"Alhamdulillah, selesai sudah acara, sekarang nak tidu-" "eeeyp, sayang tak boleh tidur dulu, kita mesti turun untuk abang memperkenalkan kepada cousin abang yang sayang ni isteri abang dulu." Kata Harriez. Sejak bila aku beri kebenaran untuk memanggil aku sayang. Aku jeling Harriez dengan jelingan tajam. "Aik, marah nampak. Marah pasal saya mengejut panggil awak sayang ke?" Harries tanya, tapi aku mendiamkan diri "awak tau tak ya-" "Harriez, Meli, jom, sepupu-sepupu kamu sudah menunggu di bawah tu." Kata mummy. Huuh, kenapa lagi dengan sepupu Harriez ni, penat tau tak? Astaghfirullah! Kenapa kau kejam ni Meli?! Harriez tu dah sah menjadi suami kau, jadi jangan kutuk sepupu husband kau sendiri boleh ke? Berdosa.
"Tak de lagi meet and greet kan? Kalau takde, saya nak mandi, solat, lepas tu tidur dulu." Aku cakap acuh tak acuh.Selepas saja mandi dan solat, aku naik atas katil sebelum ku tertidur, aku mendengar Harriez mengeluh besar. "Meli masih fikir lelaki semua samakan? Sebenarnya tidak semua lelaki perangainya sama, awak tahu tak? Sejak awak terlanggar saya, saya fikir saya dah jatuh cinta, sebab saya tak pernah rasa sebegini. Jadi sepanjang tahun saya mencari info detail tentang diri awak dari Mirah. Semasa saya dengar yang awak fobia sebab lelaki, saya mula sedar yang awak susah di miliki oleh sebarang lelaki. Inipun saya dah bersyukur kepada Allah yang awak terima lamaran saya. Awaklah segala-galanya bagi saya walaupun awak tidak begitu kenal dengan saya. Saya berharap awak akan sayang saya, tetapi harapan itu menjadi nipis selepas awak berjumpa dengan cousin saya, mereka boleh merasakan yang awak tidak begitu ikhlas mengahwini saya. Hmm, selamat malam. " Ya Allah, kenapa sakit hati ini semasa dia kata harapan yang aku akan sayang dia menjadi nipis.
Semasa ku menoleh tempat Harriez rehat iaitu di sebelahku, tetapi dia tidak ada di sebelahku tetapi...di sofa. Aduh, berdosanya aku. Aku berjalan menuju ke sofa, aku duduk, lepas tu aku mengusap lembut pipinya. Putih, cute. "Awak...saya minta maaf, saya hanya berhati-hati, saya tak sanggup di sakiti lagi." Aku kata, air mataku lalu menetes, "Saya minta maaf" tersedak-sedak aku menangis tanpa henti. "Jangan menagis sayang, saya tak marah dekat awak. Saya hanya jauh hati sebab awak tak percayakan saya" kata Harriez "Ye, saya memang ego sebab terlalu fobia sampai suami sendiri pun tak percaya, maafkan Meli ya?" Kataku dengan bersungguh-sungguh. "Ya, saya maafkan, tapi ada satu syarat." Apa pulak lah syarat laki ku ni. "Kita tak boleh pakai awak-saya, mesti pakai sayang-abang, deal?" Aku mengangguk saja. "I love you Mr. Handsome" aku kata dengan berbisik. "I love you too mrs. Beautiful." Dan semuanya berakhir dengan mimpi indah.
Adui, sakitnya tulang belakang ku ni, Ya Allah, lupa pula yang aku tidr di siring sofa, masih nyenyak suamiku ni tidur. Baik ku mandi dulu, baru ku kejutkan untuk solat subuh. Selesai je mandi, aku terus banguni Harriez, "Awak...bangun, solat subuh." Dan dia jawab "Taknak!" Aik? Kenapa lagi orang tua ni? "Awak, solat subuh, nanti terlepas!" Aku banguni sedikit kasar. "Taknak!" Adui, mamat ni mau aku siram dengan spray rambut baru nak bangun kut. Hmm..maybe aku ada buat salah kut. Tapi apa ek?...AHA! "Abang, mandilah, jom solat subuh, nanti terlepas kita juga yang rugi, bangunlah my lovely hubby" aku cuba dengan cara keayuan aku. Haha, mesti dia melt punya. Dia tengok akulah! Kan aku dah kata mesti men-"Hahahaha! Abang pikir sayang tak pandai lembut, rupanya pandai, aduii, kelakar kalau sayang lembut." Aik, aku kene kutuk macam tu, ini membuat Syasya Amelia marah ni! "Naaaaaah!!!" Aku cubit pipinya sekuat-kuat mungkin, baru kau tahu! HAhaha! "Aduiii! Mummy, sakit!" Selepas tu aku mengejut menjatuhkan tangan ku dari pipi Mr. Handsome ni, dan aku terus..."HAHAHAHAHA!!!! Tak...tak...tak sangk...sangke...ab...abang ni...ana...ank...mama...hahahaha!" Ya Allah, tak dapat berhenti gelak ku ni!
"Abang, kenapa tak makan?" Aku tanya, kenapa lagi si Harriez ni, lepas je solat subuh, dia terus mendiam sampai ni. "Taknak." Aik, aku tanya lain dia jawab taknak? Sebenarnya dia yang pekak atau soalanku salah? "Bang, makanlah, mummy yang masak breakfast ni" aku cuba pujuk. Sekali lagi "Taknak.". Aduh, sampai bila aku nak pujuk, ah, lantak dialah nak makan ke tak. Ih! Jangan macam tu! Family dia ada kat depan mata cik Syasya Amelia oi! Hmm...aah, tau bak buat apa "Abang, aaa, Meli suapkan." Kataku, mataku tak berhenti kelip-kelip supaya Harriez give up. Dia pandang aku dengan muka serius, lalu 'cup' dia cium pipi aku. Aku tak tahu nak buat apa lagi selain membeku, dia senyum-senyum, lalu terima suapan dariku tu. Dia ni, memang nak kene, Muhammad Zahirul Harriez, kau belum tahu lagi aku siap. 'Pecah kaca pecah gelas, tunggu, aku nak balas. Muhahahaha!.Aik, betul ke aku punya pepatah tu? What Ever lah.
"ARGH! RUPANYA KAU PUTUSKAN AKU SEBAB PEREMPUAN BODOH NI?! KAU FIKIR KAU BOLEH MENGALAHKAN AKU SYASYA?! KAU TUNGGU, AKU AKAN MEMBUATKAN KAU BENCI HARRIEZ DAN MEMBUNUH KAU!"
"Sampai hati kau tipu aku Mel, aku sayangkan kau sangat-sangat, tetapi kau abaikan kasih sayang ku tu. Aku akan pastikan kau milik aku, aku janji, aku akan buat kau jatuh ke tangan aku."

YOU ARE READING
Love You Mr. Handsome!
רומנטיקהSaya, Nur Syasya Amelia binti Mohamad Zahari adalah perempuan yang sangaaaaat sangat sangat fobia dengan lelaki dari tahun 7. Tahulah muka saya tak cantik macam Taylor Swift atau Ariana Grande, janganlah ucap muka saya ni ratak seribu wahai lelaki...