Kau tengah baring di atas katil dengan lampu tidur yang sudah kau matikan sebentar tadi. Kebiasaannya sebelum kau tidur, memang kau akan peluk bantal tidur. Kau tercari-cari di manakah ia. Hah. Dapat pun.
Kau memeluknya dengan erat namun kau sedar yang bantal peluk kau seperti berat dan lebih besar daripada sedia kala. Serentak dengan itu bilik kau menjadi busuk yang amat. Kau masih lagi memeluk tersebut.
Bantal itu seperti bergerak-gerak dan kau mengambil telefon pintar dan menyuluhkannya ke arah bantal tersebut. Alangkah terkejutnya diri kau apabila kau ternampak ada muka yang penuh berulat di atas katil. Dan kau sedar yang bahawa tadi kau bukan memeluk bantal namun memeluk pocong.
Pocong tersebut membuka mulutnya dan ulat-ulat mula keluar. Aromanya sangat busuk. Dia menyeringai dan akhirnya gelap.
YOU ARE READING
Kisah Seram Sebelum Tidur
HororCukup taksub? Berani? Tsk. Bacalah. Silakan. Aku tak tanggung kalau kau kena 'kacau' nanti. **** Cover by @moonizz ✔