"Maaf bos sebab saya menyusahkan bos" ok. memang ayat tu je yang boleh aku reka sekarang. Ye ah, nervous kot. Bos merangkap crush aku punya bilik. Buat macam bilik sendiri je hahaha
"Haha it sokay lah. Lagipun actually ni first time saya bawak perempuan balik rumah. Eh eh, jangan fikir bebukan, maksud saya bukan yang lain. Yang baik baik je." ohh hahaha, aku hampir hampir dah terfikir lain. Haa berangan kan hahaha. Lalu aku kemas kemas balik katil King Ridzuan. Nyenyak memang nyenyak tapi bukan katil aku pun. Huhuhu. "Mak saya dah siapkan makanan dekat bawah. Saya tunggu awak. Tapi apa apa pun awak pergi mandi dulu, baju saya dah sediakan dekat bilik air. Habis bilik saya bau kambing awak ni " Cehh, dia kata bau aku macam kambing. Aku pandang slack dekat dia. Dia hanya berdekah ketawa lalu meninggalkan aku untuk bersiap20 minit kemudian.
"Mana buah hati pengarang jantung kamu tu Ridzuan ? " Pn Ruzaina bertanya kepada Ridzuan. "Entah mak. Jap Ridzuan pergi check jap eh" .
Selangkah demi selangkah dia memanjat anak tangga. Aku dah dengar dulu dah daripada bilik . Sebab sebenarnya aku dah siap dulu tapi aku malu nak turun bawah. Dengan baju aku yang Ridzuan dah sediakan ni. Malu sehh. Lalu si dia membuka pintu dan nampaklah kelibat aku di tengah tengah bilik dengan muka kontrol ayu. Auw.
Tiba tiba Ridzuan gelak besar. Cehh dia nak gelakkan aku sebab pakai dress mak dia ke apa duh. Sambil aku memaki hamun dia dalam hati aku, dengan perlahan dia melangkah ke arah ku, dengan senyuman yang paling manis dan berkata " Pilihan saya memang tepat. Awak nampak gorgeus gila pakai dress ni. Tergoda saya hahaha." Lalu dia mengambil tangan aku dan mengucup dia penuh kasih sayang. Perghh tetibe gentleman ni apahal. Aku gabra dan hanya mampu senyum. Dia suka aku ke ? Bukan dulu time sekolah suka lari daripada aku ke ? Namun segala persoalan tu aku biarkan tanpa jawapan. Lalu kami berdua turun untuk makan malam"MashaAllah bidadari mana kamu bawa ni Ridzuan. Totally my taste. Lelagi padankan dengan baju mak. Perfect" puji Pn Ruzaina lalu memeluk aku. Oh ya, lupa nak introduce family Ridzuan ni, dia anak sulung dalam 4 adik beradik. Adik adik dia semua perempuan. So tak heran lah kan. Hahaha. Mak dia ibu tunggal. Ayah dia meninggal semasa pergi outstation. Nasib mak dia ni jenis setia. Mungkin Ridzuan pun macam tu ? hahaha entahlah nak ~
Sejurus selesai makan malam, mak dia pelawa aku masuk bilik utama. Ofcourse la bilik mak dia. "Biey, sebenarnya kan, auntie berkenan dengan kamu. Entahlah, first time sebenarnya si Juan tu bawa perempuan balik, tapi dia memang tidak pernah hampakan auntie. So klau kamu berhenti jadi PA dia boleh ? " haa !?? What the fish and chip man ! aku terkejut mengalahkan beruk. Bila Pn Ruzaina nampak je muka gelabah aku, dia gelak besar. " Auntie tak habis cakap lagi lah kamu ni. Auntie nak kamu berhenti jadi PA dia dan auntie nak kamu jadi menantu auntie . Amacam ? " Bertambah lah shock aku camni. Di sebalik pintu, ada kelibat seseorang sedang tersenyum mekar bak bunga di taman. Indah.