41st

673 12 0
                                    

"Kami gerak dulu ye Ma, Pa." kata aku sambil bersalam dengan mereka.
"Adik, jaga Mama dengan Papa masa akak tak ada. Jangan berkepit dengan handphone je" kataku menjeling.
"Sayang.." Danielle menegur.
"Hmm gurau je. Yela adikku sayang, jaga diri ok? Jaga Mama dengan Papa jugak.." kataku lembut sambil mengusap kepalanya.

"Danielle kalau tak larat, berhenti dulu. Kalau tak pass je dekat Putri ni. Jangan bagi dia tidur. Suruh dia teman Danielle. Ok?" pesan Mama sambil menepuk bahu Danielle.

"Ok Ma" lantas Danielle memboloskan diri ke dalam badan kereta. Begitu juga aku.

"Bye!!" laung aku.
Mereka melambai ke arah kami sehinggalah kereta kami meluncur laju hilang dikawasan perumahan.

------
"Sayang, berapa jam nak ambil masa pergi Terengganu?" tanya Danielle.
"Hmm, paling cepat 4 jam. Paling lama 6 jam." balas aku.
"Oh ok." lalu Danielle meneruskan perjalanan.

"Sayang, berboraklah dengan abang supaya abang tak ngantuk.." pintanya.
"Mengantuk ke? Nak sayang gantikan tak?" tanya aku.
"No. I'm okay. I just.." Danielle serba salah.
"Takpa.. I feel you." aku memegang lengannya.
"Thankyou" ucapnya.

"Hmm, why abang suka dekat Put?" soalan ini memang aku nak tanya dari dulu lagi.
"Eh bila masa abang suka kat sayang? Perasannya.." Danielle mengusik.
"O-k" aku membalas.
"Ala, hm abang suka kat sayang sebab sayang memenuhi semua kehendak abang.. You're too perfect to me sayang.." Danielle memalingkan mukanya. Tangan kirinya mencapai tangan kananku lalu di bawa ke bibirnya. Danielle mengucup perlahan tangan aku.

Aku terkelu.
"You're too sayang." balasku.
"I love you until I die.." katanya.
"Love you too" aku memalingkan mukaku menghadap Danielle.

Dia sayangkan aku? Hmm.

"You ada berapa ex-girlfriend?" tanya aku
"Hahaha kenapa nak tahu? Jealous?" jawabnya terukir senyuman.
"Serious pls" pinta aku.
"Ok.. I have only 1 ex." balasnya.
"Em ok. Who?"
"Athirah." balasnya selamba.
"Sayang dia lagi er?" tanyaku teragak agak.
"Should I love her?" dia memandang aku serious.
"Hmm, kenapa break?" tanyaku berminat.
"Dia suka dekat I sebab harta,pangkat,rupa" tergambar muka Danielle kecewa.
"Sorry sayang. Tak patut I tanya you soalan macam ni" kataku sambil menepuk dahiku berulang kali.
"Takpa, I yang ajak you borak kan?" Danielle kembali tersenyum.

Mungkin. Disebabkan Athirah, Danielle dah tak nak or anti dengan perempuan? Maybe sebabtu dia ada 1 ex je.

"Sayang, I penat.." rungut Danielle.
"Tak boleh tahan dah ke? You berhenti dekat perhentian depan tu. Nanti sekali beli minuman ke" pintaku.
"Alright" Danielle segera memberi signal untuk ke kiri.

"You nak apa-apa ke?" tanyaku sebelum melangkah keluar.
"Nak you pls" Danielle ketawa kecil.
"Ish memain la dia ni" lantas aku segera masuk ke dalam 7E.

------
Aku keluar dari 7E dan masuk ke seat driver. Aku mengeluarkan Redbull untuk Danielle.

"Nah.." aku menghulur.
"Thanks" balasnya.
Aku menyusun snek snek yang aku beli. Lalu aku memaut tali pinggang keledar dan keluar dari kawasan perhentian.

"Sayang, lama lagi ke?" tanya Danielle sambil meneguk airnya.
"Dalam 2 jam lagi. Kalau mengantuk, tidur je" kata aku sambil memaling ke arah Danielle sekilas.
"Tak pun. I tak penat pun. I nak tengok you" Danielle memulakan drama jiwang.
Aku diam dan masih fokus dengan perjalanan.

"Sayangg.." panggil Danielle meleret.
"Apa?" tanyaku.
"Kenapa dp whatsapp gambar you dengan Brandon? Hmm gambar tu you senyum riang." Danielle masih menunggu jawapan.

Aku tersentak. Jap bila masa aku tukar dp whatsapp ni? Oh ye. Aku lupa. Dp tu ditukar kerana Brandon yang paksa. Kalau tak diikutkan, memang tak hengen aku letak. Ketawa riang? Oh tu gambar candid, ofc la aku orangnya suka gelak sakan. Tak sangka si kawannya Brandon pergi snap. Menyakai.

"Takkan jealous?" tanya aku.
"Ofc." Danielle kelihatan serious.
"Hmm, I lupa nak tukar la sayang. I dah lama tak on ws" kataku jujur.
"Bak handphone jap" pinta Danielle.
"Ambil dekat handbag I" kataku sambil melirikkan mataku dimana handbag ku berada.

Danielle mengambil Ip5sku.
"Sayang.. Password?" tanyanya.
"U suspek I ada hubungan dengan Brandon lagi ke sayang?" tanya aku.
"Just gimme your pass Putri." Danielle mula bertegas.
"My password is you." kata aku sedikit kecewa dengan sikap Danielle.
"How sweet you sayang.." Danielle menekan password aku dan handphoneku terbuka.

Danielle membuka camera di handphone ku lalu menangkap gambarnya dengan membuat gaya machonya. Aku tergelak sakan. Alahai nak selfie pakai handphone orang je?

"You ni nak habiskan memory I ke macam mana?" aku mengerling ke arah Danielle yang masih mencari snap yang terbaik.

Dia membuka aplikasi Whatsapp aku, dia menekan setting. Menekan profile picture dan memilih gambar untuk mengantikan gambar aku bersama Brandon.

"Nah. Ok?" tanya Danielle sambil menghulurkan handphoneku kembali. Aku mengambilnya semula. Mujur traffic light merah.

Aku terkejut kerana profile whatsapp aku Danielle mengantikan dengan gambarnya.
Hmm comelnya alahai..

"You ni comelnya perangai" perli aku.
"Cakap jela, I comel kan?" dia mengukir senyuman.
"Sikit" balasku.

Status whatsapp aku juga ditukar menjadi Tengku Danielle Azaharein's. Aku terkedu. Apa masalah dia ni?

"Abang.." aku memanggilnya
"Yes?" sahutnya.
"Haha ish comel sangat perangai abang ni. Jealous sangat ni.." aku menduga.
"Like I said, I sayang you" kata-kata Danielle mendalam.
"I know that" lalu aku meneruskan perjalanan tatkala lampu hijau bernyala.

Sayangku Sayang [C]Where stories live. Discover now