Bab 31

37.2K 1.2K 44
                                    

   'Dee, aku minta maaf.Aku tak sampai hati tolak permintaan Aidil,'Risya yang dari tadi mengucap kata maaf tidak dilayan oleh Dhia.Masakan tidak,Risya lebih memihak kepada Aidil.Aku ni kawan dia kot.Bukannya Aidil.Dhia hanya menghabiskan nasi goreng yang dimasaknya tadi.Adilia masih tidur di dalam biliknya.Rupanya tunang Risya iaitu Syafiq Hilman rakan kepada Aidil.Patutlah aku dulu rasa familiar sangat dengan nama itu.


Sudah lupakah Risya apa yang terjadi dahulu? Aidil yang ingin sangat bercerai ,bila aku dah nak setuju,dia pandai pula nak merayu jangan bercerai.What a Wow!Lelaki Buaya Darat .Memang dari dulu aku tak patut setuju berkahwin dengan Aidil.Inilah kesannya sekarang.Bila dah bosan buang bila ada mood ambil balik.

'Dee,kau jangan macam ni.At least kau cakap sikit.Aku bawa dia jumpa kau sekurang-kurangnya Lia tahu siapa ayah dia.Takkan kau nak larikan Lia dari ayah dia sendiri,'Risya mula memegang tangan Dhia.Dhia melepaskan keluhan yang berat.Seandainya kawannya boleh memahami apa yang dia rasakan.


'Sya,aku tak marah kau pun.Lagipun kau betul juga.Adilia berhak tahu siapa ayahnya.Lepas ni kalau kau bawa dia jumpa aku tanpa pengetahuan aku,aku harap kau tak payah susahkan diri jumpa aku lagi,'Risya terkejut.Sampai begitu sekali dia membenci Aidil.Dia tahu Dhia masih mencintai Aidil.Tapi egonya agak tebal beribu inci.Nak robohkan tak cukup kau pakai tukul macam lagu wrecking ball tu.Kalau pakai ayat jiwang memang tak runtuh lah.


'Kenapa kau benci sangat dengan Aidil? Bukakah ini saatnya kau perbaiki hubungan kau.Lagipun dia dah menyesal.'Terang Risya.Sungguh dia menyimpan harapan agar Dhia bersama kembali dengan Aidil.Bukan senang tengok Dhia jatuh cinta.


'Kau takkan tahu apa yang aku rasa.Nak cakap senanglah.Tapi masa ayah aku tak ada aku yang tanggung penderitaan ini seorang diri.Sikitpun keluarga dia tak jenguk apatah lagi dermakan al-fatihah.Masa aku bergadai nyawa lahirkan Adilia,dia tak ambil kisah.Dia dah tak nak peduli.Dia sendiri cakap dia tak nakkan zuriat daripada aku.Aku sedih Sya.'Dhia sudah teresak-esak.Mana mungkin dia mampu melupakan kisah lalunya.Ya!Dia memang cintakan Aidil tapi Aidil melukakan hatinya.

'Dee,sudah sampai masa kau bertindak dewasa.Kau jangan fikirkan hati kau seorang.Macam mana dengan Adilia?Apa kau nak jawab kat guru dia bila dia sekolah nanti.Mana ayah dia?Kau kena sedar Adilia dahagakan kasih sayang dari ayahnya.Aidil.Kau tak boleh terus macamni.'Risya memeluk bahu Dhia.Dhia hanya mendiamkan diri.

Betul kata Risya.Adilia ada ayah.Dan kami berdua belum bercerai.Dia perlukan seorang ayah.Aidil ayah kandungnya.Tapi bolehkah aku lupakan semua yang terjadi?


Telefon Aidil berdering.Nombor tidak dikenali tertera dia atas skrin telefonnya.

'Halo?'Aidil menyapa pemilik nombor itu.Jangan orang asing salah nombor sudah.Aku tak ada mood nak buat lawak dengan mereka.


'Aidil,it's me Dhia,'perlahan suara Dhia berkata.Aidil terperanjat.D..Dhia telefon aku?Betul ke ni?Biar betul?Mimpi ke apa aku ni?Dia menampar-nampar pipinya.Rasa seakan-akan mimpi pula.


'Are you still there?'Dhia mengerutkan dahinya.Kenapa pula sunyi je ?Apa hal pula Aidil ni.Takkan aku telefon kau pun dah terus jem dekat situ.Atau tersedak mungkin atau dah pengsan?Ish kesitu pula aku.


'Ya..ya saya masih ada.'Aish.Apahal pula aku tergagap cakap dengan Dhia.Dah kemaruk sangat nak demgar suara dia tu yang tergagap.

'Esok saya dengan Adilia akan balik rumah awak.Maksud saya rumah masa kita kahwin dulu.Saya dah fikir masak-masak,'Aidil melopong.Aku tak salah dengar ke ?Dhia tinggal dengan aku lagi?YAHOOOOOOOOOO!!!!!Air sejuk seakan-akan menyimbah tubuhnya.Maksudnya Dhia sudah maafkan aku!


'Tapi tak bererti aku balik dengan kau.Buat masa aku nak Adilia luangkan masa dengan kau sebelum kita bercerai.'Senyuman di wajah Aidil mati.Jadi dia buat semua ini hanya untuk Adilia.Aidil menahan air matanya.

'Baiklah.Saya jemput awak esok,'Telefon terus dimatikan.Hatinya sebak.Andai sahaja dia tidak bertindak melulu pasti sahaja takkan terjadi seperti ini.

Dhia menarik nafas lega.Satu beban terlepas dari badannya.Adilia yang tidur dipandang sayu.Dhia mengusap-ngusap rambut anaknya.Sentuhannya membuatkan Aidilia terjaga.Adilia terpisat-pisat bangun.

'Sayang,esok kita balik rumah papa tau,'jelas Dhia.Raut wajah anaknya dipandang.

'Yeahhhh!Kita balik kat rumah papa ke ?'Jelas terpancar keriangan di wajahnya.Aku hanya tersenyum dan mengangguk kecil.Adilia yang terlalu asyik ketawa terus memeluk aku.Mama minta maaf sayang,lepas mama dan papa bercerai Adilia takkan jumpa Aidil lagi.Sebab kita nanti balik kampung.


'Dah tidur lah sayang.Esok kena bangun awal kemas barang,'Dhia menyelimuti anaknya.Pintu perlahan-lahan ditutup.Kalau suatu hari nanti Aidil merebut hak penjagaan Adilia daripada aku,macam mana aku nak teruskan hidup?Adilia satu-satunya orang tempat aku bermanja.

Aidil membaringkan tubuhnya.Kalau rancangan Syafiq boleh membuktikan Dhia sayang aku atau tidak ,aku akan buat.Tapi masalah risiko tinggi.Kalau menjadi tak apalah,kalau tak menjadi gila talak dia nanti.Otaknya masih memikirkan rancangan Syafiq tadi.Aku kena cuba.Jadi tak jadi belakang cerita.Yang penting aku nak tahu perasaan dia.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now