Epilog

1.1K 14 0
                                    

"Papa, mama mana?" Rengek Alisya Qistina sambil mencubit hidung papanya.

"Hm tulah, dekat dapur kot. Boleh tak Alisya pergi dapur lepastu Alisya bisik kat Mama benda yang papa akan bisik kat Alisya." Danielle tersengih melihat anaknya tekun mendengar arahannya.

"Bolehh." Kata Alisya manja.

Segera Danielle membisikkan sesuatu kepada Alisya. Alisya turut geli hati mendengar arahan papanya.

Walapun baru berusia 4 tahun, tapi Alisya petah berkata kata.

Alisya terus berlari ke dapur setelah papanya habis berbisik kepadanya.

Putri yang sedang sibuk memotong sayur terus menoleh ke belakang apabila Alisya tidak habis habis memanggilnya.

"Ada apa sayang?" Tanya Putri sambil membasuh tangan.

"Papa ada pesanan untuk mama hihi.."

"Apa?" Tanya Putri lalu menunduk supaya tingginya sama setaraf dengan Alisya.

"Papa kata, I love you so much. Papa nak baby baru. Alisya nak adik baru. Hehehe." Alisya tersengih sengih sambil mengigit jari.

Putri tersenyum. Ish nakalnya!!

"Betul ke Alisya nak adik? Nanti tak jealous ke?" Putri bertanya. Ya, Aliya masih terlalu cepat untuk dapat adik.

"Alisya dah besarlah Mama.." Alisya memuncungkan bibirnya.
Lantas, Putri cium pipi Alisya.

"Ok sayang. Nanti Alisya dapat baby baru.. Ok?"

"Yay, janji?"

Putri tersenyum lantas membuat simbol janji.

--

Selepas menimang cahaya mata yang pertama, Danielle menyuruh Putri untuk menjadi suri rumah tetap.

Pada mulanya, Putri cuba memujuk Danielle supaya dia tetap bekerja bersama Danielle tetapi melihat dengan kesungguhan Danielle.

Dia hanya turuti.

"Ha fikir apa tu sayang?" Tanya Danielle sambil merangkul leher Putri yang sedang menyikat rambut dihadapan cermin.

"Nothing."

"Sayang.." Danielle mula memicit-micit leher Putri.

"Ish, tak ready.."

"Abang takkan paksa sayang." Danielle tersenyum hambar lalu terus naik ke atas katil.

Putri menelan laju air liur. Merajuk ke? Aduh!

Segera Putri berjalan perlahan-lahan ke katil dan duduk disebelah Danielle.

"Abang, saya kesian dekat Alisya je. Dia masih kecik. Mesti dia nak kita focus dekat dia kan? Abang faham kan?" Putri membelai pipi Danielle.

"Ye sayang. Abang faham sangat." Danielle tersenyum. Sejuk hati bila isteri pujuk. Menggedik dengan isteri apa salahnya HAHA.

"Abang, i love you too." Putri memandang Danielle tanpa berkelip.

"Sejak bila abang cakap i love you kat sayang?" Muka Danielle berkerut.

"Awak yang pesan dekat Alisya tadi kan.."

"Oh hehe, alolo sayang jugak."

"Mama, papa.. Alisya sayang mama papa.." Alisya mengingau.

Cutenya mengingau..

"Sayang Alisya jugak sayang!" Kata Putri dan Danielle serentak lalu mencium pipi Alisya.

-TAMAT-

Sayangku Sayang [C]Where stories live. Discover now