Bab 8

107 8 9
                                    

Woi bangun!. Boleh tidur pula dia ni. Bukan jauh mana pun aku drive, tidur mati pulak tu. Hoiii! Bangun la,dah sampai ni".Aryan mencuit bahu Sutra yang masih lena di tempat duduk penumpang dengan kuat. Tapi Sutra masih belum sedar dari tidurnya. Tiba-tiba Aryan mendapat idea nakal yang meyergah di mindanya ketika ini. Aryan mula mendekatkan mukannya ke muka Sutra lalu tangan kanannya di angkat mengelus rambut Sutra ,singgah pada mukanya dari mata hingga ke bibir munggilnya. Dia mula menyetuh lembut pada bibirnya. Aryan yang leka dengan perbutannya langsung tidak sedar bahawa Sutra telah terjaga dari tidurnya apabila Sutra merasakan ada tangan kasar yang telah melingkari di mukanya. Sutra terus membuka matanya laju-laju, dan dia mendapati muka Aryan bergitu rapat dengan mukanya. Sutra melihat Aryan bergitu ralit dengan dunianya terus menolak Aryan jauh darinya.

"Hei.. Awak buat apa ni!",jerkah Sutra. Aryan yang bagai baru tersedar itu terus mengalih mukanya lalu melempar pandangannya di luar tingkap. Aryan menghela nafas panjang lalu mengaru rambutnya yang tidak gatal itu.

"Aryan..apa kau dah buat hah. Yang kau tertarik sangat nak sentuh muka dia tu apa hal? Kan dia dah terjaga. Mujurlah kau masih boleh kawal lagi nafsu kau tu,kalau tak mampus kau Aryan",suara hatinya telah memarahi dirinya sendiri.

"Errrr..tak..tadi aku kejutkan kau, lepas tu aku nampak ada semut nak masuk mulut kau. Jadi aku buang je la daripada kau bodoh sebab makan semut. Dah la tidur mati, mulut tenganga mujurlah lalat tak masuk cuma semut je tadi merangkak nak masuk. Jangan lupa lap air liur basi kau tu, geli aku tengok. Ikutkan hati memang tak la aku nak buang semut tu daripada masuk ke mulut kau. Geli aku". Entah dari mana Aryan mendapat idea bodoh itu.

"Hah? Air liur ..mana?". Sutra bergitu kalut membelek mukanya terus memandang Aryan dengan muka merah kerana menahan marah dan malu. Kini Sutra tersedar bahawa dia telah tertipu oleh Aryan terus menampar bahu aryan dengan kuat. Aryan hanya mampu mengelak kuat apabila dia melihat Sutra yang bergitu kalut membelek mukanya apabila Aryan mengatakan terdapat air liur basi di wajahnya. Setelah Aryan reda dari ketawanya, Aryan mengajak Sutra untuk turun.

"Dah jom turun. Kau teman aku makan hari ni and kau teman aku pergi shopping hari ni",ujar Aryan.

"Yela..nanti saya bantah, awak marahkan saya pula kan?",jawab Sutra dengan nada sebal.

Setelah melangkah masuk ke sebuah restoran makanan Italian yang terkenal di Malaysia, Aryan telah memilih meja yang paling hujung dan agak sembunyi sekali. Supaya tidak akan ada orang yang mengenalinya, kalau tidak..jatuh la saham Aryan atas sikap sombong yang di milikinya itu. Sebelum ini Aryan tidak pernah mengajak mana-mana perempuan untuk keluar bersamanya. Tetapi jika dia bersama Sutra, sikapnya menjadi lain. Aryan sangat tertarik dengan personality yang dimiliki oleh Sutra. Oleh kerana itulah dia menetapkan syarat yang sangat tidak masuk akal itu kepada Sutra supaya dia sentiasa dapat mendekati Sutra. Perasaan ini muncul sejak dia mula bertemu Sutra lagi. Tetapi Aryan terus menidakkan isi hatinya atas sikap ego dan sombong yang dimilikinya.

"Err..kau nak makan apa hah? Tanya Aryan.

"Makan je la apa pun, saya tak kisah", jawab Sutra acuh tak acuh.

Aryan memilih Pasta Carbonara, Lasagna, dan Tiramisu sebagai hidangan tengah hari mereka.

Selesai makan. Aryan mengajak Sutra untuk menemannya untuk membeli belah. Bukan senang untuk Aryan keluar shopping kalau tak ada sebarang sebab..dia mengajak Sutra untuk menemannya kerana hari selasa ini merupakan hari jadi adiknya, Mimi. Aryan mahu membeli sesuatu hadiah yang paling sangat bermakna buat adik kesayangannya.

"Kau tolong aku boleh?",Aryan menutur dengan lembut.

"Ehh dah kenapa mamat ni tetiba cakap lembut dengan aku..kalau tak cakap kasar dan serius memanjang je dia ni",desis Sutra dalam hati sambil memandang muka Aryan dengan muka kehairanan.

Jodohku With Mr.ArrogantWhere stories live. Discover now