Bab 11

107 6 0
                                    

6 tahun kemudian...

"Sutra..weekend ni kamu ada kelas tak?"soal Datin Tengku Haryana.

"Tak ada ma..kenapa?

"Mama harap Sutra dapat join fashion show sempena ulang tahun pembukaan butik kita. Mama nak kamu yang memperagakan baju rekaan khas yang mama buat untuk fashion show tu nanti. Boleh kan sayang?"pujuk Datin Haryana.

"Emmm..kejap Sutra fikirkan dulu.."ujar Sutra.

"Apa salahnya kamu tolong mama kamu tu. Lagipun hanya Sutra saja anak yang kami ada"celah Dato Tengku Azmi yang baru saja pulang dari pejabat.

"Kalau macam tu okey... Sutra setuju",ujar Sutra memutuskan kata setuju.

"Thanks sayang". Datin Tengku Haryana memeluk Sutra tanda berterima kasih.

"Aaaaa!!along.!berlari Tengku Mimi memeluk tubuh Tengku Aryan yang baru sahaja keluar dari balai ketibaan.

"Adik along ni tak pernah berubah kan. Perangai macam budak-budak",kutuk Aryan.

"Kisah pulak adik? Dah adik rindu along nak buat macam mana. Ke along tak rindu adik? Soal Mimi.

"Mana boleh along tak rindu adik. Along rindu sangat kat adik tau",ujar Aryan sambil matanya meliar mencari kelibat kedua orang tuanya dan Tengku Zaferyl.

"Along mesti cari kami kan? Celah Tengku Zaferyl apabila melihat alongnya bagaikan mencari seseorang.

"Hoi angah! Rindunya dekat kau",Aryan merangkul tubuh Zaferyl kedalam dakapan bergitu juga dengan kedua ibu bapanya.

"Dah jom kita pergi makan sempena kepulangan anak Daddy yang handsome ni"seloroh Tan Sri Tengku Lukman pula.

"Daddy perli along kan? Dengan perubahan yang dibawa pulang oleh Aryan dengan penampilan yang sangat tidak enak dipandang. Aryan yang tidak seperti dahulu yang sentiasa menjaga imejnya telah berubah. Kini rupanya yang serabut serabai, rambut tidak terurus dan agak kurus berbanding dahulu. Apa agaknya yang terjadi pada dirinya ya(?).

"Dah jom gerak",celah Puan Sri Faryda.

Pelbagai persoalan pada minda mereka masing-masing terhadap perubahan pada Tengku Aryan dan kenapa Tengku Aryan bertindak membawa diri jauh ke luar negara.

"Along! Apa kata nanti bila along dah habis berehat along tolong daddy kat pejabat. Bukan apa daddy kan dah tua dah tak larat nak buat semuanya seorang diri. Nak harapkan angah pengajiannya masih berbaki 1 tahun lebih.

"Betul kata daddy tu along. Alongkan dah habis belajar tak salahkan along ambil alih tempat daddy. Buat masa sekarang along belajar dulu macam mana nak ambil alih syarikat daddy. Mummy rasa along mesti takkanhampakan harapan kami",celah Puan Sri Faryda bagi memujuk anak sulungnya supaya turut membantu suaminya di pejabat.

"Kalau mummy and daddy rasa itu yang terbaik for me...along setuju aje. Lagipun alongkan anak sulung. Mana sanggup along nak hampakan perasaan mummy gan daddy.

"Syukur la macam tu along. Nanti bila along dah sedia along cakap je la ye",ujar Tan Sri Lukman.

