1st

1.7K 35 2
                                    

"Yehuu hari yang ditunggu telah tiba" kata aku sambil mengeliat.Aku segera meluru ke tandas untuk membasahkan diri.
Setelah itu aku berdiri di depan kabinet baju dan melihat baju kurung untuk dipakai pada hari ini. Aku memilih untuk memakai baju kurung kerana aku nak kelihatan sopan.

"Hmm which one should i wear today?" kata aku sambil mataku melilau lilau mencari warna baju yang sesuai.
"Pakai warna biru ajelah"
Setelah itu aku bergegas turun dan melihat mama menyediakan makanan kegemaranku nasi lemak.
"Thankyou ma! bye takecare" kata ku sambil mencium pipi mamaku.
"Welcome and take care too darling"

Aku bergegas dan segera masuk ke myvi berwarna kelabu milik mamaku.

Setelah sampai di perkarangan college, aku memakir di tempat yang di sediakan. Lalu aku pergi ke arah rakan rakanku.

"Wah put, you look so sopan" perli Ain.
"Ee kau memang suka sakat aku kan Ain" sambil memukul mukul lengannya.
Rakanku yang lain berdekah ketawa melihat gelagat kami berdua.
Aku hanya tersenyum sinis.

"Jom la masuk aku penat berdiri ni" omel Shahida yang sememangnya suka membebel.
"Yela yela jom jom" pujuk aku.

Kami masuk ke dalam college, semua kelihatan sungguh canggih. Kami berasa teruja terutamanya Balqis yang sememangnya hyperactive.

"Wah tak sabar nak start college" kata Balqis yang hampir melompat.
"Weh lek lek jangan lompat!" tahan Nurul yang sempat menarik pergelangan tangannya.
Kami semua gelak dengan kuat, hampir separuh daripada college itu melihat kami.

"Shh, pls control your voice" kata wanita yang dalam lingkungan 30an menegur kami.
"Mungkin itu pensyarah kita kut" kata aku kepada mereka sambil meletakkan jari di bibir.
Mereka hanya angguk tanda faham dan kami berlalu pergi.

Ketika sedang leka berborak, aku terlanggar seorang mamat ni, habis buku aku jatuh! Aku segera tunduk untuk mengutip buku-buku yang berteraburan di lantai. Dalam hati rasa nak sumpah seranah je tapi aku sabar.

Sedang aku mengutip buku-buku itu, aku terpegang tangan mamat tadi yang hendak menolong aku mengutip buku yang jatuh.

"Ya Allah macam mana pulak aku boleh pegang tangan dia ni" desis hati aku.
"Hm sorry ye sebab terlanggar awak" kata lelaki itu sambil memulangkan buku kepada aku.
"Its okay" aku memandang mukanya lalu mengucapkan terima kasih kerana menolongnya mengutip buku tadi. Dia berlalu pergi. Sempat juga aku memandang tag nama dia.

"Oh Muhammad Danielle rupanya, hm nama cam kacukan orang puteh tapi ntahla malas aku fikir" aku tersentak kerana tiba tiba sahaja Isyqi memegang bahuku.

"Apehal isyqi?" marahku.
"Kau angau sangat ni put!" sambil ketawa semput-semput.
Yes isyqi terkenal dengan ketawanya yang semput dalam geng kami.
"Apa yang angau" tanyaku.
"Eleh, macam orang tak nampak yang kau dari tadi tengok mamat tu" perlinya.
"Ee pls dah jom blah" marahku.
Mereka semua ketawa dan mengikut aku untuk ke kantin.

Sayangku Sayang [C]Where stories live. Discover now