Aku menolong Mak Jah dan Pak Mat mengangkat beg mereka untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta Wira milik mereka.Kunci rumah pula diserahkan kepada aku.Aku hanya menjadi pemerhati melihat Mak Jah menolong Pak Mat mengangkat barang yang lain.
'Mak Jah,dah sampai nanti,telefon Dee tau,' pesan aku kepada Mak Jah.Aku menyalam tangannya.Begitu juga dengan Pak Mat.
'Aa,Dee,jaga diri tu baik-baik.Ingat pesan pak cik.Pagar ,pintu semuanya tutup.Tengku dah telefon pak cik.Baliklah mereka dua malam nanti.' Teliti aku mendengar arahan Pak Mat.Pak Mat masuk ke dalam perut kereta dan memulakan perjalanan mereka.Takut pula aku Tengku balik.Mana tau garang.Ish ,takut pula aku .
Aku terus menyiram pokok bunga.Puan memang sukakan bunga.Menurut Mak Jah ,bunga yang ada disini semuanya ditanam sendiri oleh isteri Tengku,Puan Mariam Susan.Rajin betul isteri Tengku.Tiada satupun pokok bunga yang layu.Sesudah menyiapkan kerja menyiram,aku menyapu daun-daun kering yang berguguran.Kerja ni Pak Mat yang selalu buat.Setelah hampir menyiapkan segala tugas,aku berehat di dapur.Memang kerja ni mencabar tenaga betul.Sejak dari tadi aku melakukan kerja tak henti-henti.Ini kerana tiada cukup pembantu.Aku mengambil telefon bimbit yang berada di meja makan.Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.Makan malam sudah ku siapkan dari tadi.Mana lah tahu Tengku nak makan.
Bunyi pagar bergesel membuatkan aku terkejut.Setahu aku,hanya aku sahaja mempunyai kunci.Aku meninjau-ninjau ke luar.Aku melihat sebuah kereta Mercedes-Benz masuk ke perkarangan halaman rumah Tengku.Kelibat seorang lelaki tua dan wanita keluar daripada perut kereta itu.Aku terus cepat-cepat membuka pintu.
'Selamat Malam Tuan Besar.Selamat Malam Puan,' ucapku dengan hormat.Kepala ku tundukkan sedikit sebagai tanda hormat.Jantungku berdegup pantas.Bagai nak tercabut je.
' Ini Dhia ye? Pembantu Mak Jah.' kata Tengku Akmal.Dia mengukirkan senyuman kepadaku.Aku hanya menganggul dan menjemput mereka masuk.Bagasi-bagasi Louis Vuittion mereka sudah ku ingin angkat tetapi ditegah oleh Puan Mariam.
'Dhia,takpayah susah nak angkat.Berat tu. Nanti Usin tolong angkatkan.Usin ni pemandu kami,' jelas sekali Puan Mariam berpesan.Lembut suaranya menyebabkan aku sebak.Aku mula rindu akan ibu.
'Tuan Besar dan Puan nak makan?Saya dah sediakan makanan.Ada ketam masak lemak.Mak Jah cakap Puan suka makan ketam masak lemak,' pelawa aku.Aku melihat Puan dan Tuan Besar tersenyum sesama sendiri.Memang sah terpeliur!
Setelah Tuan Besar dan Puan menghabiskan makan malam,mereka berehat di dalam bilik.Rancak betul perbualan ketika makan tadi.Tuan Besar tidaklah sombong mana,siap ajak aku makan tau.Dah kira macam menantu lagaknya.Kembang kempis lubang hidungku apabila Puan Mariam memuji aku.Pantang dipuji memang sampai ke telinga senyuman aku ni.
YOU ARE READING
Buaya Darat vs Ulat Buku
Romansa"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"