Aku memang tak suka bangun pagi.Benci.Aku bangun pagi untuk dua perkara je.Solat dan sekolah.Aku bangun, terus capai towel yang aku gantung kat belakang pintu and masuk bilik air.Aku sempat tengok jam.5.34 pagi.Aku masuk bilik air gosok gigi tiga minit,mandi and then ambil wudu' .Lepas aku mandi,aku terus masuk bilik aku.Aku buka almari baju and ambil baju kurung dan tudung sekolah untuk pakai.Tak gosok baju sekolah lagi.Hisshhh.Aku nak gosok baju semalam but aku mengantuk sangat.Aku pun tidur. Aku buka suis iron
and start gosok baju kurung dan tudung sekolah aku.Lepas aku habis gosok baju,aku terus pakai baju kurung and tudung sekolah tu.Dapat rasa lagi haba baju kurung tu.Aku menyarungkan telekung dan bergegas ke bilik ayah untuk menunaikan Solat Subuh yang akan diimamkan oleh ayah.Lepas Solat Subuh,aku bersarapan sebelum pergi sekolah.Nasi goreng.Aku memang suka nasi goreng ayah sebab tak sama macam nasi goreng biasa.Setiap kali aku makan nasi goreng ayah mesti berselera.Aku tetap makan secara sopan walaupun sedap.Aku kan perempuan.Kenalah sopan.Lelaki? Pada pendapat aku,diorang memang tak kesah orang nak kata apa pun.But,bkn semua lelaki.Lepas aku bersarapan,ayah hantar aku pergi sekolah.Sekolah bukan jauh sangat pun dari rumah aku.Aku cuma malas nak jalan kaki.●----------------●
"Hi Hanis!" sapa Zara.
"Hi Zara!"
Aku meletakkan beg sekolah aku di tempat duduk aku.Aku keluarkan botol air dan minum sebab penat sangat naik tangga.Kelas aku kat tingkat 2.Aku keluarkan buku revision dan turun pergi tapak perhimpunan.Aku selalu buat revision kat dalam kelas tapi harini ada perhimpunan rasmi.Aku buatlah revision kat bawah.
Kring.....
Loceng pagi berbunyi.Jam tepat menunjukkan pukul 7.45.Semua murid bergegas ke tapak perhimpunan.Ada juga budak kelas aku yang lari turun tangga. Tingkatan 3 tapi tak matang-matang lagi.Semua murid kena berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku,lagu negeri dan lagu sekolah.Negaraku.....
Tanah tumpahnya darahku....Semua murid menyanyikan lagu negaraku dengan tak bersemangat walaupun sudah ditegur berkali-kali oleh guru bertugas.Perkara sama berlaku untuk lagu negeri dan lagu sekolah.
"Semua murid dijemput duduk."arah guru bertugas.
Aku duduk di belakang Zara.Aku tinggi sikit dari dia sebab tu aku kena duduk belakang dia.Aku rasa semua sekolah beratur macam tu.Beratur mengikut ketinggian.Barisan kelas aku kat hujung sekali.Berdekatan dengan tempat memparkir kereta guru-guru.
"Kelas terbersih minggu ini ialah kelas 1 Marikh."kata-kata yang keluar dari mulut guru bertugas.
Setiap minggu kelas tingkatan 1 yang akan menang.Diaorang je rajin nak mengemas kelas diaorang.Aku bukan jealous pun kalau diaorang menang.Hadiah dia cuma piala pusingan yang perlu pulang semula kat pejabat pada hari jumaat and wang tunai RM 5 yang guru kelas akan ambil.Murid dapat apa?Pujian.Perhimpunan diteruskan dengan beberapa maklumat yang disampaikan oleh guru bertugas, bebelan guru disiplin dan sepatah dua kata oleh guru besar.Selepas itu,semua murid dilepaskan untuk masuk ke kelas masing-masing.Sekali lagi,aku perlu mendaki tangga yang memenatkan ini.Aku masuk kelas dan terus pergi tempat duduk aku.Ada sekeping kertas atas meja aku.
Can you make me a kopi,
Cause I can't find any copy of you.....
-M.F-