"Sya! Kau pakai dress apa??" Kata Mirah. "Aku pakai dress labuh warna biru kegemaraanku, kau pakai apa?" Kataku. "Aku pakai dress warna pink kegemaraanku." "Korang ni nak ke mana sebenarnya?" Sampuk Si Wana. "Kitaorang ada dinner dengan bos and staff yang lain. Dikirakan menyambut kedetangan bos baru." Jawab Amirah. "Ewah, cantiknya kau malam ni Syasya." Kata Zanah. "Thank you, tapi tak secantik dan tak secomel gadis yang memakai dress warna pink tu."aku cakap. "Yelah tu" jawab Mirah dengan jelingan main-main. Okay, korang kita nak pergi sudah, so, jaga rumah ku ni betul-betul, okay? Bye." Dinner, here i go!
Sampai je dekat dewan ni, kami kena bagi pass VIP. Wow, important ke kami ni? Hehehe. Semasa kami masuk dalam dewan ni, semua tantang dekat kitaorang, iaitu aku dengan Amirah. Tetapi tak tahu mereka memberikan tumpuan dekat siapa. Hmm, maybe Amirah, sebab diakan cantik, bukannya macam aku ratak seribu. "Sya, aku nervouslah, ramai orang tengok kita." Kata Amirah dengan rasa gementar. "Aku bukan nervous, tapi aku fikir mereka ni...'weirdo' sebab tantang-tantang orang. Macam tah kita ni artis atau penyanyi." Kataku dengan selamba. "Tu, Encik Zahiran dah panggil." Kata Mirah. "Assalamualaikum Encik Zahiran maaf terlambat sedikit.! Kataku dengan sopan. "Wa'alaikumsalam, tidak apa, sebab acara pun belum bermula sebab bos baru kamu masih di tandas, oh ya, memperkenalkan puan Zarifah, isteri saya." "Assalamaualikum puan" aku bagi salam dan berjabat tangan dengan senyuman yang manis. Puan pun tersenyum juga tetapi tak memberi salam. Hmm, jawab salam dalam hati kut. "Silalah duduk, jangan segan ya." Kata Puan Zarifah. "Mana Hero ni bang? Lambat." Kata puan Zarifah. "Maybe dia nervous sebab bakal isterinya sudah sampai," kata Encik Zahiran dengan senyuman yang lebar. Adui, jealous pulak aku tengok pasangan yang sudah lama ni. Aku nak merasakan, tetapi...hmm, entahlah.
"Sya, aku rasakan Encik Zahiran dan Puan Zarifah tu bercakap ten-" "sorry i'm late." Sapa seorang lelaki yang... wow, segak, bergaya, comel dan...Mr. Handsome?! "Uhuk uhuk uhuk!" Ya Allah, aku tersedak meneguk air sejuk yang di sediakan. Ini semua sebab Mr. Handsome ni! Malunya!! "Wei minah, kau tu minum atau semput tu? Buat malu jelah" kata Amirah. Ish Mirah ni, dia tak nampak ke siapa lelaki yang segak tu. "Are you okay?" Soal Puan Zarifah. "Uhuk, ssoorry, ehemk, tertelan selajur tdi." Aduh, apasal jawapan lain sangat ah? "Kenapa, kamu terpukau ke dengan muka bos baru kamu ni?" Kata Encik Zahiran. What!? Bos baru?! Lepas tu mereka ketawa didalam satu meja ni sebab mukaku nampak macam baru tengok hantu dan memerah. Aduui, malam ni memang aku punya worst nightmare.
"Terima kasih, Encik dan puan kerana sudi menjemput kami," kataku. "Sama-sama, memang kami patut jemput kamu berdua pun, sebab nak mengingatkan kamu berdua sebab Harriez." Kata Encik Zahiran. " Esok, kamu berdua jangan lupa bekerja okay?" Kata Puan Zarifah dan melemparkan kami senyuman yang paling ikhlas malam ni dia beri kat aku. Walau umur meningkat 46 tahun, tetapi muka masih nampak awet muda, masih cantik. "Baik encik, kami minta diri dulu, Assalamualaikum." Mirah kata lalu kami pergi balik.
