Dhia dan Aidil turun ke bawah untuk sarapan pagi.Rancak sekali ayah dan keluarga Tengku bercakap.Sampai ketawa bagai.Getus hati Dhia.Dia hanya mengenakan t-shirt berlengan pendek bewarna putih dan seluar panjang.Aidil pula mengenakan t-shirt berkolar bewarna biru lembut dan seluar pendek paras lutut.Tangan Aidil sudah melingkari pinggang Dhia.Ish ,mamat ni.Tak sudah-sudah pegang orang.Dhia hanya menatap wajah Aidil.Aidil berlagak selamba.
'Hai,sudan turun pegantin baru,' sapa Puan Mariam.Dhia hanya memaniskan wajah.Tahulah dia kenapa Aidil berbuat demikian.
'Mama masak apa ni,'tanya Dhia sambil cepat-cepat melepaskan pinggangya dari pegangan Aidil.Gatal betul Encik Buaya ni.Sikit-sikit nak pegang.
'Mama masak nasi goreng,mee goreng dan laksa.Aidil suka makan laksa tau,' jelas Puan Mariam.Aku hanya menganggukan wajah.
'Sayang,nak tu,Lepas ni kena belajar masak Laksa daripada mama tau.' kata Aidil sambil menjuihkan bibirnya kepada laksa.Geli pula aku dengar Encik Buaya ni panggil aku sayang.Sesudah makan,aku menapak ke ruang tamu.Ayah pula seronok betul berbual dengan papa.Sebak rasa hatiku.Lepas ni ayah tak lagi manja kan aku.Yelah ,aku dah ada suami.Suami pula Buaya Darat.Puan Mariam datang membawa buah-buahan sambil tersenyum.Dah kenapa pula mama tersenyum.
'Dhia,Aidil.Bila nak honeymoon?' tanya ayah. Honeymoon? Dengan Encik Buaya?Apa ni? Tak nak aku berbulan madu dengan dia .Last-last, dia yang berbulan madu dengan perempuan lain nanti.
'Secepatnya ayah.'kata Aidil sambil tersenyum.Aku membulatkan mata aku.Biar betul dia?Takkan lah.Aku hanya mengangguk kecil.Kalau menggeleng pula,macam-macam yang timbul.
'Sempena perkahwinan Aidil,Papa nak bagi hadiah,'Tengku Aidil mula tersenyum memandang ayah dan Mama.
'Kami bercadang nak hadiahkan Aidil dan Dhia sebuah rumah.Takkan lah nak duduk dengan mama lagi.Kamu dua perlukan privasi.'jawapan Puan Mariam seakan-akan pisau belati yang merodok perut aku.Aidil tersenyum nakal sambil mengucapkan terima kasih.Aku pula masih berada di zon bahaya.Kalau aku serumah dengan dia,dengan perangai dia yang entah apa-apa .Silap hari bulan dia bawa perempuan masuk rumah.Aku mula terbayangkan Encik Buaya memukul aku dan berfoya-foya dengan perempuan lain.Ish,minta-mintalah dijauhkan perkara yang jahil.
Sudah seminggu aku berada di rumah mama.Hari ini aku akan berangkat ke rumah.Aku salami tangan Mak Jah.Rindu betul aku nak mengusik Mak Jah.Lepas ni ,aku tak boleh tolong Mak Jah lagi.Yelah,Mak Jah dah ada pembantu baru.Mama pula memberikan aku tips menjadi isteri yang baik.Aku hanya tersenyum kecuali satu perkara.Muka aku bertukar kelat.Mama ni serius ke?Hadiah apa pula dia bagi kat aku sampai suruh aku buka nanti. Papa pula menolong Aidil mengangkat bagasi.Rindu pula nanti aku dengan mama dan papa.Aku menatap wajah ayah lama-lama.Aku tidak dapat menahan air mataku melihat wajah tua itu.Wajah itu yang mengingatkan aku dengan arwah ibu.Wajah itu satu-satunya wajah yang menghuni ruang hati aku.
'Ayah,Dhia minta maaf kalau terkasar bahasa atau perbuatan Dhia yang menyakitkan hati ayah.Dhia harap ayah halalkan semua perbuatan Dhia.' kataku sambil mencium tangan ayah.Restu daripada seorang ayah amat bermakna bagiku.Selama ini ayah bersusah-payah membanting tulang menyekolahkan aku.Kalau ayah pergi ke tempat lain untuk bekerja aku akan tinggal di asrama.Ayah seorang tentera yang amat tegas.Dia amat berdedikasi dalam kerjanya.
