3

139 8 9
                                    

                              Izara:

Aku datang rumah dia sebab aku nak minta maaf kat dia.Aku saja tak bagitahu dia yang aku nak datang.Aku takut dia tak bagi aku jejak kaki kat rumah dia.So,aku buat keputusan untuk pergi rumah dia tanpa bagitahu dia.Kalau dia tak bagi aku masuk rumah dia pun,aku boleh minta maaf kat luar rumah.Tapi bila aku sampai dekat depan pintu rumah dia,dia nampak macam terkejut.Dia terus pelawa aku masuk rumah dia.Dia suruh aku duduk kat sofa ruangtamu.

"Zara,kau nak teh o tak?"Hanis pelawa aku.

"Boleh je"

Aku datang sini bukan untuk lepak.Aku datang sini sebab aku nak minta maaf.Tapi dia dah pelawa  aku.Aku terima je lah sebab aku tak nak dia kecil hati.Aku ternampak gambar aku dengan dia tergantung kat dinding.Dia nak gantung lagi ke gambar tu selepas apa yang aku buat dekat dia haritu.Aku dah kenal dia lama dah dari sekolah rendah lagi.Dia tu emotional.Aku pejam mata.Cuba ingat balik kenangan aku dengan dia masa sekolah rendah.Darjah satu.

"Nama awak apa?Nama saya Hanis."

"Nama saya Izara.Awak panggil saya Zara je."

"Awak jadi kawan saya boleh?"

"Boleh!Kita jadi kawan awak sampai bila-bila."

Aku cuba ingat balik kenangan aku dengan dia yang lain.Banyak.Semua buat hati aku tersentuh.Rasa nak nangis.

"Zara,nah teh o."Suara yang membuat aku terjaga dari meneroka kenangan dan memori manis lama bersamanya.

"Terima kasih!"

Aku menghirup teh o panas yang Hanis buat untuk aku secara sopan.Aku pandang cawan aku, dia pandang cawan dia.Aku tunggu masa yang sesuai untuk minta maaf kat dia.Hanya bunyi televisyen yang aku dengar selama beberapa minit.Tak ada bunyi lain.So,aku rasa ni masa sesuai untuk aku minta maaf.

"Hanis,sebenarnya aku datang sini nak minta maaf.Aku tahu yang aku dah malukan kau.Aku tak berniat pun.Aku just nak bagi air yang kau suruh aku tolong belikan.But,unintentionally aku terpijak tali kasut aku sendiri and tertuang kat muka kau.Aku nak minta maaf.Maafkan aku Hanis!"

Air mata aku dah membasahi pipi aku.Aku tak boleh tahan lagi selepas teringat kenangan aku dengan dia masa kecil dulu.Tahun-tahun sebelum.

"Zara,takyahlah nangis.Hal kecil je aku yang besar-besarkan.Aku sebenarnya tak payah susahkan kau untuk tolong belikan air untuk aku.Kau dah pegang banyak benda time tu.Aku yang salah.Aku yang patut minta maaf kat kau."

"Hanis,tak apa kalau hati aku hancur, mata aku berlinang air dan tubuh aku gemetar, asalkan kawan aku dapat tersenyum bahagia dan senang."

Aku bagi dia jawapan yang yakinkan dia.Jawapan yang bagi dia rasa tak bersalah.Aku tak nak dia rasa bersalah.Aku cuma takut yang persahabatan kitaorang tak kekal.Persahabatan kitaorang musnah.Aku sayang dia.Aku rindu nak bergurau dengan dia dan buat macam-macam dengan dia.

KAWANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang