Selepas agak lama membaca novel, tekak ku mula berasa haus.Aku bercadang untuk meneguk segelas air.Aku mula mengambil gelas yang disediakan di atas meja lalu menuangkan air ke dalamnya.Ketika aku ingin membuka langkah menuju bilik tidurku ,aku dapat menangkap bunyi seperti pintu hendak dibuka dari luar.Takkan Tengku kot. Tengku dah tidur rasanya.Aku amati lagi bunyi itu.Naik meremang bulu aku.Takkan hantu.Ini bukan malam jumaat.Aku agak ini pasti pencuri.Ohh senang mak bapak nenek datung moyang kau nak masuk rumah ni. Kau tunggu.Aku mengambik sebatang kayu golf kepunyaan Tengku.Pinjam demi kebaikan ye Tengku.
Aku memberanikan diri berjalan ke arah ruang tamu.Walaupun agak gelap,aku tidak berani membuka lampu.Takut pencuri itu beredar.Aku dapat melihat susuk tubuh seseorang yang cuba menutup pintu.Dengan sepenuh kudrat dan tenaga batin yang ku kumpul, aku menghayungkan kayu golf ke arah pencuri itu lalu menjerit.
' Pencuri...Pencuri..Tengkuuuuuuu!!!Tolongggggg!!!' Aku rasa jeritan aku sekuat tarzan manpu menyedarkan Tengku.Pencuri itu meraung kesakitan.Aku tidak peduli.Oh, nak rompak rumah orang ada hati nak minta belas kasihan daripada aku.Memang tak lah.Aku memukul pencuri itu sampai dia terjelopok di lantai.
'Apa bising-bising ni,Dhia?Dhia, aduh ini anak Saya.Tengku Aidil Farhan.Kenapa ni Aidil?' Puan Mariam yang membuka lampu terkejut melihat aku dan pencuri itu.Pencuri yang terjelopok itu mula berpaling ke arahku.Gulp!Kayu golf yang aku pegang terjatuh.
'Awak?!' Serentak aku dan pencuri itu berkata.Tubuhku mula mengigil.Takkan kot.Aku mencubit tangan ku sendiri.Sakit pula rasanya.Darah ku seakan-akan terhenti melihat wajah tegang pencuri itu.Encik Buaya.Encik Buaya,Tengku Aidil Farhan bin Tengku Akmal Raden.
'Mak,ni.Orang gila pukul Aidil.Entah dari mana tarzan ni datang.Terpekik-pekik pukul orang,'Encik Buaya menjelaskan keadaan.Aku menggeleng-gelengkan kepala aku tanda tidak betsetuju dengan pendapat Encik Buaya.
Aku terus memotong kata-katanya lalu menceritakan hal sebenar.Manalah aku tahu Pencuri yang aku pukul tu anak Tengku.Kalau aku tahu takda makna aku pukul orang sebarang.Salah Encik Buaya lah terhendap-hendap masuk rumah sendiri.Lain kali ketuklah pintu.Tapi takpa pula.Itu balasan sebab gilakan perempuan.Padan muka.Apatah lagi.Tergelak sakan lah Tengku dan Puan Mariam mendengar penjelasan aku.Encik Buaya hanya menundukkan wajahnya.Conform sakit hati.Hahahaha...
'Dah dah,Dhia.Tolong letak ais kat wajah Aidil.Saya dan Tengku kena tidur awal.Esok ada outstation kat Dubai,Aidil ,ni pembantu Mak Jah,Dhia.' Terang Puan Mariam lagi.Dia terus berlalu ke biliknya sambil diikuti oleh Tengku.Aku hanya menganggukan kepala.Lantas,aku segera mengambil tuala yang bersih dan meletakkan beberapa ketulan ais ke dalam mangkuk.Aku menerpa ke arah Encik Buaya.Takut pula rasanya.
'Tak sangka pula saya.Dalam banyak-banyak perempuan yang minat dekat saya,awak pula berani jadi pembantu rumah semata-mata nak dekat dengan saya,'Kesunyian di ruang tamu mula dipecahkan dengan sindiran yang tak berbayar daripada Encik Buaya.Amboi,perasan betul pula mamat ini.Kang aku bagi flying kick dekat muka kau.Baru kau tahu langit dan bumi.
'Encik Buaya ni sepatutnya kasihan kat diri sendiri.Muka dah lah buruk.Tambah dengan luka akibat kayu golf dah macam muka Mr.Bean aku tengok.Tak padan dengan Mr.Bean dah macam muka Mr.Crab,' Aku yang meletakkan ais dekat muka Encik Buaya terus menekan ais tersebut.Apa lagi,meraung lah dia.Padan muka.
Sudah agak lama dalam suasana yang sunyi sepi.Aku terus ingin berlalu pergi .Malas aku melihat wajahnya.Ketika aku ingin berlalu,Encik Buaya menarik tangan aku menyebabkan tubuhku dekat dengan tubuhnya.Nafas nya yang turun naik makin kuat kedengaran.Aku sudah bercadang untuk menumbuk mukanya jika dia membuat sesuatu yang tidak elok.Aku mula mengenggam tanganku.Tetapi sangkaanku meleset.Dia mula berbisik di telingaku.
'Goodnight Dhia.Sweet Dream,'Selepas berbisik dengan suara yang dia sengaja machokan,dia mula berlalu pergi meninggalkan aku sendiri di ruang tamu.Jantungku berdegup pantas.Apa maksud Encik Buaya ucapkan selamat malam ni.Ish,alu berfikir sejenak.Dia tu kan Encik Buaya.Hobi pun suka mengurat perempuan.Mesti dia nak try aku.Salah oranglah Tengku.Aku tidak menghiraukan kelakuan Encik Buaya terus meluru ke dapur.
YOU ARE READING
Buaya Darat vs Ulat Buku
Romance"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"