Abang selalu cakap,
" Kalau nak tidur, jangan pilih bahagian tengah. Tidur dekat tepi. "
" Kenapa? " tanyaku.
" Sebab nanti senang terbangun waktu malam-malam. " balasnya tenang.
Tapi, aku degil. Aku tetap nak tidur dekat bahagian tengah. Aku tak mahu tidur dekat tepi, nanti hantu kacau. Malam itu, aku tidur dengan lena. Sampailah jam loceng berbunyi tepat pada pukul 2. Aku terbangun, aku cuba untuk tidur balik tapi tak dapat. Jadi, aku putuskan untuk menghadap siling. Tanpa aku sedari, ada satu figura yang menyeramkan sedang menatap aku kembali sambil tersenyum sinis. Aku kaku, tak dapat nak menjerit. Tiba-tiba, mata aku tertutup dengan sendirinya.
Pagi itu aku terus pergi ke bilik abang. Abang cuma balas,
" Lain kali, dengar cakap abang. "
Dan, aku tak sangka rupanya..
Dia selalu kacau orang yang tidur dekat tengah.
YOU ARE READING
Kisah Seram Sebelum Tidur
TerrorCukup taksub? Berani? Tsk. Bacalah. Silakan. Aku tak tanggung kalau kau kena 'kacau' nanti. **** Cover by @moonizz ✔