Dhia terkejut saat dirinya terkena percikan air.Adilia tertawa kecil melihat ibunya yang terkejut.What the Fish?Tadi...? Aku berangan?Tangannya dilihat.Gelang Cartier yang diikat Aidil...tiada?!!Jadi aku berangan tadi.Urghhhhhh.Kenapa pula boleh berangan sampai macam itu?
'Lia,papa mana?'Aku menjenguk kepalaku keluar rumah dan mataku meliar mencari kelibat Aidil.
'Tidur,'ringkas sahaja jawapan Adilia.
Tadi tu..Takkan aku berangan.Spoil betul.Ingatkan dah berbaik tadi.Ish!
Dhia menapak ke bilik Aidil.Hatinya berdegup kencang.Jantung ni pun satu.Asal nak jumpa Aidil dah nak tercabut dia berdetak.Tombol pintu perlahan-lahan dipulas.Dan...
Aidil.Sudah.Berdiri.Di.Depan.Pintu
'Ye sayang?'Aidil bertanya.Senyuman diukirkan.Hah.Senyuman Buaya Darat yang buat aku cair sampai lemah lutut aku ini.
'Aa.Err.'Tergagap-gagap aku berkata.Apasal pula dia dah depan pintu.Ingatkan nak tinjau dia tadi.Alih-alih dah terpacak depan pintu.
Aidil tersengih.Dhia..Dhia.Punyalah besar bunyi tapak kaki kau berjalan.Dah macam gajah berjalan.Boleh gempa bumi ni.Gurau je.Dah macam apa hentak kaki.Mana tak aku tahu kau nak tinjau aku.
'Sayang nak apa?Dari tadi soalan abang tak jawab.Apa nak abang kiss dulu ke? Emm.Boleh lah.Dah lama abang....'
'Kenapa Encik Buaya nakkan saya?'Dhia memotong ayat Aidil.Hah.Soalan apa yang aku bagi ini.Soalan matematik takda complicated macam ini.
Aidik menapak perlahan ke arah Dhia.Pinggang Dhia diraih.Dhia terkaku seketika.Nak lawan atau tak???Dhia ditarik ke dalam bilik oleh Aidil.Pintu bilik ditutup.Tangan Aidil memegang lembut pipi Dhia.Dan tangannya jatuh ke bibir Dhia.Wajahnya didekatkan kepada wajah Dhia.Aidil tersenyum kegelian.Nafas Dhia tidak stabil.Dah macam orang sakit jantung pun ada.Takkan nervous kot.
Dhia memejamkan matanya.Tak sanggup dah aku nak tengok wajah Aidil dekat-dekat.Kalau tak handsome tak apa.Ini tak,aku mana tahan tengok.
Dah kenapa Dhia pejamkan mata? Mesti ingat aku nak kiss dia.Hahahaha.
'Sebab saya suka perempuan yang spesis ulat,'Ringkas.Padat. dan berinformasi jawapan Aidil.
Dhia membukakan matanya.Lantas dia menolak tubuh Aidil.Aik.Tak bergerak pula?Dia mencuba sekali lagi.Ditolaknya tubuh Aidil sekuat hati.
Aidil ketawa kecil.Tolakan isterinya tidak memberi kesan kepadanya.Masih lagi tangannya mengunci Dhia di pelukannya.
'Sayang nak tolak tu ,tolaklah kuat.Ini tak.Macam orang tak cukup makan.'Ayat Aidil membuatkan Dhia mendengus geram.Dia tidak menpunyai idea lain selain....
Dush!Aidil menahan sakit.Wajahnya dimaniskan bercampur kelat.Dhia ni dalam banyak banyak tempat,tempat sensitif aku ditendangnya.
Hah.Tahu sakit.Laju sahaja Dhia menolak Aidil.Dan Aidil terdorong ke belakang.
'Encik Buaya,kalau nak usha perempuan pakailah pertahanan.HAHAHA'Dhia gelak dengan sekuat hatinya.Beberapa minit seketika.Ketawanya mati.Aik?Apahal pula dia tak berbunyi.Dhia menoleh ke belakang.
'Aidil!' Dhia berlari ke arah Aidil yang sudah terbaring.Takkan kena tendang pengsan kot?Dhia mengoncang tubuh Aidil.
'Sa..sayang?'Serak suara Aidil.Dadanya dipegang.Air mata Dhia mula bergenang.
'Sayang,maafkan segala perbuatan abang dahulu yang buang Dhia.Abang menyesal.Kalau abang pergi,abang nak Dhia jangan lupakan abang,'Aidil mula mengatur kata.Nafasnya turun naik.Batuknya ditahan.
YOU ARE READING
Buaya Darat vs Ulat Buku
Romance"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"