Bab 12

96 7 0
                                    

"Sayang! Sutra!..tunggu kejap..

Sutra menoleh ke kiri apabila dia mendengar ada suara memanggil dirinya. Dia ternampak seorang pemuda yang berlari menuju ke arahnya.

"Awak rupanya..ada apa panggil saya? Soal Sutra.

"Awak cakap petang ni nak study sama-sama dekat library. Awak dah lupa ke? Soal lelaki itu tadi.

"Oh god! Sorry..sorry..saya lupa la pulak..mujur awak peringatkan saya. Ash..saya nak pergi lunch kejap..awak dah lunch belum? Kalau belum jom la lunch sama-sama dengan saya nak? Ajak Sutra.

"Belum lagi la. Saya tunggu nak lunch sama-sama dengan awak la ni",ujar Ash Izmyr.

Ash Izmyr merupakan kawan baik lelaki kepada Sutra Aryana dan Kini telah menjadi teman lelaki Sutra. Sejak Kali pertama mereka bertemu. Lelaki yang merupakan kacukan German tinggi dan sangat handsome apabila dipandang. Sudah tentu dengan kelebihan yang ada pada dirinya mampu mencairkan mana-mana perempuan yang melihatnya termasuk dirinya.

"Excuse me. Can you help me?Tanya Sutra Aryana.

"Yes. Apa boleh saya bantu? Soal Ash Izmyr.

"Ohh..Budak melayu rupanya. Ingat mat salleh mana tadi. Buang karan je aku pergi speaking dengan dia...

Saya memang budak melayu pun. Cuma muka saya je nampak macam mat salleh sikit. Hehehe",celah Ash Izmyr apabila dia dapat menagkap butiran suara yang dibebel oleh gadis itu.

"Maaf ye. Err saya nak tumpang tanya dekat mana library? Saya student baru kat sini. Errr.. nama saya Sutra Aryana. Boleh panggil saya Sutra aje",Sutra menghulurkan tangan tanda pengenalan.

Lambat-lambat lelaki itu menyambut huluran tangan gadis itu.
"Errr..nama saya Ash Izmyr. Boleh panggil saya Ash. Sebenarnya saya pun student baru jugak kat sini tapi kebetulan saya baru dapat tahu dekat mana library. Kalau awak tak kisah jom la pergi sama-sama dengan saya..",ujar Ash Izmyr.

Sutra tertarik dengan sikap yang dimiliki oleh Ash Izmyr atas sikapnya yang lemah lembut terhadap perempuan dan sentisa menjaga pertuturannya serta pandai memikat hatinya. Oleh itu, Sutra pecaya bahawa Ash Izmyr tidak akan melukakan hatinya..

Setelah lama Ash memerhatikan Sutra Aryana yang ralit dengan dunia fantasinya..
"Awak!...jom, kata nak lunch? Soal Ash Izmyr mematikan lamunan Sutra Aryana.

"Oh ok...jom la..nanti lambat pula kita masuk kelas karang",ujar Sutra.

"Ash! Weekend ni awak busy tak? Soal Sutra.

"Tak sangat. Kenapa ye?

"Errr..hujung minggu ni saya ada fashion show sempena ulang tahun pembukaan butik mama saya dan mama nak saya sendiri yang peragakan baju rekaan khas untuk majlis tu nanti. Jadi...boleh tak awak teman saya hujung minggu ni",soal Sutra penuh pengharapan agar Ash Izmyr agar turut menghadiri dalam majlis itu nanti.

"Emmm..bukan saya tak nak, tapi saya tak sure la boleh ke tidak hujung minggu ni sebab saya ingat saya nak realeas tension saya la setelah penat lelah berjuang habis-habisan untuk siapkan assignments yang perlu dihantarkan hari ini. Mahu seminggu saya tak tidur kena siapkan benda tu",terang Ash Izmyr. Bukan dia tidak tahu bahawa mamanya memiliki sebuah butik yang terkemuka di ibu kota raya Kuala Lumpur. Malah nama butik mamanya telah mengeluarkan pelbagai jenis rekaan dengan hasil titik peluhnya sendiri dan kini Datin Haryana mahu mencipta namanya ke peringkat persada dunia pula.

