ikutkan je apa yang dia nak. Saya pun ikut je apa yang mak saya nak. Thats all k. Btw saya busy. Bye" tup. Talian dimatikan. Perghh mamat ni dah apahal. Tapi dah kalau dia cakap camtu, takde la pilihan lain melainkan aku kena KAHWIN dengan dia. Haihh. Lalu aku bergegas untuk berbincang dengan kedua ibubapaku tentang Pn.Ruzaina

30 November 2019

Hari ini merupakan hari yang memang dinanti nantikan oleh setiap pasangan yang akan menghalalkan mereka. Tapi tak bagi aku. Aku gabra. Takut. Macam macam perasaan ada. Happy pun ada tapi sikit. Siapa je tak happy kan kahwin dengan crush sendiri, tapi entah kenapa aku takdapat nak rasa ke-happy-an tu melainkan aku rasa takut. Aku sebenarnya takut, sebab Ridzuan tak mungkin sukakan aku. Tah apa yang akan jadi lepas melafazkan akad nikah ni. Actually pasal meminang tu, mak ayah aku setuju. Katanya diorang, asalkan semua dijalankan dengan betul, diorang setuju aje. Aku pun kenalah ikutkan aje. Berlangsung di masjid yang berdekatan dengan rumah aku, majlis akad nikah yang diadakan biasa biasa sahaja. Pn.Ruzaina tidak mahu melangsungkan kenduri sebaliknya mahu adakan secara kecil kecilan macam doa selamat gitu gitu je. Tak sangka. Sebab biasanya orang kaya suka buat majlis grand grand. Kawan kawan aku semua datang ke majlis akad nikah aku. Semua kecoh sebab aku dapat kahwin dengan crush sendiri. hahaha. Dah la aku yang first dulu kahwin antara diorang. Jodoh sampai awal kahkah. Majlis pada masa itu berjalan dengan lancar tanpa ada sedikit cacat cela. The most beautiful moment bagi aku apabila Ridzuan melafazkan akad nikah dengan hanya satu nafas sekaligus terikat la hubungan halal antara kami iaitu suami isteri. Saat dia mengucup lembut ubun ubunku, MashaAllah. Sungguh aku rasakan kasih sayangnya melalui ikatan halal ini. Alhamdulillah.

That FeelsWhere stories live. Discover now