Bab 12

48K 1.9K 36
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan.Aduh,sakit pula kepala aku.Kepala aku seakan-akan dihempap dengan batu bata.Pandanganku samar-samar.Aku melihat disekeliling aku.Aku kat mana pula ni.Eh,emas.Bila masa pula dinding bilik aku warna emas.Aku berfikir sejenak.Inikan bilik Encik Buaya?Apasal aku dekat sini pula.Bunyi kuakan pintu mengejutkan aku.Ayah????

'Dhia,Dhia sihat? Ayah rindukan Dhia.Kenapa Dhia buat ayah susah hati.Kenapa Dhia pergi bermain dekat kolam tu kalau dah tahu tak pandai berenang,' kata ayahku.Aku memgesat air matanya yang jatuh ke pipi.Baru aku teringat,aku jatuh kolam tadi masa nak berjabat dengan Encik Buaya.Habis kalau aku kat sini,takkanlah......

'Nasib baik Tengku cepat-cepat selamatkan Dhia.Dhia bersyukur tau Dhia selamat.Jangan buat ayah susah hati lagi,'tambah ayah lagi sebelum mencium dahiku.Tengku selamatkan aku?Kenapa?Mestilah.Kau kan lemas.Takkanlah dia tengok je.Kau ni cubalah berfikir logik sikit.

' Ya,ayah.Dhia janji Dhia takkan main dekat kolam renang tu lagi.Ayah janganlah nangis.Sedih Dhia tengok ayah nangis.'

'Yelah Dhia.Ayah nak bertolak ni. Kasihan jiran ayah jaga rumah ayah dari tadi.Ingat.Ucap terima kasih tau dekat Tengku nanti.' Pesan ayah aku.Aku hanya mengangguk kecil.Ayahku keluar diiringi dengan Puan Mariam dan Tengku Akmal.Aku hanya memehartikan mereka sampai mereka hilang di pandangan aku.

'Dhia berehat dulu ya,nak.Mak Jah turun kejap nak buatkan bubur.Nasib baik ada Tengku Aidil selamatkan.Sampai menangis Tengku Aidil tadi,' usik Mak Jah.Menangis? Dah kenapa Encik Buaya ni. Takkan dia menangis tengok aku lemas kot.Hidung dia tu masuk air mungkin.Mak Jah ni pandai-pandai je usik aku.Lamunan aku termati disitu apabila melihat Encik Buaya berada di depan pintu.Dhia mengukirkan senyuman sebaik sahaja Aidil masuk.Terselah kedua-dua lesung pipitnya.

'Terima Kasih tau Encik Buaya sebab selamatkan saya.Kalau Encik Buaya susah esok lusa, izinkan saya tolong pula.' Aku memulakan perbualan dahulu.Memang untung lah aku selamat.Kalau tak mati free aku sebab air kolam ni.Aku ni pun satu jalan tak tengok lantai.Dah lantai simen kalau kena air mestilah licin.Boleh buat tarian ballet pula aku rasanya.

'Jangan cakap macam tu Dhia.Saya memang ikhlas tolong.Lagipun saya...' Perbualan Encik Buaya dimatikan sebaik sahaja Mak Jah membawa bubur dan air kosong.Tengku Aidil terus tersenyum lalu keluar daripada biliknya meninggalkan aku dan Mak Jah.

'Mak Jah,Dhia nak tanya ni.Betul ke Tuan Muda tadi menangis,' Aku cuba mendapat kepastian.

'Dhia,betul lah.Takkan lah Mak Jah nak tipu.Kalau hidung dia masuk air tak adalah bahu dia terhenjut-henjut.Masa Doktor Fikri datang tadi,dia masih menangis,' jelas Mak Jah.Aku hanya terdiam lalu menyuapkan bubur ke dalam mulutku.Dia menangis untuk aku ke?Tapi buat apa.

'Dhia,Mak Jah rasa Tuan Muda syok kat dia.Ye lah.Dia yang Mak Jah segera telefon bapa Dhia.Nasib kawan Mak Jah yang suruh Dhia kerja kat sini tahu nombor telefon bapa Dhia.Dia juga suruh Mak Jah cepat-cepat ganti baju Dhia.Takut perut Dhia masuk angin.Baju Tuan Muda tau yang Dhia pakai ni.Lagi satu,Dhia nak tahu tak??' Aku mula membesarkan mataku yang berminat dengan cerita Mak Jah.

'Tadi Doktor Fikri cakap nasib baik Tuan Muda cepat bertindak.Kalau tak Dhia boleh mati lemas sebab badan penuh dengan air.Puan Mariam peliklah jadi dia tanya Tuan Muda,apa Tuan Muda dah buat.Nak tahu apa Tuan Muda cakap?Dia cakap...' Mak Jah menjeling kanan kiri dan ke belakang.Ish Mak Jah ni nak buat saspens pula.

'Dia buat CPR kat Dhia tau,'Aku terperanjat.Mangkuk kaca yang aku pegang jatuh ke lantai dan pecah.Dia cium aku???????????CPR tu kan pernafasan dari mulut ke mulut.Maksudnya dia perlu cium aku.Aaaaaaaaa Mana nak letak muka!!!!Aku mencubit diriku.Sakit pula.Tak mungkinnn!!!!!

'Opocot.Dhia,kenapa ni? Sampai pecah mangkuk ni.Dhia pening kepala ke?' tanya Mak Jah.Aku hanya menganggukan kepalaku.Aku dapat melihat Tengku sekeluarga masuk dan Encik Buaya.Malu aku nak menatap wajahnya.

'Dhia,kenapa ni?'tanya Puan Mariam lalu mengusap kepalaku.

'Dhia sakit kepala Puan.Biarlah dia berehat.Mak Jah nak kemas dulu bekas kaca ni.

'Yelah Mak Jah.Biar Dhia berehat.Dia baru saja sedarkan diri.Jom kita keluar ye,'tambah Tengku.Puan Mariam mengangguk kecil.Aku dapat melihat wajah Encik Buaya kusam.Dah kenapa Encik Buaya ni.Tadi bukan main senyum.Tetiba terbayang pula dia mencium aku.Arghhhh! Apahal ni Dhia.Bertenang.Mana boleh.Dia cium aku.Mana aku nak bertenang.Wajah Encik Buaya bersilih-ganti.Aku cuba memejamkan mataku lalu aku tertidur.

'Dhia,awak nak...' langkah Aidil terhenti disitu apabila melihat Dhia tertidur.Aidil menapak perlahan-lahan ke arah Dhia.Dia mengambil selimut lalu menyelimuti separuh badan Dhia.Puan Mariam yang melihat tindakan Encik Buaya itu tersenyum.

'Anak Mama macam mana sekarang?'bisik Puan Mariam.Aidil segera menoleh.

'Mama,Aidil dah fikir.Betul cakap Mama.' jawab Aidil sambil tersenyum.Dia yakin akan keputusannya.Encik Buaya dan Puan Mariam berjalan keluar dari biliknya.Encik Buaya hanya tidur di bilik tetamu memandangkan Dhia tidur di biliknya.Kejadian siang tadi amat memenatkannya.Dia tersenyum sendirian mengenangkan tindakan dia yang mencium Dhia tadi.Memang masak aku kalau Dhia tahu.Malam ini tidurnya sangat lena.Hanya dia yang tahu sebabnya.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now