Aku tak sangka yang Zara datang rumah aku.Nak kata first time tu takdelah.Dia selalu jugak datang rumah aku.Buat homework sama-sama.Study sama-sama.Tapi tak pernah pun dia datang tak bagitahu.Aku tak kesah pun kalau dia datang tak bagitahu.Cuma aku rasa pelik.
Aku pelawa Zara untuk masuk rumah aku.Aku suruh dia duduk dekat ruang tamu sementara tunggu aku bancuh teh o yang aku pelawa.Masa aku tengah bancuh teh o yang aku pelawa kat dia tadi,aku intai tengok dia buat apa.Dia duduk kat sofa sambil pejam mata.Tak tahu lah kalau dia tertidur.Aku bancuh teh o bukan lama sangat pun.Nak kata bosan,aku tak tutup pun tv tadi.Remote tv kt atas meja je.Tukar je lah channel lain kalau bosan.Pelik.
"Zara,nah teh o."
"Terima kasih!"
Zara menghirup teh o panas yang dibuat olehku secara sopan.Aku dengan dia tak pandang each other pun.Dia pandang cawan dia aku pandang cawan aku.Aku tak pandai nak mulakan conversation so aku tunggu je untuk dia yang start conversation.Selepas beberapa minit,bunyi televisyen je yang aku dengar.Aku dan Zara dengar.Zara pun mula berkata-kata....
"Hanis,sebenarnya aku datang sini nak minta maaf.Aku tahu yang aku dah malukan kau.Aku tak berniat pun.Aku just nak bagi air yang kau suruh aku tolong belikan.But,unintentionally aku terpijak tali kasut aku sendiri and tertuang kat muka kau.Aku nak minta maaf.Maafkan aku Hanis! "
Kesian pulak aku kat Zara ni.Sampai menangis dia minta maaf kat aku.Tu lah kau Hanis.Hal kecil kau besar-besarkan.
"Zara,takyahlah nangis.Hal kecil je aku yang besar-besarkan.Aku sebenarnya tak payah susahkan kau pun untuk tolong belikan air untuk aku.Kau dah pegang banyak benda time tu.Aku yang salah.Aku yang patut minta maaf kat kau."jawab aku.
Zara akan bagi jawapan yang buat aku rasa tak bersalah.Nanti keluarlah kata-kata dari mulut Zara yang akan membuat aku rasa tak bersalah.Dia selalu macam tu.Dia tak suka kalau orang lain rasa bersalah atas kesalahan dia.Lagi-lagi kawan baik dia.Aku.
“Hanis,tak apa kalau hati aku hancur, mata aku berlinang air dan tubuh aku gemetar, asalkan kawan aku dapat tersenyum bahagia dan senang."
Kata-kata yang membuat aku rasa tak bersalah,keluar dari mulut Hanis.Seperti yang aku jangka.
