14

13.1K 204 3
                                    

Masuk harini, dah hampir sebulan aku bergelar isteri kepada Ridzuan. Kejap kan ? hahaha sebab setiap hari yang aku lalui penuh dengan rutin yang aku sendiri pun akan bosan tapi setiap malam, sebelum aku tidur, Ridzuan tak pernah miss untuk mendodoikan aku even aku tak minta pun. MashaAllah, nikmat ni akan betul betul rasa nikmat bila kau berada dalam hubungan yang halal. Huu.

Masuk bulan kedua aku jadi isteri dia. Perasaan kabut aku memang still tak punah daripada hati aku. Ma pun sentiasa melayan aku dengan baik. Termasuk adik beradik Ridzuan. Aku sendiri kekadang rasa bersalah sebab aku tidak lah baik mana sampai jadi sebahagian daripada keluarga yang cukup bahagia ini. Ye lah, Ridzuan dengan adik adik dia kalau nak bergaduh pun cover supaya tak gaduh depan aku. Ya ampun, boleh bayang kan tak baiknya diorang layan aku. Kekadang aku mengadu dengan mak, mak kata itu takdir aku. Daripada menjadi menantu dalam keluarga yang huru hara. Mak suruh aku bersyukur. Sebab tu sampai sekarang aku memendam perasaan bersalah. Sampai lah suatu hari tu, perasaan aku yang lama terpendam tu aku luahkan. Depan Ma dan Ridzuan.

- Dinner time -
"Ma, can I ask something ?" Ma memandang muka aku dengan riak pelik. Nasib la aku dengan Ma je yang tengah makan sebab adik adik lain dah makan terlebih dahulu manakala buah hati pengarang jantung aku masih tidak pulang daripada kerja. "Ermm takpelah, bukan sekarang rasanya. Lepas makan, Biey cerita eh ? " Ma hanya mengangguk tanda setuju.

Beberapa minit selepas itu...
"Ha Biey, ceritalah dekat Ma. Ada apa ? " Aku mengambil tempat sebelah Ma, lalu membuka bicara "Sebenarnya kan Ma, Biey dah lama crush dekat Ridz. Dulu, masa sekolah menengah. Tapi dia macam nak tak nak je pandang Biey, rasa sedih. Habis je SPM, Biey dah taktau apa apa dah pasal dia. Sampailah Biey dapat kerja jadi PA dia, alih alih jumpa Ma, Ma tawar Biey jadi isteri dia. Biey rasa bersalah sebab Biey masih crushkan dia. Dia layan Biey penuh kasih sayang padahal dia taktau Biey dah lama minat dia tapi Biey bajet tough. Biey tak kuat Ma, Biey rasa macam Biey ni... " aku tak dapat tahan air mata aku lalu mengalir membasahi pipi tembam aku. Ma hanya tersenyum manis dan memeluk aku, meminta supaya bertenang. Jangan menangis. Ambil masa untuk aku berhenti menangis. Selepas tangisan aku agak reda, Ma membuka cerita, yang juga merupakan jawapan kepada cerita aku tadi.

"Sebenarnya kan Biey, Ma dah tau semua benda ni." Aku terpaku . Terkedu. Segala macam yang mengambarkan keadaan bila kau terkejut dengan perkara sebenar. Macam tu lah aku sekarang. "Ma dah tau lama sebab Ridz yang cerita dekat Ma. Dia pun hadapi apa yang Biey hadapi sekarang. Dia rasa bersalah. Tau kan sebab apa ? Sebab dia pun dah lama sukakan kamu tapi dia takut . Dia tak berani. Ma pernah suruh dia luahkan perasaan dia dekat kamu. Tapi dia kecut. Sampai kesudah lah dia masih memendam perasaan dia. Ma masih ingat , ketika dia dapat kamu sebagai PA dia, sepanjang masa dia senyum je dekat rumah. Happy sebab dapat jumpa balik crush dia katanya. Lalu Ma pun berjumpa la dengan kamu in person, Ma terus aje ambik kamu jadi menantu Ma, sebab Ma tahu, kamu memang sebijik macam Ridz. Naluri ibu kuat kan. Thats why I can feel it. Dia sebenarnya sukakan kamu juga. Kamu boleh terima ? " Aku terkedu. Aku menangis lagi. Aku peluk Ma, ucapkan seberapa banyak terima kasih aku terhadap Ma, yang sentiasa baik dengan aku. Sejurus sahaja aku tahu akan perkara sebenar tu, aku rancang bersama Ma untuk buat suprise untuk dia. Khas.

That FeelsWhere stories live. Discover now