Angin mlm menenangkan sedikit emosi dan kemarahan Hanis terhadap kawan baiknya.Dia cuba melupakan apa yang telah berlaku tetapi.Susah.Dia merebah kan badannya ke atas pangkin yang dibina oleh ayah dan arwah ibunya sambil melihat bulan dan bintang di angkasa.Ia dapat menenangkan sedikit emosi Hanis yg baru berusia 15 tahun itu.
Ayahnya hanya mengintai dari tingkap rumah kayunya itu.Ayahnya tidak begitu hirau akan Hanis yang baring di atas pangkin kayu yang dibinanya bersama arwah isterinya pada lewat malam ini.Hatinya sayu seketika apabila teringat memori indah bersama isterinya.Bagaimana dia bertemu dengan seorang wanita cantik yang memakai tudung .Di sebuah jeti kecil di Selangor.Ketika itu dia baru berumur 17 tahun.Dia di sana untuk berlajar membawa sampan bersama abangnya di Sungai Selangor.Cinta Pandang Pertama.Tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu isi hatinya kepada wanita cantik itu.Setiap malam dia berfikir sebelum tidur.Jikalau dia rajin,dia ke sungai berfikir sambil beranggar di atas sampan kayu abangnya.Melihat kelip-kelip di Sungai Selangor.Dapat menenangkan dia.Tidak hairanlah akan cara anak tunggal perempuannya menenagkan diri.Dia tersenyum sendiri dan menuju ke bilik tidurnya.Hanis sedikit sebanyak telah lupa akan kisah yang menyakitkan hatinya.Dia tidak seperti kawan-kawannya yang lain atau hampir semua budak di abad 21 ini.Walaupun telefonnya berada di sebelahnya dia langsung tidak menyentuhnya, malah langsung tidak memandangnya.Dia hanya melihat bulan dan bintang di angkasa.Tenang.●----------------●
"Hanis,ada nasi lemak atas meja tu.Ayah beli tadi.Hanis makan lah"
"OK"
Hanis sudah tahu kemana ayahnya pergi.Dia tidak perlu bertanya lagi.Sungai.Ayahnya hanya mengajar orang membawa sampan.
"Ayah balik lambat sikit hari ni."
Ayah Hanis menyarungkan seliparnya dan menunggang motosikalnya ke sungai yang terletak beberapa kilometer dari rumah kayunya.Hanis keluar dari biliknya dan terus ke meja makan.Dua bungkus nasi lemak di atas meja makan.Dia tahu ayahnya mungkin risau akannya kerana nasi lemak yang dibeli oleh ayahnya dari Warung Mak Bedah itu sikit.Tidak cukup.Hanis hanya tersenyum senget.Dia bergerak ke sinki dapur untuk membasuh tangannya dan mula mejamah nasi lemak yang dibeli oleh satu-satunya orang tua Hanis yang tinggal.Hanis menuju ke ruang tamu rumahnya selepas habis mejamah kedua-dua nasi lemak yang dibeli oleh ayahnya.Dia duduk di atas sofa dan mencapai remote televisyennya menggunakan tangannya.Dia membuka channel 18.Channel kegemarannya.
"Assalamualaikum..."
Kelihatan seorang remaja sebayanya yang dia tidak akan lupa.Remaja yang telah menyakitkan hatinya beberapa hari yang lalu.Kawan baiknya,Izara.
![](https://img.wattpad.com/cover/55836522-288-k964668.jpg)