Part 05

800 74 2
                                    

Hari ini Suho dan Chorong akan berpindah dirumah baharu mereka yang diberikan oleh pihak produksi Just Married.Mereka pergi berasingan kerumah itu.

Suho sampai dahulu.Dia dihantar oleh manager exo iaitu Siwoo."Kamsahamnida..hyung"ucap Suho.

"Nae"balas Siwoo.Suho turun dari van exo.Barang-!! Suho akan dibawa nanti.

"Wahh!!!"ujar Suho tatkala menjejakkan kaki kedalam rumah itu.Rumah ini berkonsepkan rumah tradisional korea.Perabot-!! juga berkonsepkan rumah tradisional Korea.

"Cantikkan hyung"ujar Suho kepada jurukamera.Suho melangkah kearah sebuah pintu.

Pintu itu dibuka.Mata Suho terbeliak melihat suasana yang sangat cantik dan damai.Terdapat sebuah pondok kayu.Kolam ikan dan yang lebih menarik,tempat itu berlantaikan kayu.

"Cantiknya"ujar Suho.Suho melangkah kearah kolam ikan.Terdapat beberapa ikan koi didalam kolam itu dan juga beberapa pokok teratai.

"Oh,Annyeonghaseyo.."ucap Chorong tatkala ternampak Suho.Suho memusing kebelakang.Dia menunduk sambil tersenyum dan begitu juga Chorong.Chorong berdiri dimuka pintu itu.Masih lagi kekok.

Suho memandang Chorong."Ermm..marilah sini"ujar Suho untuk mengubah suasana.Chorong melangkah kearah Suho dan berdiri disebelah Suho.

"Tengok tu.Cantikkan"ujar Suho sambil menunjukkan ke permukaan kolam.

"Wahh!!..cantiknya..."ujar Chorong sambil menepuk tangan.Suho ketawa melihat Chorong.

"Wae?"tanya Chorong apabila Suho tiba-!! ketawa.

"Kyeopta"jawab Suho.Chorong tersenyum malu dan turut ketawa.

"Cantik sangat rumah ni"ujar Chorong."Betul tu"balas Suho.

Tiba-!! sekeping kad diberikan kepada mereka.Suho mengambilnya.

"Misi ke?"tanya Chorong.

"Tak akanlah baru sampai dah ada misi"ujar Suho.

Suho membaca kad itu."Sila pergi ke pintu masuk.Ada sebuah kotak"Suho dan Chorong berpandangan.

"Kotak?"Chorong tertanya-tanya.

"Jom"ajak Suho.Mereka berdua pergi ke pintu masuk.

"Betullah ada kotak"ujar Suho.Suho dan Chorong duduk bersila dihadapan kotak itu.Kotak itu agak besar dan ada lubang.

"Jom kita buka"ujar Suho.Chorong mengangguk.Suho mula membuka kotak itu.

Mereka terkejut apabila melihat isi kotak itu.

"Wahh!!..kyeopta!!"ujar Chorong ceria apabila Suho mengeluarkan seekor kucing parsi dari kotak itu.Kucing parsi yang sangat cantik berwarna putih.

"Oh,inilah misi kita.Kena pelihara kucing ni"ujar Suho.Suho memberikan kucing itu kepada Chorong.

"Kyeopta"Chorong mencium kucing itu.Suho tersenyum melihat Chorong.

"Nak juga"ujar Suho.Chorong mengerutkan dahi.Mereka ketawa.

BERSAMBUNG...
HOPE SUKE

Leader Couple !!Where stories live. Discover now