Bab 5

153 7 0
                                    

"Along! Baru balik?",tanya Puan Sri Faryda.
"A'aa mummy, along keluar dengan Aqil tadi.. Angah dengan adik mana mummy? Tak nampak pun",ujar Aryan.

"Angah dengan adik ada kat atas.. Pergi la tengok ada dalam bilik tu. Mummy rasa dia orang main game tu",beritahu Puan Sri Faryda.

"Mummy,along naik dulu"Tengku Aryan berlalu pergi.

Aryan menguak pintu bilik pelahan-lahan lalu menyergah dua beradik yang sedang kusyuk bermain game. Terhinjut bahu dua beradik itu kerana terkejut.

"Along ni...terkejut kita orang",rungut Tengku Scharmimi Kirana yang merupakan anak bongsu kepada keluarga Tengku Lukman yang mewarisi kecantikan yang semula jadi daripada mummy nya. Kini Tengku Mimi sudah berusia 13 tahun, manakala Tengku Zaferyl Aryan merupakan anak kedua dalam keluarga tersebut. Tengku Zafreyl yang berwajah tampan seperti Tengku Aryan yang kini berusia 15 tahun.

Aryan hanya ketawa kuat melihat reaksi adik beradiknya tersebut.

"Along ni..kalau tak kacau orang memang tak sah kan? Protes Tengku Zaferyl pula."ehh along tak keluar ke hujung minggu macam ni. Kalau tak batang hidung pun susah nak nampak" Tengku Zafreyl mula berasa hairan melihat alongnya berada di rumah pads hujung minggu seperti ini.

"Suka hati along la nak pergi mana pun,yang angah sibuk tu kenapa?", jawab Tengku Aryan.

"Ish...along gan angah ni tak sah kalau tak bergaduh bila jumpa kan? Dah la adik nak turun ambik air jap. Tengku Mimi sudah berlalu pergi.

"Along, apa kata jom kita lawan main game ni. Siapa kalah belanja nak?",Tengku Zafreyl mula mencabar alongnya.

"Ok, ingat along takut ke hah? Ni Tengku Syaryf Aryan la",ujar Tengku Aryan dengan nada yang angkuh.

Tengku Zafreyl sudah mencebik mendengar kata-kata alongnya."kalau tak belagak memang bukan along aku la", Tengku Zafreyl mengutuk alongnya dalam hati.

"Yes!!!..angah menang ..yahooo.."Tengku Zafreyl sudah bersorak gembira sambil melompat-lompat. Bukan senang nak kalahkan alongnya yang sorang ni.

"Tengku Aryan hanya mengeluh perlahan. "Dah kenapa dengan kau Aryan, boleh pulak kau nampak perempuan tu masa main game tadi". Sedang bermain tadi, Tengku Aryan melihat perempuan yang bernama Sutra itu berada dalam kaca televisyen. "Ish..asal boleh terbayang pulak muka budak tu..tak boleh jadi ni. Aku mesti kenakan budak tu balik. Tapi macam mana ehk?", Tengku Aryan mula berfikir.

"Along, termenung apa lagi tu? Takkan termenung sebab nak kena belanja angah kot?",sakat Tengku Zafreyl.

"Tak along tengah fikir macam mana nak mengelat daripada kena belanja angah sebenarnya",Tengku Aryan sudah tergelak besar.

Tengku Zafreyl sudah masam mencuka wajahnya." Arghhhh!! Along dah janji tadi kan? Mana boleh mungkir janji.."Tengku Zafreyl sudah merajuk.

"Kenapa ni angah? Tengku Mimi mula bertanya selepas meletak dulang yang ditantangnya.

"Along ni la adik..janji kalau kalah nak belanja angah tapi dia boleh nak mengelat pulak",bebel Tengku Zafreyl.

"Yelah.. Nanti along belanja korang, korang nak apa nanti along belanja..don't worry along takkan mungkir janji.

"Promise?. Tengku Zafreyl mahu memastikan alongnya tidak akan munkir janji.

"Tapi ada syarat",beritahu Tengku Aryan.

"Ish..apa ni along kena bersyarat-syarat pulak. Kalau dah kalah tu kalah la. Nak kena main syarat-syarat pulak",bentak Tengku Zafreyl lagi.

"Nak ke tak nak ni?",ugut Tengku Aryan.

"Yelaa,apa dia cepat la", Tengku Zafreyl terpaksa mengalah. Kalau bab nak belanja memang kena mengaku kalah juga.

"Angah kena tolong along",Tengku Aryan sudah mula merancanakan sesuatu untuk mengenakan perempuan yang bernama Sutra itu.

"Tolong apa?",tanya Tengku Zafreyl malas.

"Tolong apa nanti along bagi tahu..nanti budak kecik ni dengar habis rosak plan along",ujar Tengku Aryan.

Tengku Mimi terus menarik muka tanda protes terhadap angah dan alongnya yang mahu merancang sesuatu tanya pengatahuannya.

"Mana aci..adik pun nak tau juga..kalau tak adik cakap kat mummy",ugut Tengku Mimi.

"Pergi la cakap kat mummy awak tu,ingat along takut ke?,ujar Tengku Aryan.

Tengku Mimi meghetak kuat kakinya tanda protes."benci along..adik cakap kat mummy jugak",Tengku Mimi sudah berlalu pergi dengan muka yang masam mencuka.

Tengku Aryan sudah mula merancang sesuatu untuk mengenakan Sutra dengan bantuan daripada Tengku Zafreyl yang sudah pasti dapat memuaskan hatinya. Sutra Aryana hanya mampu memikirkan nasib yang akan menimpa kepada dirinya.

Apalah lelaki tu akan buat kat aku hah?",soal Sutra dalam hati.

Sutra yang duduk termenung di tepi kolam itu sedang diperhatikan oleh mamanya dari tingkap biliknya." Kenapa dengan Sutra ni. Asyik termenung je lepas balik dari shopping tempoh hari. Bila ditanya, cakap tak ada apa-apa masalah..kalau tak ada masalah kenapa asyik termenung je setiap hari",bisik hati kecil Datin Tengku Haryana.

"Kenapa aku boleh jumpa lelaki macam tu..dah la sombong, dia yang salah taknak mengaku salah pulak..yang tanggung semua bends ni aku..arghhhh Sutra Aryana.. Apa yang kau dah buat",bentak hati kecil Sutra.

"Mesti mama risau pasal aku kan? Banyak Kali dah mama tanya pasal aku tapi tetap juga aku jawab takda apa. Yelah takkan nak cerita kat mama nanti mesti dia risau pulak pasal aku..aku taknak mama risaukan aku. Mama Sutra mintak maaf kat mama sangat-sangat sebab lelaki tu la Sutra jadi macam ni",Tengku Sutra hanya mampu bersuara dalam hati.

Tengku Syaryf Aryan..apa perancangan kau lepas ni.

Thanks for read..
From me
Schaz..

Jodohku With Mr.ArrogantWhere stories live. Discover now