Kau adalah pemilik butik di antara salah satu butik yang amat terkenal di Malaysia. Jadi, melihat baju-baju yang difesyenkan oleh model dan patung untuk dipromosikan amat biasa kerana kau sudah biasa. Wah. Macam lagu sudah. Namun, apa yang merisaukan kau ialah apabila kau overtime kat butik tersebut kau mula merasa diperhatikan. Perasaan tidak selesa mula muncul setelah sekian lama menceburi bidang tersebut.
Nak dijadikan cerita, pada suatu malam kau kena stayback dekat butik sebab nak siapkan keluaran terbaru. So, time tu kau nak solat isyak. Kau pun solatlah then kau rasa macam ada yang solat dekat belakang kau. Kau tak kesah sebab mungkin ada pekerja yang belum balik lagi kot. Dan bila kau bagi salam dan melihat ke arah belakang, kau tersentak kerana tiada sesiapa pun yang solat bersama kau. Kau pun ambil keputusan untuk balik dan tanya security guard tentang itu. Dan, pak guard tu cakap tiada apa-apa pun yang berlaku di sana.
Saban hari kau makin tidak selesa kerana kau terasa seperti diperhatikan. Kau pun mula meminta bantuan ustaz dan ustaz tersebut datang ke butik. Dan, dia mula bercakap tentang patung-patung yang diperagakan di butik tersebut. Kau pun mengiyakan.
"Patung ni jika terlampau sempurna ia akan mula mahukan jiwa seorang manusia walaupun mereka tidak layak. Terlampau sempurna bermaksud, ia serupa dengan manusia tanpa ada cacat cela. Maka diwajibkan kepada mereka untuk mencacatkan anggota badan tersebut. Contohnya, kaki dicabut maka ia bukanlah satu objek yang sempuarna."
Balik sahaja ustaz itu, kau mula mengarahkan kesemua pekerja kau untuk mencacatkan salah satu anggota bahagian badan patung yang berada di butik kau. Baru kau faham yang solat bersama kau ketika itu adalah salah satu patung yang berada di butik kau.
_________________________________________
Sekian. Sila vote dan komen ya. Adios. Amigos. Sugos. Dah. Nak berambos. Byebye. Haha. Assalamualaikum.
YOU ARE READING
Kisah Seram Sebelum Tidur
HorrorCukup taksub? Berani? Tsk. Bacalah. Silakan. Aku tak tanggung kalau kau kena 'kacau' nanti. **** Cover by @moonizz ✔