46th

681 14 2
                                    

"Danielle buat apa dekat Putri semalam?" Tanya nenek sambil tangannya ligat memotong timun.

Gulp!

"Err mana ada buat apa-apa nek"

"Laa yeke, ingatkan ada buat apa-apa sampai Putri ni bangun pagi, biasanya nenek kena tutup kipas baru dia bangun" nenek ketawa kecil.

"Hahaha, la ingatkan apa lah tadi" balasku sambil menghembus nafas lega.

"Nenek nak jugak timang anak kamu, kalaulah sempat.." nenek berhenti memotong lalu merenung ke arahku.

"Tak baik cakap macam itu nek. Inshaa Allah rezeki tak kemana nek"

"Ngumpat apa nii" Putri datang dari arah pintu sambil membawa sejag air. Air dituang ke dalam gelas dan dihulurkan ke arahku.

"Tak ngumpat pun" aku ketawa kecil.

"Nek, Danielle rasa kita kena buat macam ala-ala kenduri lah nek." Aku meletakkan secawan teh o ke tepi.

"Kenduri apa pulak ni sayang? " Tanya Putri.

"Kenduri saja saja. I rasa ramai yang tak tahu kita dah kahwin. So I think, kenduri ni jugak boleh mengelakkan fitnah" balasku.

"Bila nak buat?" Tanya nenek.

"Hmm, maybe bulan 12?"

"Nanti kita bincang ramai ramai ye sayang"

Aku mengangguk lalu menghabiskan sisa teh o yang aku tinggalkan.
                
                     -------------------------

Bodoh! Apa yang aku buat semua tunggang langgang! Kerja assignment masih banyak bertimbun di atas meja.
"Dulu kau tak macam ni Brandon.."

Kata kata Putri terngiang-ngiang di kepalaku. Macam mana aku tak jadi macam ni? Ini sebab kau Putri! Kau yang buat aku jadi gila. Gila bayang dengan kau!

Aku menghempas badanku di atas katil. Mukaku aku raup kasar.

"Jangan kacau aku dengan Danielle lagi. Faham?!"

Tak mudah aku menyingkirkam perasaan aku terhadap kau Putri dan tak mudah untuk kau mengugut aku.

Aku mencapai telefonku, nama yang dicari sudah ketemui.

'Jumpa aku dekat Cafe berdekatan dengan rumah kau.' -send

Aku tersenyum sinis. Yes aku takkan kacau kau dengan Danielle, Put. Aku takkan. Tapi bukan kau, Putri!

---------------------

"Sayang." Sapa Danielle.

"Yes?" Kataku yang sedang ralik menyiram bunga.

"Nak hug pls, I demam" pintanya.

"Mengada!" Jeritku. Ish Danielle ni tak tengok kawasan mana. Main terjah aje.

"Serious I tak sedap badan ni.. Meh la sini kejap" kelihatan muka Danielle tiba-tiba pucat lesi. Aku segera berlari ke arahnya yang sedang duduk di atas buaian.

"You demam start bila ni?" Tanyaku sambil tanganku diletakkan di atas dahi Danielle.

"Tak tahu. I ok.."

"You're not!"

Aku berdiri di hadapannya. Kehulur kehilir aku sibuk menelefon toksu yang menggunakan kereta aku kerana keretanya rosak..Yelah mestilah risau bawak anak orang ni, kang tak pasal pasal balik KL kena free free ceramah dari Mama. Huwaaa tak sanggup.

"Meh sini jap" Pinta Danielle lalu menyuruh aku duduk di atas ribanya.

"Err sabar lah sekejap. I ok je berdiri"

"Duduk atas riba I pls" Danielle makin menegas. Lalu aku duduk di atas ribanya. Suka paksa paksa orang lah dia ni. Nasib demam.

Danielle memeluk erat belakangku. Haba badannya dapat aku rasai. Ya Allah, mudahkanlah urusan kami.

"Sabar ye sayang. Lagi 5 minit. Nak apa-apa tak?" Tanyaku sambil memegang tangannya yang kini semakin sejuk.

"I nak you teman I pls.."

"Selimut?" Aku memalingkan mukaku ke mukanya. Muka pucat Danielle aku usap perlahan. Ya Allah, tak sanggup aku melihat Danielle kesakitan.

"Hug me pls.." suara Danielle semakin perlahan. Aku segera memeluknya. Kepalanya aku usap. Danielle mengigil dalam pelukanku.

"Sayang, be strong" aku mengusap kepalanya. Melihat Danielle mengigil aku segera memeluknya.

Danielle mengangguk perlahan.

Kereta aku yang dipandu toksu tiba dihalaman rumah. Aku memapah Danielle ke dalam kereta.

"Toksu, takpa biar Ain bawak Danielle. Jaga nenek tau" lalu kereta aku membelah jalan raya.

                         --------------

"Kau nak apa msg aku?" Tanya seorang gadis lalu mengambil tempat di sebelah aku.

"Aku tahu hati kau pun hancur macam aku kan? Bila kau tengok orang yang kau cintai dengan orang lain kan?" Aku tersenyum sinis.

"Kau boleh street to the point tak?" Marahnya.

"Dahlah Balqis, aku suka Putri kau suka Danielle. Kau boleh ambil Danielle dan aku ambil Putri. Deal?"

"Sorry ah. Aku bukannya seorang gadis yang kau fikir aku suka rampas suami orang. Aku dah tak nak teruskan benda ni. Dahlah. Kau stop fikir pasal Putri and start a new life" kata Balqis sambil memegang tanganku. Mataku ditatap penuh bermakna.

"U can build a new life with me too" katanya sambil mengukir senyuman.

"Er hm" kataku gugup. Serious ke minah ni?.

"Take your time Brandon. Bye sayang" katanya sambil berlalu pergi.

Mungkin betul aku kena move on tapi dengan Balqis? Err

                      -----------------
"Nurse tolong nurse" jeritku sambil memapah Danielle yang separuh sedar. Aku meletakkan Danielle di atas katil dan dibawa ke wad kecemasan.

"Bertahan Danielle .." kataku perlahan. Air mataku mula berguguran. Tidak pernah aku melihat Danielle seletih itu dan sesakit itu.

"Puan, sila duduk di tempat menunggu ye" kata seorang nurse sambil menunjukkan tempat tersebut.
Aku mengangguk perlahan. Aku menelefon Mama Danielle.

"Assalamualaikum Ma.." kataku perlahan.
"Waalaikumussalam. Kenapa ni sayang?"
"Danielle dekat wad Ma. Takpa Ma, Put akan jaga dia."
"Ya Allah, tolong jaga dia ye sayang nanti esok Mama pergi sana dengan Papa"
"Ok Ma. Assalamualaikum."
Lalu aku meletakkan telefon.

Sayangku Sayang [C]Where stories live. Discover now