"Awak tak kesiankan saya ke Ash? Saya mengharap sangat awak turut serta dalam majlis tu dan temankan saya. Tapi..nak buat macam mana kan dah awak busy",rajuk Sutra bagi meraih simpati Ash Izmyr.

Kalau dah nama perempuan kan..bab pujuk rayu ni mudah je mencairkan hati lelaki. Tambah pula yang merayunya adalah wanita yang telah menambat hatinya. Apabila keinginannya wanita kesayangannya memujuk, merayunya..mana mungkin dia akan menolak walau sekali pun.
Dulu dia yang selalu memujuk rayu agar Sutra sudi menjadi teman wanitanya. Selalu juga Sutra menolak permintaannya kerana dia takut bahawa Ash Izmyr akan mempermainkan hatinya. Tapi kini dia berjanji akan menjaga hati Sutra dan tak akan pernah menyakiti hati gadis itu
"Ye sayang. Apa saja untuk awak yang tersayang. Saya janji akan temankan awak walau kemana pun awak pergi. Saya tak akan pernah hampakan permintaan awak. Walaupun kena meredah lautan api sekali pun..tergelak kecil Ash Izmyr apabila membuat perakuan sebergitu rupa sambil mencuit hidung comel milik Sutra Aryana.

"Yala tu awak..air panas pun awak tiup kalau nak minum nikan pula nak redah lautan api bagai. Terhembur gelak tawa mereka berdua dan Sutra bersorak keriangan apabila jerat yang dipasangnya sudah berjaya.

Permintaan Daddynya selalu bermain di mindanya. Mana sanggup dia mahu menghampakan permintaan orang tuannya yang telah menaruh harapan setinggi gunung. Meskipun berat hatu dia untuk menerima hasrat tersebut tetapi itu sudah merupakan tanggungjawabnya sebagai anak. Lagipun diakan anak sulung, lagi berat baginya untuk menghampakan harapan orang tuannya. Hendak ataupun tidak dia pati akan menerima amanah yang diberikan.

"Daddy..along ada perkara yang perlu dibincangkan mengenai hasrat mummy and daddy about to take over our company.

"Takpe la along.. Daddy dah agak yang along mesti tak nak punya. Kalau along rasa mencari pengalaman dengan hasil titik peluh along lebih baik. Daddy setuju aje",Tan Sri Lukman sedih mengeluh setelah hari yang ditunggu-tunggunya telah melebur hasrat yang dikandungnya selama ini.

Setelah melihat daddynya mengeluh panjang dengan muka tang penuh kekecewaan. Aryan meneruskan bicaranya.
"Daddy..let's me explain first. Memang berat hati along untuk terima ini semua tapi along juga tak boleh pentingkan diri along sendiri tanpa memikirkan keadaan daddy, keadaan company kita. Along dah fikir masak-masak yang along akan setuju untuk mengambil alih tempat daddy tapi dengan satu syarat ..

"Apa syaratnya? Pantas Tan Sri Lukman mencelah untuk mengetahui syarat yang mahu ditakkan oleh anaknya.

"Syaratnya..daddy kena jaga kesihatan lepas ni dan tak payah nak pening-pening kepala nak fikirkan urusan dekat office. Semuanya dah jadi tanggungjawab along tapi buat masa ni along nak ambil pengalaman dengan bermula dari bawah dulu.

Tersenyum bangga Tan Sri Lukman mendengar syarat yang ditetapkan oleh Aryan. Dia tahu bahawa Aryan tak akan menghampakan harapannya..
"Thanks a lot along ...daddy bangga dengan along. Daddy juga percaya suatu hari nanti along akan berjaya seperti yang along inginkan. Tan sri Lukman menepuk lembut bahu Aryan tanda dia sangat bangga terhadap Aryan.

Nampaknya Sutra dah ada orang baru di hatinya..bagaimana pula dengan Syaryf Aryan?

Nantikan update yang akan datang...☺

Thanks for read
From me
Schaz!

Jodohku With Mr.ArrogantWhere stories live. Discover now