'Dhia,jangan sedih tau.Kalau Dhia rindu nanti telefon ayah.Lawat ayah pun boleh.Ayah halalkan perbuatan Dhia.Tak pernah Dhia sakitkan hati ayah.Pesan pada Aidil,kalau dia sakitkan hati Dhia,ayah masih mahir guna senapang patah,'Aku tertawa kecil mendengar usikan ayah yang aku rasakan bergurau dalam serius.Aidil pula masih bersalam dengan mama dan papa.Aku hanya melihat Aidil bercakap dengan ayah.Aku cuba memasang telinga tapi tak dapat juga.Aku melihat pergerakan bibir.Nak kata aku tahu pergerakan bibir tak juga.Kalau bab taekwondo dan karate tu ,hah .Bukan calang-calang orang ni.Pernah satu kali ,seorang lelaki mahu meragut aku ,aku bagi siku dan kaki .Seminggu dengar khabar masih terlantar dekat hospital.Hihi..Kuat juga penangan siku dan kaki aku.Mestilah .Ini anak didik Sifu Hisyam Raden.Kemana kuahnya kalau tidak tumpah ke nasi.
Aku masuk dalam perut kereta Lamborghini milik Encik Buaya.Encik Buaya masuk beberapa saat kemudian.Dia tersenyum sambil mengenakan cermin mata hitamnya.Kus semangat!Pagi pagi aku dah terpukau tengok dia.Kalau hari-hari aku tengok dia macam tu ,hai hati tunduklah kau nanti.Kereta sudah memecut laju ke Taman Bougainvillea.Rumah itu dihadiahi oleh mama ,papa dan ayah.Aku hanya diam seribu bahasa di dalam kereta.Lainlah Encik Buaya menjeling-jeling aku.Aku cucuk bijik mata tu,kalau buta jangan pandai-pandai nak salahkan aku.Sesudah sampai ,aku hanya tergamam.Berdua je kot ,rumah pula besar istana.Boleh main sorok-sorok ,best juga.Hihi..
Aku hanya membiarkan Aidil mengangkat bagasi kami berdua.Tadi aku nak tolong kata tak apa.Tugas seorang suami.Sekarang dah mengeluh.Eleh,nampak sangat sekadar nak show off.
'Abang,memandangkan rumah ni besar.So, mesti banyak bilik kan?Jadi,nak pendek kata,abang tidur di bilik lain ,sayang tidur di bilik lain.Takkan nak tidur berdua.Sayang taknak.Srbab sayang tak pernah setuju nak jadi isteri abang.Kalau bukan sebab ayah, Qis memang takkan kahein dengan Abang.'arahku dengan confident. Tak nak aku sebilik dengn Buaya Darat.Aku yang sedari tadi berkata-kata terdiam lalu menoleh ke belakang.Encik Buaya sudah merenung aku tajam.Aku bergerak setapak ke belakang.Aku sudah beragak untuk bagi sebijik kepada dia kalau Encik Buaya bertindak melulu.Aidul mula tersenyum.Dia membuka t-shirtnya.Badan Aidil yang memang badan orang yamf keluar masuk gym membuatkan Dhia tak keruan.Apahal pula Encik Buaya ni.Aidil mula melangkah ke depan.Okey! Bertindak.
'Aaaaaaaaaaaa!'Dhia sudah mengenggam buku limanya dan berlari ke arah Aidil.Aidil yang terkejut dengan perbuatan Dhia mengelak ke sisi dan Dush!
'Aduh.Hidung aku,'Dhia meraung kesakitan.Dhia yang berlari dah macam tak ada brake terus menghempap pintu di belakang Aidil.Aidil yang pada mulanya terkejut mula ketawa terbahak-bahak.Dah macam orang bodoh kelakuan Dhia.Ketawanya terhenti apabila melihat Dhia menangis.Darah?Hidung Dhia berdarah.Aidil mula rasa bersalah.
'Sa..Sayang tak apa-apa?' Aidil yang kelihatan hendak menangis mula memegang Dhia.Tetapi dengan pantas Dhia menepis dalam keadaan teresak-esak.Sakit pula tepisan tangan Dhia ni.
'Awak jangan sentuh saya.Awak tak berhak sentuh saya.Apa yang awak tahu? Awak hanya tahu sakitkan hati ramai perempuan .Mempermainkan mereka.Bercinta dengan ramai perempuan dan tinggalkan mereka.Awak tak sedar mama juga seorang perempuan.Awak tak pernah hiraukan hati mana-mana semua perempuan.Termasuk mama kan?,'kata Dhia sambil menangis.Aidil terdiam.Dia hanya menundukkan wajahnya.
'Sayang saya tolong bersihkan luka,' Air mata Aidil menitis.Menangis?Encik Buaya menangis?Mata aku ni dah juling ke akibat menghempap pintu.Aidil yang sudah dekat dengan Dhia dalam beberapa meter membuatkan perasaan Dhia membuak-buak benci.Aidil mula untuk memeluk Dhia dan pangg! Aidil tergamam.Dhia menamparnya.Sakit bukan main kepalang lagi.Darah pekat mengalir dari mulut Aidil.Kuat juga tamparan Dhia.
'Tak payah.Saya benci awak!Awak Tengku Aidil Farhan ialah Buaya Darat.Encik Buaya!' Dhia terus berlari ke tingkat atas.Dia meninggalkan Aidil di bawah yang sudah menangis.Encik Buaya hanya memainkan perasaan aku.Dia baik sebab dia nak buat aku macam ramai perempuan.Kau takkan menang Tengku Aidil Farhan!
YOU ARE READING
Buaya Darat vs Ulat Buku
Romantizm"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"