40th

601 15 6
                                    

"Sayang, do you love me?"
Pertanyaan Danielle membuatkan aku tersentak. Dah kenapa tiba-tiba tanya?
"Hmm?" Danielle masih menunggu jawapan.
"Yes, I love you. Kenapa tanya ni?" tanya aku sambil membetulkan rambut yang terjurai
"Really?" Danielle ingin kepastian. Tangannya sempat bermain dengan rambutku.
"Ye sayang.." kataku sambil tangan aku membelai pipinya.

"Tapi.. Kenapa sayang tak pernah bagi abang try?" tanya Danielle sambil mengukir senyuman. Senyuman gedik ee!!

Aku meneguk deras air liur. Kenapa dia ni weh? Jangan cakap dia nak..

Danielle merapatkan mukanya ke arah mukaku. Aku memejam mata. Danielle ni kenapa weh?
Danielle makin merapatkan mukanya sehingga hidung kami bersentuhan.

"Danielle??" aku menegurnya.
Dia mengendahkan teguranku, dia makin merapatkan mukanya lagi.
Aku menarik nafas panjang. Tak mampu aku membuka mata ingin melihat rupa Danielle secara 3D. Dekat gila nak mati!!

"Sayangg" panggilnya dalam nada berbisik.
Aku mendiamkan diri.
"Ready?" tanyanya.
"Apa err awak buat ni err" aku pura pura tak faham dengan keadaan sekarang.
"Malam ni kan..."
"Akak, abang turun makannnn" jerit adikku sambil pintu bilik kami diketuk kuat.
Aku melepaskan diri daripada Danielle. Danielle mengeluh kasar. Melepass..

"Ye, akak turun. Kau ni pintu aku ketuk kuat-kuat pehal" aku memang dah biasa panggil kau aku dengan adik ni. Dah banyak kali kena marah panggil kau aku. Tapi nak buat macam mana? Dah terbiasa kot. Tapi aku tetap sayang adik aku tu. Sikit kot HAHAHA.

"Sayang, gengsternya" perli Danielle sambil cuba merapat ke arahku.
"Memang." kata aku sambil mengikat rambutku.
"Jangan ikat rambut macamtu, Danielle tergoda ni heish" marahnya.
"Tanak tergoda, tutup mata." perli aku.
"Hmm mana boleh, terlepaslah nak tengok isteri Danielle ni kang" rungutnya.
"Dahlah sayang, jom turun" lantas aku menarik lengannya untuk ke bawah.

-------
"Ha? Seriously kakak nak pergi sana?" Mama hampir ternganga mendengar keputusan aku.
Aku menjeling ke arah Danielle, dia masih meneruskan santapannya.
"Yelah Ma? Kenapa?" aku tersenyum sinis.
"Kakak ni, banyak lagi tempat yang menarik. Nak pergi situ je?" sekarang Papa turut terlibat.
"Kakak ni tak romantik langsung" perli adik.
Aku hanya menjeling ke arahnya. Amboi baru umur 14 tahun dah tahu romantik bagai.

"Yelah Ma,Pa. Dah lama kakak tak balik kampung. Danielle ok kan?" aku menjeling ke arahnya.
"Apa panggil Danielle. Panggil abang." sampuk Mama.
"Hm abang ok kan? tanya aku.
"Ok je, dah lama Danielle tak rasa suasana kampung. Mesti best kan" Danielle menduga.

Aku mengukir senyuman. Niat aku ke kampung bukan tujuannya untuk honeymoon tapi lebih kepada hasratku ingin membuli Danielle. Dia anak orang kaya kan. Mesti awkward gila bila balik kampung.

"Hm kalau macam tu, oklah. Nak pergi berapa hari?" tanya Mama.
"7?" kataku teragak.
"Bila nak pergi? Dah tempah ticket flight?" tanya Papa.
"Hmm mungkin lusa. Ticket? Danielle yang akan pandu kereta sendiri. Kan sayang.." aku menjeling ke arah Danielle yang sedang minum air. Tersedak mungkin?
"Kakak!! Kenapa nak bersusah payah? Kemudahan dah ada. Tak kesian dekat Danielle ke?" marah Mama.
"Alaa, kakak saja nak tengok keindahan balik kampung ni.." aku merengek.
"No. No. Naik flight jugak." kata Mama bernoktah.
"Hmm"
"Takpa la Ma, Danielle ok je" kata Danielle.
Aku menghadiahkan senyuman kepadanya. Yes yes!!

"Danielle ok ke? Ke sebenarnya kakak nak balik kampung ni sebenarnya ada niat lain?" Mama menduga.

