Bab 1

540 13 0
                                    

"Sutra! Buat apa lagi tu sayang. Cepat la turun papa dah tunggu dalam kereta tu. Ish anak dara ni nak je mama bebel hari- hari. Ye la malam-malam asyik layan cerita Korea je sampai tak ingat dunia sampai nak kejut pergi sekolah pun susah," Bebel Datin Tengku Haryana kepada anak daranya. Tengku Sutra Aryana adalah satu-satunya anak tunggal kepada datin Tengku Haryana dengan Dato' Tengku Azmi yang kini menigkat dewasa dan mempunyai rupa paras yang sangat menawan dan pasti dapat mencairkan mana-mana lelaki yang melihatnya.

"Alahai mama dah mula bebel la pulak sakit pulak telinga aku. Tu la Tengku Sutra Aryana Dato' Tengku Azmi mama cakap tak nak dengar, kan mama dah marah,"Bebelku dalam hati.

"Sutra cepat la nanti papa marah pula. Datin Tengku Haryana sudah hilang sabar terhadap anaknya sutra". "Ye la ma Sutra dah siap ni," jawab Tengku Sutra Aryana.

Sutra kini menduduki tingkatan 4 di sebuah sekolah yg terkenal di Kuala Lumpur. Tengku Sutra Aryana juga dikenali oleh semua perlajar dengan sikap yang rajin membantu, lemah lembut dan juga dikenali sebagai pelajar pintar di sekolah. Sutra sangat disenangi oleh semua rakan-rakannya. Tetapi sesetangah pelajar yang sangat mencemburui sikap Sutra kerana mereka mengangap Sutra hanya mahu mengambil perhatian orang ramai sahaja.

"Papa, Sutra pergi dulu tau", Sutra menyalami tangan Dato' Tengku Azmi. "Sutra balik pukul berapa sayang?". Tenang Dato' Tengku Azmi bertanya kepada anaknya.
"Sutra balik lambat sikit pa hari ni sebab ada study group dengan kawan-kawan. Nanti Sutra balik dengan Pak Ali je la pa. Papa tak payah ambik Sutra tau", jawab Sutra dengan wajah yang manis." Ok kalau macam tu papa pergi kerja dulu ye. Bye Sutra", Dato' Tengku Azmi sudah mahu berlalu pergi. Tetapi sempat Sutra melambai tangan ke arah Dato' Tengku Azmi sambil berkata," Take care Papa drive carefully". Dengan senyuman yang sangat manis dilemparkan kepada anaknya, lalu Dato' Tengku Azmi meluncur keretanya perlahan ke atas jalan raya.

Sutra melangkah masuk dengan langkah yang perlahan dan teratur sambil memperkemaskan buku-buku di tangannya. Tiba- tiba dirinya terasa telah dilanggar kuat lalu jatuh ke bawah kerana terasa dia telah melangar sesuatu yang sangat besar dan keras macam besi. Oleh kerana dia tidak stabil selepas perlangaran tersebut dia terjatuh dan buku-bukunya berselerakan di atas lantai. Setelah itu dia tunduk mengutip buku yang berselerakan di atas lantai tanpa memandang siapakah manusia yang berani melanggarnya sambil membebel perlahan"manusia ke apa yang berani langar aku ni. Dia ingat bahu aku ni buat pada besi ke yang sesuka hati nak langar aku mujur la tak tercabut bahu aku dibuatnya.

" Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki yang memandang ke arahnya dengan muka yang sangat merah kerana menahan marah terhadap perempuan di hadapannya kini "hoi perempuan kau tak ada mata ke jalan hah?.kau tak nampak ke aku tengah rushing ni",marah lelaki itu kepada Sutra dengan muka yang menahan marah.

"Ish. Aku pulak yang dimarahnya. Bukan aku ke yang sepatutnya marah dia. Arghh! ni tak boleh jadi ni", bebel Tengku Sutra Aryana dalam hati tanpa memandang ke arah lelaki yang memarahinya. Dengan berani Sutra mengangkat muka dan bersedia untuk berdiri dengan buku-bukunya yang jatuh berselerakan di atas lantai itu tadi. "Ewah ewah! Sedap je awak cakap saya langgar awak ye. Dengar sini ye saudara, awak yang langgar saya dulu. Dah la badan macam besi aje, nasib tak patah bahu saya tau tak. Kalau patah bahu saya ni siap awak, saya saman awak taw!", amaran keras itu dilemparkan kepada lelaki yang segak memakai pakaian pengawas itu.

Macam la aku takut dia ugut aku macam tu. Hye ni anak Tan sri Tengku Lukman la, setakat nak saman menyaman tu apalah sangat bapak aku boleh bayarlah. Kata-kata tu hanya bergemar di dalam hati sahaja. "Kau ingat aku takut ke kau ugut aku macam tu. Hye kau tak kenal ke aku siapa??. Ni anak Tan sri Tengku Lukman la, senior paling hot tau kat sekolah ni". Tengku Sutra Aryana hanya mencebik mukanya apabila mendengar peakuan berlagak lelaki tersebut. "Berani kau cakap badan aku macam besi kan?. Habis badan kau tu macam apa? Dah la langgar sikit pun dah melayang dasar "keding''!. Dengan muka yang penuh amarah, lelaki itu mengelurkan kata-kata tersebut yang membuatkan muka Sutra yang putih itu bertukar menjadi merah kerana menahan marah kerana kata-kata lelaki itu.

Berani dia cakap aku keding ehk. Kau ingat kau siapa hah berani cakap aku macam tu. Bebel Sutra dalam hati. "Badan awak yang macam besi cakap saya pulak keding", marah Tengku Sutra Aryana kepada lelaki yang sendang berdiri angkuh di hadapanya kini.

Tengku Syaryf Aryan, ya nama lelaki yang sangat berlagak itu. Tengku syaryf Aryan atau nama lebih disenangi oleh orang ramai ialah Aryan. Aryan merupakan seorang yang sangat digilai oleh ramai perempuan kerana dengan rupa yang tampan dan merupakan anak seorang jutawan yang terkemuka di Malaysia. Oleh kerana itu, Aryan memiliki sikap yang sangat angkuh ataupun orang ramai mengelarnya Mr. Arrogant.

Aryan memandang permpuan di hadapannya dengan riak muka yang masih masam mencuka kerana pagi-pagi lagi di sudah mengadap situasi yang telah menyakitkan hatinya. "Argh!!, kau ni kan buat sakit hati aku je layan kau. Pagi-pagi lagi dah buat aku sakit hati ,dah la keding",lalu Aryan sudah mahu mengangkat kaki pergi meningalkan perempuan di hadapannya. Tetapi tindakannya itu telah dihalang oleh perempuan di hadapannya yang mahu menuntut kemaafan dari mulutku. Tengku Aryan hanya menghela nafas panjang lalu menolak perempuan di hadapannya ke tepi lalu dia meninggal kan Tengku Sutra Aryana di belakangnya dengan langkah yang sangat angkuh di mata Tengku Sutra Aryana.

Tengku Sutra Aryana hanya dapat menjerit memanggil lelaki tersebut dengan hentakan kaki yang kuat ke atas lantai kerana lelaki itu meninggalkan dia bergitu sahaja.

This is my first story. I hope you all enjoy with the storylines. Jika terdapat salah silap atau kekurangan sepnjag penulisan saya. Sila nyatakan di komen. In saya Allah saya akan ambil sebagai pembakar semangat .

Tq for read
From me..
Schaz

Jodohku With Mr.ArrogantWhere stories live. Discover now