"Sayang, sayang tahu tak? Mata sayang bersinar seperti bintang di malam hari yang boleh memikat hati abang? Sayang buat abang jatuh cinta dalam sekelip mata tahu tak? " kata lelaki yang aku selama ini mencintai. "Tak tahu pulak saya" aku jawab dengan malunya. "apa tersaya-saya ni. Tak sweetlah," "olololo, mr. Handsome menyamal ke?" Kata ku dengan lembut. " huh" dia jawab dengan manja, aik orang tua ni, dah tua pun masih manja. "Okay, abang, sayang minta maaf ya?" Aku cakap, cuba memujuk sang suami. "Okay, tapi...malam ni, Meli mesti jadi milik abang" katanya. "Okay, tapi bukan untuk malam ni je sayang milik abang, sayang milik abang untuk selama-lamanya." Dan..
KEDEBUK! "Adui, sakitnya!" Kata ku. Macam mana boleh aku gugur lagi ni?! Dan kenapa mimpi itu datang balik setelah setahun aku tak de mimpi tu. Ya Allah, apakah petanda di sebalik mimpi ini Ya Allah? Aku tengok dekat jam ku, sudah pukul 4.30, baik aku mandi, solat subuh terus aku solat Istikharah. Selepas je solat, ringtone Wildest Dream by Taylor Swift pun mendering. Aku tengok nama tentera kat atas, 'Mama❤' aku angkat..
"Assalamualaikum ma" "Wa'alaikumsalam, Meli, mama mengganggu ke?" Mamaku kata dalam telefon. "Tak, kenapa ya ma?" aku soal dengan rasa pelik. "Meli, boleh tak kalau hujung minggu ni kamu balik ke rumah?" "Umm..hujung minggu tinggal 2 hari sajakan? Bolehlah tu ma, asalkan Meli nak mintak izin dekat bos baru Meli dulu," aku cakap. "Alhamdulillah, tapi kamu tidur dekat sini berapa hari ya?" Mama ku soal "Mungkin 2 hari je kut ma." "Alaah, lama sikit la, umm..seminggu ya kamu tidur kat rumah mama ni?" Aduh, macam mana ni...tapi bukannya aku selalu jumpa mama aku." Okaylah, Meli cuba cakap dekat bos Meli dulu," "Okay, mama end dulu ya? Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" aku jawab. Kenapa ek tiba-tiba mama ku suruh tidur kat rumahnya seminggu. Pelik.
"Okay babe, harap-harap kau dapat pujuk si Harriez tu ek?" Kata Mirah "Amin, aku takut dia tak izinkan, aku bukannya tahu macam mana perangai dia tu. Tahu pun masa dia buat baik je. Aku tak tahu sebelah yang jahatnya." Aku cakap " amboi, mengutuk bos a.k.a kawan lama ye?" kata Mirah"Mana ada" aku cakap. "Good luck" kata Mirah, aku hanya memberikannya senyuman nipis. Bismillahirohmanirohim. 'TUK TUK TUK' "Masuk" "Ye ada apa?" Kata Harriez, adui, senyumannya macam muka Isyraf yang Dubsmasher tu pulak. Ish, sabar, sabar, ini sekadar dugaan lelaki. "Umm...bos, saya nak minta cuti seminggu, boleh?" Kata ku sedikit menggetar. "Duduk dulu dan ceritakan, mengapa awak nak cuti?" "Mama saya menyuruh cuti balik rumah, tapi tak tahu mengapa sampai seminggu pulak." Kataku. "Hmm...baiklah, tetapi ada satu syarat" kata Harriez. Adui harap-harap bukan yang jahat. "Saya nak awak pergi lunch dengan saya," "Itu saja? " kata ku. Macam lain saja bos ku ni. "Ya itu saja, tetapi awak boleh bawa c Mirah tu, sebab saya bawa kawan saya juga, Rayhan dan Syahmi, ingat diaorang masih?" Kata Harriez."Ingatlah saya ni bukannya lupa kawan Mr. Handsome oi. Ih..." terkasar pulak. "Maaf, terkasar pula" adui, kantoilah aku "hmm, tak pe. Kita bukannya Anonymus sesama lainkan?" Adui, dia senyum lagi sampai nampak dimplenya tu, ahai, dia buat aku jatuh! Ih! Jangan sampai kau terjatuh di permainan lelaki lagi Meli, kuatkan semangat mu! "Ye, jadi saya minta diri dulu." Aku senyum dan bergegas pergi keluar.
YOU ARE READING
Love You Mr. Handsome!
RomanceSaya, Nur Syasya Amelia binti Mohamad Zahari adalah perempuan yang sangaaaaat sangat sangat fobia dengan lelaki dari tahun 7. Tahulah muka saya tak cantik macam Taylor Swift atau Ariana Grande, janganlah ucap muka saya ni ratak seribu wahai lelaki...