"Umm..Caramel Frapuccino," aku mengorder. Hmm, lepas ni, wayang. "Mockingjay part 2, thank you," aku beri senyuman. "Umm..popcorn yang small" lepas je membeli popcorn aku duduk di tempatku menunggu masanya untuk cerita itu bermula. "Hai," seseorang menyapa aku, and guess who? "Hai bos." Jawabku dengan dingin. "Kalau bukan di pejabat, tolong jangan panggil saya bos. Panggil je-" "Harriez, tahu." Aku potong kata-katanya dengan selamber. Semasa dia duduk, aku lihat dia dalam diam, kenapalah Mr. Handsome ni selalu ada di mana aku berada.
Muka dia nampak...sedih? Tapi kenapa? "Awak, awak kenapa ni sedih-sedih ni?" Kata ku dengan perasaan risau. Dia menoleh kepadaku dan tersenyum hambar. Kenapa dengan dia ni sebenarnya? Tanganku tanpa sengaja memegang kepala lalu lehernya, Ya Allah, panas. "Harriez, awak demam ke?? Kalau demam mengapa nak tengok juga cerita ni??" Aku berkata dengan risau. "Saya nak cari awak pagi ni sebab nak minta maaf." Katanya sambil menahan kesejukkan. "Kalau macam tu, awak balik dengan saya awal ini juga." Aku menuntunnya sampai ke motor kesayanganku. "Awak okaykan kalau naik motor?" Aku bertanya. Dia hanya mengangguk, aku lepas jacketku dan aku berinya kepada Harriez " nah, awak pakailah kalau awak kesejukkan, nasib baik saya pakai lengan panjang." Tanpa banyak cakap, Harriez pakai lalu tersenyum. Semasa perjalanan, aku risau, risau sebab Harriez yang demam dan duduk di belakangku. Setelah sampai, Harriez kelihatan sedikit pucat. Aduh, macam mana ni? "Abang! Babah! Tolong!" Aku jerit sekuat-kuat mungkin. "Ih kenapa ni?! Macam mana boleh si Ha-"babah terus sigung abangku, kenapa ni? "Aaa..kawan kau kesini Meli??" Abangku yang pertama menyambung. Kenapa diaorang jadi pelik ni.
DINGDONG! "Ma, ada orang datang!" "Sekejap! Kamu jaga dulu Harriez tu!" Mamaku balas. Semasa aku buka pintu, aku melihat Harriez dah belimpang kelelahan. "Hy, okay dah?" Kataku dan memberinya senyuman yang manis untuknya. Aku pun tak tahu kenapa setiap kali aku melihat muka Harriez, hatiku rasa tenang dan berbunga. Ish, pergilah kau wahai perasaan. "Okay sikit." Dia cuba senyum tetapi tak dapat. "Awak rehatlah dulu, sebab saya nak tengok siapa yang datang." Kataku dan senyum kepadanya. Semasa aku menuju ke ruang tamu, aku melihat wanita yang macam aku pernah liat. Tapi di mana ya? "Tu anak kami yang masih bujang, Syasya Amelia, di rumah ni, nama manjanya kami bagi Meli," mamaku menerangkan kepada wanita berumur sekitar 45 tahun itu. "Assalanualaikum auntie." Aku bagi salam. "Ah, kan sejuk hati auntie kalau Meli panggil Auntie 'auntie', daripada Meli panggil auntie puan, macam orang tua-tualah pula." Kata auntie tu. "Umm..maksud auntie?" Aku bertanya tetapi dengan sopan. "Takkan dah lupa auntie ni siapa?" Aku buat muka blur. "Auntie Zarifah, mummy Hero." Oh, Puan Zarifah, mumny Harriez. Tapi, siapa Hero?
