Mak

5.8K 386 27
                                    

Aku berbaring di atas katil sambil melayan telefon pintar yang sedang di dalam genggaman tangan. Aplikasi wattpad dibuka. Karya Teruna milik penulis danieldarwisy ditekan apabila melihat di notification yang dia sudah update. Feeling habis bila baca part baru tersebut sesekali diiringi dengan muzik latar belakang nyanyian Meghan Trainor dan John Legend dalam lagu Like I'm Gonna Loose You itu.

Mak masuk ke dalam bilik terburu-buru. Aku hanya memandangnya sekilas lalu menyambung membaca part yang tergendala. Kedengaran bunyi air dibuka dari dalam tandas kedengaran. Oh, mak tumpang bilik air.

5 minit.

7 minit.

10 minit.

Kenapa lama sangat?

" Mak. "

" Ya. "

" Buang hadas besar ke? "

" A'ah. "

" Oh. "

Aku segera menyambung aktiviti yang tergendala tadi. Sesekali kedengaran bunyi gelak ketawa di ruang tamu. Eh, kenapa ada suara mak gelak jugak? Ah, aku endahkan. Mak dalam tandas tu. Tak logik mak gelak-gelak dekat ruang tamu. Kalau nak kata mak keluar, katil aku betul-betul berhadapan dengan tandas. Bunyi air pun masih ada lagi.

5 minit.

10 minit.

14 minit.

Pintu bilik dikuak dari luar. Eh, mak?
" Teh, pergi tutup air. "

" Eh, mak. Sejak bila keluar? Tadi, d-dalam "

" Dah. Tak bosan ke duduk dalam ni? "

Mak terus menutup air dan keluar begitu sahaja. Aku mula bengang. Nak menyumpah seranah, tak boleh. Tandas di depan mata dipandang. Sakit hati menyelubungi diri. Sial, aku tertipu!

Setan mana yang jawab soalan aku tadi?

***

A/N: Aku masih lagi dalam bilik ni. Dengan hati kering ini jugak aku terus buat cerita ni tanpa rasa takut dan penuh sakit hati. Haih. Sekian. Bye!

Kisah Seram Sebelum TidurWhere stories live. Discover now