Bab 9

107 6 0
                                    

"Sutra sini kejap..mama nak tanya sikit boleh?",soal Datin Tengku Haryana.

"Apa dia ma..banyak pun boleh ma",ujar Sutra.

"Mama tengok Sutra lately ni asyik keluar je dengan budak lelaki yang kita jumpa dekat mall hari tu aje. Sutra ada apa-apa ke dengan dia. Bukan apa, mama cuma risau je tengok kamu asyik keluar je dengan dia. Nanti kalau dia apa-apakan Sutra macam mana. Mama risau la",gusar Datin Tengku Haryana bertanya.

Sutra hanya mampu tergelak melihat mamanya yang bergitu risau terhadapnya. Bukannya mamanya tidak tahu yang dia selalu sangat keluar dengan lelaki itu, Aryan. Sutra pasti akan mendapatkan keizinan mamanya dalu sebelum keluar dengan Aryan, tetapi mamanya tidak pula banyak soal. Hari ini mamanya sudah mula bertanya, mungkin mamanya sudah terlalu risau.

"Lawaklah mama ni..dia baik la ma. Sutra bukan ada apa-apa pun dengan dia. Dia senior Sutra la ma. Dia selalu ajak Sutra keluar sebab ..sebab.."Sutra sudah mula gagap.

"Sebab apa Sutra",gesa Datin Tengku Haryana.

"Sebab dia selalu bosan kat rumah katanya", pantas Sutra menjawab. Nasib la kena tipu mama hari ni..takkan nak cakap benda yang betul. Nanti lagi la mama risau",Sutra bersuara dalam hati.

"Oh..macam tu. Kalau dia ada cuba buat apa-apa kat kamu, cepat bagi tau mama tau. Mama risau la sayang". Datin haryana bergitu risau melihat anaknya. Dia tidak mahu terjadi apa-apa pada anak tunggal kesayangannya.

"Mama..hari selasa ni. Aryan ajak Sutra pergi rumah dia, buat birthday party adik dia, Mimi. Sutra nak minta izin mama, Sutra nak pergi boleh?",tanya Sutra.

Semalam,Aryan telah menghantar pesanan ringkas whatsapp kepadanya bahawa dia mahu Sutra juga menghadiri majlis hari jadi adiknya.

"Selasa ni, aku nak kau datang birthday party adik aku. Kalau tak siap kau"-Syaryf Aryan.

"Kalau macam tu, saya ok je''-Sutra Aryana.

"Aku datang ambik kau. Pastikan kau siap cepat ye and aku nak kau pakai dress yang aku bagi tu. Tapi jangan buka sekarang..kalau aku dapat tahu nahas kau"-Syaryf Aryan.

"Banyak pula arahan awak malam ni. Ok semua perintah tuanku akan saya turuti"-Sutra Aryana.

"Bagus.."-Syaryf Aryan.

Sutra menghela nafas panjang. Pesanan ringkas itu sungguh menyesak dadanya ketika ini.

"Kalau mama tak bagi macam mana..dah la aku selalu keluar je dengan dia. Mesti mama fikir bukan-bukan. Arghhh..mana tau bila aku mintak izin mama bagi",desis suara hatinya.

Sutra mahu mendapat keizinan daripada mamanya dahulu sebelum pergi ke rumah Aryan. Dia tidak mahu mamanya risau akan dirinya.

"Mama izinkan, tapi dengan satu syarat..",ujar Datin Haryana.

"Apa dia ma?",soal Sutra dengan nada yang gesa.

"Kamu kena tolong mama jaga butik masa cuti ni dan lepas SPM juga". Datin Haryana sudah menetapkan syarat supaya Sutra bersetuju untuk menjaga butik milik mamanya pada cuti ini. Bukannya mamanya tidak mempunyai pekerja di butiknya. Tapi dia mahu Sutra lebih matang untuk belajar menguruskan sesutu dengan ushanya sendiri.

"OK ma..anything for you",Sutra menghadiahkan sebuah ciuman istimewa kepada mamanya atas keizinan yang diberi.

Seperti yang dijanjikan, Aryan akan menjemput Sutra untuk menghadiri ke majlis hari jadi adik kesayangannya.

"Mummy! Along keluar kejap tau'',Aryan meminta izin kepada mummynya.

"Ok! Tapi jangan lama pula, nanti adik kamu cari pula",pesan Puan Sri Faryda.

Setelah meminta diri daripada mummynya. Aryan berlalu untuk menjemput Sutra seperti yang dijanjikan olehnya tempoh hari.

Sutra mengambil bungkusan yang diberikan oleh Aryan tempoh hari. Dengan teliti dia membuka bungkusan tersebut. Sutra agak terkejut setelah melihat isi yang ada dalamnya.

"Inikan..inikan dress yang..arghhh! Cantiknya..macam tak percaya pula yang dia belikan dress ni untuk aku". Sutra mengambil dress tersebut dan terus mengayakannya di hadapan cermin. "Sweet jugak kau ehh Mr.Arrogant. patut la kau tak nak beli untuk hadiah adik kau. Rupa-rupanya ada agenda lain ya. Patut la menghilang je masa shopping hari tu. Pergi beli dress ni untuk aku rupanya ".tutur Sutra seorang diri di hadapan cermin setelah bergitu teruja melihat hadiah yang diberikan oleh Aryan itu kepadanya.

Sutra tidak sedar bahawa dia sudah terlewat untuk bersiap.

"Alamak! Dah lambat", bergegas Sutra berlari, nampaknya malang tidak berbau. Sutra yang tidak dapat mengimbangi diri terus tersungkur di atas karpet tebal akibat tersepak penjuru karpet.

"Apa la karpet ni..tak nampak ke aku tengah kalut ni. Mujur la pinggang aku tak apa, kalau tak siap kau",omel Sutra seorang diri. Sutra bingkas bangun untuk bersiap, dia tidak mahu dikenakan oleh Aryan lagi atas kelewatannya lagi.









Merapu je lebih kan?

Thanks for read
From me,
Schaz.

Jodohku With Mr.ArrogantWhere stories live. Discover now