"Tujuan auntie dan uncle datang kemari untuk...meminang kamu untuk si Hero tu. Itupun kalau kamu nak, kami tak paksa, tetapi Hero yang akan merasakan kesakitan tu. Dia betul-betul ingin memperistrikan kamu sejak Universiti dulu. Dia sanggup berbuat apa saja demi kamu terima lamarannya." Selesai je Puan Zarifah menjelaskan, aku rasa nak terima lamaran tu, tapi kenapa hatiku berkeras suruh aku terima ek? "Jadi apa rasa kamu Meli? Terima atau tidak, kami tak paksa." Puan Zarifah berkata sambil memberikan senyuman nipis. "Umm...saya rasa...minta maaf ya..." aku cakap lambat-lambat, semua orang mukanya jadi serius, aku bagi senyuman lalu "ya, Meli terima." Semua orang terus bersorak gembira dan ada yang kata 'suspend, pikir taknak terima' "Tapi..siapa Hero auntie?" "Mummy?" "Ah, Hero." Kata Puan Zarifah. Ha..ha..harriez adalah Hero??? Kenapa semuanya yang aku nampak menjadi pudar dan hitm?
Aduh, peningnya kepala. Lambat-lambat ku membuka kelopak mataku supaya tidak memberi kesan memeningkan di kepala. "Saya kat mana ni?" Aku kata. "Alhamdulillah, Meli, ini mama Mel, kamu okay tak?" Aku lihat wajah mamaku, sayu seperti terlalu risau, "ha'ah, Meli dah okay dah, ih, auntie masih di sini." "Ya, baru auntie dan uncle nak balik, kamu dah sedar." Katanya, aku hanya memberikan senyuman. "Jadi...Meli nak tarik balik kata Meli yang Meli terima lamaran tu selepas tahu siapa Hero tu?" Kata Puan Zarifah dengan reaksi sedihnya. "Tak, Meli akan lanjutkan juga, sebab hati Meli ni betul-betul yakin yang inilah cara jalan Meli mendapatkan jodoh." Aku berkata dengan bersungguh-sungguh, mereka pun bersyukur yang aku terima lamaran itu.
"Meli rasa, tema apa untuk majlis perkahwinan Meli?" Soal auntie Zarifah a.k.a future mother in law. "Hmm..Meli ikut apa yang Harriez pilih je auntie yang penting dia bahagia." Aku berkata sanbil melemparkan senyuman. "Sorry late, Hero tadi-" "Shh, kamu nak tema apa untuk perkahwinan kamu Hero?" Auntie Zarifah potong kata-kata Harriez, haha, padan muka, siapa suruh lambat macam koala naik ke dahan. "Umm...Hero ikut apa yang Meli pilih Mummy, asalkan dia bahagia" kata Harries dan memberikan mamanya senyuman yang membuatkan aku gila tu. Ish, masih ada rupanya perasaan ni, hey, pergi dari hidupku perasaan, aku takkan jatuh cinta dengan lelaki lagi, nekad ku. "Ih, kamu berdua ni memang sah-sah jodoh, jawapan pun sama" kata auntie Zarifah dengan senyumannya yang senget.
"Umm...Meli rasa Meli nak Wedding Blues." Aku bagi cadangan. "Wedding Blues?" Kata Harriez dan Auntie Zarifah serentak. "Ha'ah, semuanya warna biru, biru berkmaksud ketenangan, sebab tu dalam wedding Meli sama Harriez mesti ada ketenangan fizikal dan emotional." Jelas ku panjang lebar " Betul kata cik Syasya tu, lagipun dalam butik saya ni tak pernah sepasangan pun yang memilih sendiri, semuanya ikut cadangan kami." Kata pemilik butik itu. "So, awak macam mana? Awak okay tak warna biru temanya?" Aku tanya kat Harries. "Saya tak kesah yang penting bakal isteri saya bahagia" selepas je dia kata begitu dia bagi aku wink, adui, lelaki ni mau merasa tamparan high heels aku ni. Aduh, mesti pipiku merona merah sekarang ni.
YOU ARE READING
Love You Mr. Handsome!
RomanceSaya, Nur Syasya Amelia binti Mohamad Zahari adalah perempuan yang sangaaaaat sangat sangat fobia dengan lelaki dari tahun 7. Tahulah muka saya tak cantik macam Taylor Swift atau Ariana Grande, janganlah ucap muka saya ni ratak seribu wahai lelaki...