"Akhirnya..jejak juga kaki ni dekat rumah ni setelah 5 tahun berlalu. Rindunya",Aryan mula mengeluh. Tindakannya yang membawa diri ke luar negara bukanlah satu penyelsaian. Rindunya yang mengunung terhadap gadis itu tidak pernah luntur walaupun sedetik. Sebab dirinya membawa diri ke luar negara hanya mahu menjauhkan diri daripada Sutra. Itu semua hanya kerana egonya yang mengunung terhadap pengakuan yang dibuat oleh bibir mungil milik Sutra. Dia menderita atas sikap egonya selama 6 tahun. Aryan akui bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Sutra. Aryan merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk miliknya. Pandangannya merenung ke atas memikirkan pelbagai persoalan yang bermain di mindanya kini.
"Apa keadaanya ya sekarang? Adakah dia sudah melupakan aku atau dia telah dimiliki oleh orang lain?". Aryan segera membuang segala persoalan yang berada di mindanya Kini. Dia tekad untuk mencari dan mencuri kembali hatinya Sutra.

Tuk tuk tuk...

"Errrr..boleh adik masuk? Soal Mimi.

"Masuk je la dik.."ujar Aryan.

"Along...kalau adik tanya along jangan marah ye..

"Apa dia dik? Tanya je la buat apa along nak marah adik along yang manja sorang ni". Sambil Aryan mencubit pipi gebu milik Mimi yang sangat comel bila meningkat dewasa sekarang.

"Along ni main cubit-cubit pulak pipi orang. Adik tahu la yang pipi adik ni gebu macam pau je",seloroh Mimi sebelum membangkitkan hal yang menjadi persoalan di mindanya sejak tadi.

Aryan hanya mencebik muka dengan perakuan yang sangat perasan tapi itulah hakikatnya.
"Adik nak tanya apa tadi? Soal Aryan.

"Errr..along.. Do you have any problems? I mean...along dah banyak berubah dari segi penampilan. Along yang adik kenal tak macam ni, along adik yang dulu sentiasa menjaga imejnya. Cuba along tengok penampilan along sekarang. Sangat berbeza. Adik tahu kenapa along bawa diri sampai ke Australia...sebab along nak jauhkan diri daripada Kak Sutra kan?

"Macam mana adik tahu? Celah Aryan dengan pantas.

"Selepas along berlepas ke Australia.. Kak Sutra ada cari along. Lepas tu adik cakap along dah berlepas ke Australia...along tahu tak lepas adik bagi tahu yang along dah berlepas ke Australia muka dia terus berubah. Sedih sangat bila dia dapat berita tu. Dia cakap kat adik yang di silap dan terburu-buru buat pengakuan yang dia cintakan along. Adik tak faham kenapa along tinggalkan Kak Sutra macam tu. Padahal dia cintakan along. Ni mesti sebab ego along tu kan. Tengok apa dah jadi kat along. Along sendiri yang menderita.

Aryan bagaikan dihempap batu besar di atas kepalanya. Memang betul kata-kata yang dilemparkan oleh Mimi. Kerana ego yang mengunung dia telah melukan hati seorang yang dia telah cintai. Adakah Sutra Aryana masih mencintainya?

"Adik..adik kena tolong along..along khilaf dik. Along yang bersalah dalam hal ni. Along akui along menderita atas sikap ego along selama ni. Along jadi macam ni pun sebab ego dik. Adik tolong carikan Kak Sutra untuk along. Along nak minta maaf atas segala yang along dah buat dekat dia dan along nak akui along cintakan dia sejak along pertama kali jumpa dia. Sikap ego dan sombong along dah mengusai diri along masa tu. Bukan mudah untuk along lupakan dia dik...tolong along ya dik? Pujuk Aryan sembil berharap agar Mimi dapat membantunya. Dia sudah tidak tahan lagi dengan rasa rindu yang menggunung selama 6 tahun. Gengaman tangan Aryan kemas pada tangan Mimi berharap agar Mimi dapat membantunya untuk menyelsaikan masalah.

"Adik akan cuba bantu along tapi along janji dengan adik yang along akan buang segala sikap sombong dan ego yang ada dalam diri along supaya along takkan sakitkan hati Kak Sutra lagi.

"Along janji dik..along akan buat apa saja untuk dapatkan hati Kak Sutra semula. Terima kasih dik". Aryan memeluk erat badan Mimi tanda berterima kasih kerana Mimi sudi membantunya.







Jodohku With Mr.ArrogantWhere stories live. Discover now