First time aku dapat kertas daripada lelaki.Surat cinta.Tak pernah aku dapat.Sekolah rendah pun tak pernah dapat.Tapi aku tak tahu siapa yang bagi aku surat ni.Ada dua huruf je sebagai clue.Huruf M dengan F.Aku kena cari siapa yang bagi aku surat ni juga.Mula-mula aku bagitahu kawan baik aku,Izara.Dia terkejut.Dia tahu yang aku tak pernah dapat surat dari lelaki.Dia plan dengan aku untuk pergi setiap kelas tingkatan tiga waktu rehat.Untuk tengok senarai nama kat setiap pintu kelas tingkatan tiga.Dia suruh aku makan cepat-cepat masa rehat sebab rehat setengah jam je.Aku ikut je cakap dia.Aku suruh dia jangan bagitahu siapa-siapa.Aku nak perkara ni kitaorang berdua je tahu.
"Bangun!Selamat pagi cikgu!"
"Selamat pagi!Duduk."
"Sila hantar kerja rumah yang cikgu bagi Jumaat lepas."
Semua murid mengeluarkan kerja rumah yang Cikgu Nabila bagi dan hantar ke depan.Aku tahu bukan semua murid siap kerja rumah Cikgu Nabila bagi.Aku siapkan semalam.Tu pun sebab aku teringat masa aku susun buku untuk aku bawa harini.Diaorang mula memikir alasan yang logik dan boleh diterima oleh Cikgu Nabila.Semua takut Cikgu Nabila lapor pada ibubapa.
"Buka buku teks muka surat 97."
Cikgu Nabila memulakan pembelajaran.Cikgu Nabila menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya oleh murid yang tidak faham.Aku bukan faham sangat pun.Aku buat-buat faham je.Cikgu Nabila kemudian memberi kerja untuk dibuat sementara dia menanda kerja rumah yang dihantar.
"Fazura!Kenapa tak siap kerja rumah yang cikgu bagi ni.Datang sini!Cikgu nak tahu kenapa awak tak siap kerja rumah ni."
Fazura berdiri dan menuju ke meja guru yang terletak di penjuru kiri kelas.Depan meja aku.Aku tak suka duduk berdekatan dengan meja guru sebab apa yang aku buat mesti cikgu nampak.Nak bersembang pun susah.Tapi nak buat macam mana,aku pendek.
"Kenapa awak tak siap kerja sekolah?"
"Saya demam,tapi harini dah elok sikit dah!"
"Demam?Ok.Siapkan sekarang kerja rumah ni!Kalau saya dapat tahu yang awak tipu saya,awak tahulah nasib awak."
Fazura mengambil buku tulisnya dan berjalan ke tempat duduknya semula.Dia membuka buku tulisnya dan menyiapkan kerja rumahnya yang tidak siap.Cikgu Nabila sentiasa memberi kerja rumah yang banyak.Katanya supaya ready untuk PT3 tahun ni.
Selepas Fazura,beberapa murid kelas aku bergilir-gilir ke meja guru untuk memberi alasan atas kerja sekolah yang tidak siap.Ramai yang bagi jawapan yang tak logik.Cikgu Nabila hanya memberi amaran.Dia tu tak adalah jahat sangat.Seorang demi seorang ditegurnya sehingga tamat kelas dia dengan kitaorang.
"Terima kasih cikgu!"
Cikgu Nabila hanya menganguk dan keluar dari kelas aku.Tak sampai lima minit Cikgu Azhar masuk.Cikgu Azhar mengajar sehingga waktu rehat.Aku tak beri tumpuan sepenuhnya pun.Aku cuma tunggu untuk loceng berbunyi.
Kring!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Aku dan Izara bergegas ke kantin untuk membeli makanan.Aku tak suka berasak-asak untuk membeli makanan.Lagipun aku kena cepat sebab aku nak cari siapa yang bagi surat tu.
Seperti yang dirancang,aku dengan Izara naik ke tingkat dua.Sepatutnya ada pengawas yang jaga tangga tapi pengawas semua tak habis makan lagi.Aku dengan Izara naik ke tingkat dua dengan senyap.Takut kena tangkap dengan cikgu disiplin.Aku dengan Izara pergi kelas paling belakang dulu.Kitaorang mula dari Kelas Neptune.Sekolah aku tak banyak kelas pun.Ada lima kelas je.Aku meneliti semua nama murid di pintu kelas.Tak ada satu pun yang sepadan.Kemudian aku pergi ke Kelas Zuhal dan Marikh.Tak ada yang sepadan.Aku dan Izara pergi ke kelas kedua terpandai,Kelas Bumi.Aku meneliti semua nama.BINGO!Aku dah tahu siapa yang bagi aku surat tu.Muhammad Faizal.