Aku tersentak. Hadeh macam mana Mama boleh hidu ni? Niat lain tu niat baik la Mama.

"Heish Mama ni, mana ada.." aku tersengih.

"Danielle, kalau Putri ni ada buat benda tak elok kat kamu. Report je kat Mama. Tahulah mama nak buat apa." sempat Mama menjeling ke arah aku.
Danielle hanya membalas dengan ketawa kecil.

---------
Aku masuk ke dalam bilik dengan riang. Aku sempat mengerling ke arah Danielle yang sedang leka menonton tv. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

Sunyi sepi~~
Cuma kedengaran suara daripada tv tu sahaja.

Dah kenapa Danielle? Marah ke?

Aku menyentuh lengannya lalu kepalaku aku sandarkan di lengannya. Rambut ku yang terikat aku leraikan. Niat aku bukan untuk menggoda tapi lebih kepada memujuk. Danielle masih mendiamkan diri.

Biasanya Danielle amat sensitif dengan sentuhan. Tetapi, sekarang tidak. Dia hanya mengendahkan aku seperti aku ni bayang bayang mungkin?

Aku mengeluh kasar. Kepala aku yang disandarkan di lengan aku angkat lalu merebahkannya di atas katil. Aku menarik comforter hingga ke paras dada.

Dia marah pasal honeymoon kat kampung ke? Tadi ok je?

"Hmm, bestnya cerita ni kan" aku cuba bersuara.
Dia masih mendiamkan diri.

Dasyhat gila dia ni. Merajuk ke marah ke apa dia ni?

"Handsomenya hero cerita ni.. Kalaulah dia suami Put.." aku saja ingin mengusiknya.
Danielle segera berpaling melihat aku. Aku tidak peduli akan reaksinya.

Nak merajuk kan? Pergi pergi.

"Hmm" Danielle bersuara.
"Oh ada suara, ingatkan bukan orang tadi. Takut jugak, mana tahu duduk sebelah bukan manusia ke.." aku menjeling ke arahnya.
"Sayang memang tak reti pujuk abang eh?" dia mengeluh kasar.
"Dah pujuk.. Orang tu yang tak layan kita." aku memandang siling.
Danielle memeluk aku.

"Merajuk ke sayang? Marah ke?" tanya aku sambil mengusap lengannya yang memaut dadaku.
"Hmm" itu yang dia ungkapkan.
Aku mengubah posisiku memalingkan muka ku memandangnya. Jarak kami mungkin tinggal 1 jari?

"Hmm, tanak teman I balik kampung takpa. Kita pergi tempat lain. Lepas balik tu, biar I je pergi sorang-sorang kampung tu. Boleh cuci mata. Yelah.. Orang dekat sana tu boleh tahan handsome jugak. Mesti diorang tak tahu yang I ni wife orang. Wife anak orang kaya yang tanak teman wife dia balik kampung.." aku memerli sambil tersenyum sinis.

Danielle memegang pipiku lantas mencubit pipiku kuat.

"Aduh sakitlah Danielle!! Tahulah pipi orang ni tembam, tak payah geram sangat la" kata aku sambil mengusap pipiku yang merah dek cubitan Danielle.
"Siapa suruh buat Danielle jealous?" kata Danielle sambil mengusap pipiku yang merah.
"Kenapa nak jealous? You bukan tak kesah ke? Aku memandang matanya tepat.
"You fikir I merajuk sebab tanak balik kampung you ke sayang?" tanya Danielle.

Apa dia cakap ni? Bukan dia merajuk pasal tak nak balik ke?

"Yelah. Pasal apa lagi?" aku keliru.
"Haha, you ni.. I suka la balik kampung even I tak ada kampung" Danielle mengukir senyuman.
"So?" aku masih tak faham.
"I merajuk sebab adik you potong stim betul, dah hampir dah tadi.." Danielle tersenyumn gedik.
"Ee nakal la Danielle ni" aku menjarakkan diri aku.
"Panggil abang, sayang" Danielle makin menghampiri aku.
"Er abang er" kataku gugup.

"Tidur jom?" tanya Danielle
"Err, saya.."
"Danielle ajak tidur je, bukan ajak.." aku menekup mulutnya.
"Ee shh malu tahu tak?!" aku menjeling.
"Kita berdua je ada dalam ni sayang.." kata Danielle mendekatkan bibirnya ke telingaku.
"Goodnight" kata aku sambil memalingkan muka.
"Goodnight sayang. Sleep tight. I love you.." bisik Danielle sambil tangannya memaut pingangku.
Aku mengendahkannya. Dah terbiasa mungkin? Lalu aku terlelap lena..

Sayangku Sayang [C]Where stories live. Discover now