12th

410 21 0
                                    

Aku menghempas pintu. Aku agak kesal dengan perangai Putri yang masih tak dapat terima kehadiran aku.
Lalu segera aku masuk ke dalam bilik.

"Menyial la Danielle tu, hempas-hempas pintu pulak! Jahanam benda tu dia attack aku!" rungut Khai yang memang selalu menjadi mangsa si Danielle.
"Sabar jela, tak lain tak bukan la tu sibuk fikir pasal Putri. Putri pun sorang asyik tak layan je cik abang kita sorang tu cane dia tak bengang" balas Amsyar memberi teori.
"Mungkin si Putri tu tak selesa sangat dengan si Danielle tu, yelah tuptap tuptap si Danielle ni asyik ade je dekat mana-mana" balas si Imran yang cuba memberi pendapat.
"Yelakut" kata mereka serentak.

Aku masuk ke dalam bilik lalu segera aku melabuhkan badanku di atas katil. Marahku sedikit demi sedikit reda.
Tak patut aku marah Putri tadi.
Aku kena jugak mintak maaf dekat dia esok!

----------

Aku masuk ke dalam rumah lalu meletakkan lauk yang aku beli tadi ke dalam singki.

Ain dan Balqis sibuk menyimpan makanan ke dalam peti ais dan karbinet.

"Guys, aku naik kejap boleh?" kataku sambil membuka pin di tudungku.
"Naik jelah put, tengah serabut kan? Takpa biar kitaorang je yang masak. Kau pergila berehat" pujuk Matul sambil menguntum senyuman.
"Ok.." jawabku ringkas.
Lalu aku naik ke atas dan masuk ke dalam bilik.

"Tak sepatutnya aku buat dia macam tu, dia banyak tolong aku" kataku kesal dengan sikap egonya aku.

Aku teringatkan sesuatu. Lantas aku mengambil purse aku dan mendapatkan sehelai kertas yang diberi oleh Danielle yang aku lupa bila dia kasi. Haih.

Terngiang-ngiang suaranya yang selalu mengingatku supaya menelefonnya jika emergency.

Sekarang kut emergency.. kataku sambil menarik  untuk menguatkan semangatku untuk mendail nombornya.

"Tut tut.. Tut tut.."
"This is voicemail .." aku segera menekan punat merah.
"Dia ke mana? Marah ke?" tanyaku bertubi tubi.

Nanti jela aku Whatsapp dia..

Aku segera masuk ke dalam bilik air. Setelah siap aku turun ke bawah.
Serba salah pulak aku tinggalkan diorang masak..

Aku melopong dek kerana terlihat begitu banyak makanan yang diorang sediakan. Ish ish

"Kenapa tak tunggu aku?" tanyaku perlahan.
"Kalau tunggu kau, esok baru aku boleh makan kut" kata Ain memerliku.
"Ada pape yang aku boleh tolong ke?" tanyaku dengan rasa bersalah.
"Takdepape semua dah terhidang dekat atas meja" balas Shahida sambil membawa buah tembikai kegemarannya ke meja.
"Ha waiter. Pls take me some water" katanya sambil memandang ke arahku.
"Ok.." ntah kenapa aku ikut je kata Ain.
Lalu kami makan sambil bercerita. Aku hanya mendiamkan diri. Makan pun kuis kuis je.

"Put.. Are you okay?" tanya Rizki.
"Ok je" jawabku tipu.
"Chill la put. Mamat tu confirm datang balik esok" kata Isyqi nak menyedapkan hati.
"Apa korang cakap ni? Takdekene mengena pun dengan Danielle" balasku tipu dan segera ke singki membasuh pingganku.

-------
Aku selesai mandi. Aku terus mencapai baju Manchester United yang dibeli oleh Mama. Aku segera mengambil telefonku.
Ha? Ada misscall? Private nombor pulaktu. Biar jela, kalau penting mesti dia call lagi.
Aku turun ke bawah, rakan rakanku sedang leka menonton tv. Aku mengambil tempat di sebelah Andre. Mereka yang sibuk menonton tv sekarang berpaling ke arahku.

"Korang asal pandang aku macam hantu?" tanyaku sambil memetik jari.
"Hmm, kau ada masalah ke bro?" tanya Imran berani.
"Mana ada kau asal?" jawabku tipu.
"Takyah nipu la Danielle, kitaorang dah kenal kau 3 tahun dah. Kau ada masalah en? Crita la apa guna kitaorang kat sini? rungut Khai.
Andre mengangguk tanda setuju.

"Takdela, aku bengang kenapa dia tak boleh terima aku?" resah aku sambil mengerutkan dahi.
"Belum waktu dia kut, sabar la sikit bro!" pujuk Andre sambil menepuk bahuku.
"By the way.. Asal kau suka sangat dengan minah tu? Padahal banyak je fans kau yang terjerit-jerit bila nampak kau" tanya Khai yang berada di hujung sofa.
"Entahlah.. Dia unik sikit" balasku.
"Wuyo" kata mereka serentak.

------
"Aku mintak izin naik jap." kataku yang sedang kusut.
Lalu segera aku naik ke atas tanpa menunggu jawapan daripada mereka.

"Pelik sangat dah si put tu, sejak bila dia mintak izin izin ni?" kata Balqis memerli.
"Alahai Balqis, biar jela dia tu. Kita jangan kacau tepi kain orang" balas Matul sambil membawa pinggan ke singki.

Sayangku Sayang [C]Where stories live. Discover now