Tik tok tik. Jam masih menjalankan tugasnya iaitu mendetikkan setiap saat. Setiap minit. Dalam masa yang sama, setiap saat, setiap minit, jantung aku berdegup degup nak menghadap Ridzuan. Segala persiapan suprise untuk dia, aku dah sediakan. Makanan, hadiah. Dah complete. Ma pergi keluar dengan adik adik yang lain. Katanya tak mahu menganggu. Haihh memang tinggal aku sorang je lah. Kedengaran deruan kereta yang dipandu oleh dia memasuki perkarangan rumah. Ah kabut datang sudaaahhh. Aku cepat cepat padamkan lampu. Menyorok di sebalik stor yang berada di tangga. Aku intai senyap senyap, ah dia. Dia membuka semua lampu, terkejut dengan bunga bunga ros yang aku letak, sebagai penunjuk ke arah bilik. Aku memang dah siap awal dengan baju dress aku yang pernah aku pakai ketika pertama kali keluar dengan dia. Bukan keluar tapi teman. Haihh. Diam diam aku berjengket kaki, pergi ke arah radio, aku pasangkan lagu romantik. Dia dah lama naik atas. Kesian penat penat balik kerja nak kena melayan kerenah isteri dia ni kan. Uhuks. Beberapa minit kemudian , dia turun dengan suit yang mak bagi. Suit kegemaran ayah katanya. Selangkah demi selangkah dia turun, makin cair hati aku dibuatnya. Huhuhu. Aku hanya memerhati daripada dalam stor. Dia hanya mengikut bunga ros yang aku taburkan, ke arah dapur. Tersedia di atas meja hidangan yang aku masak, semuanya makanan kegemaran dia. Ma bagitau. Dengan pantas aku keluar daripada stor, lalu aku menutup matanya daripada belakang. Dia tersentak sedikit. Terkejut.
Aku hanya tergelak sedikit dan cepat cepat aku mencium pipinya dan membuka matanya. Dia tersenyum lebar. Lalu merangkul pinggangku. "Sayang, hantu mana sampuk sayang ni tetiba je buat semua ni. Ehem romantiknya." Aku tergelak besar lalu memeluknya. Erat. "Biey buat semua ni sebab nak berterima kasih dengan Juan. Sebab Juan sudi suka dekat Biey yang tah apa lah ada kan" Sejurus sahaja aku meluahkan ayat tadi, dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku, "No no, Juan yang berterima kasih dengan Biey sebab sudi jatuh hati dengan Juan. Dan Juan pun tidak bertepuk sebelah tangan. Maafkan Juan sebab pernah palau Biey masa Biey panggil Juan. Bukan apa, Juan malu" Aku tergelak besar. Dia menggeletek pinggangku sebab aku gelakkan dia. Jarang woo nak tengok lelaki malu ni. Comel. Selepas tu, kami makan bersama. Sedap katanya. Padahal itu first time aku memasak sebanyak itu. Thanks to Ma sebab tolong sekali. Malam tu, aku dan Ridzuan menghabiskn masa dengan menonton movie di bilik. Aku baring di dadanya. Dia memeluk aku seperti tidak mahu melepaskan aku. Sejurus habis sahaja movie tadi, tiba tiba Ridzuan tersenyum nakal dekat aku. Dah apahal mamat ni?
"Dekat movie tadi kan, best kan scene dia. Apakata kita lakonkan balik scene tu ? " Ridzuan melontarkan ayat itu dekat aku. Merona merah muka aku. Dia hanya tersenyum lalu mendukung aku. For the next scene.