Nadhya Natasha, merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik juga merupakan anak perempuan sulung. Jadi, Nadhya sudah biasa berdikari. Dia mempunyai seorang abang dan seorang adik. Nadhya bekerja di sebuah syarikat yang terkemuka, Hazman Architecture & Co. Walaupun hidupnya tidak mewah, Nadhya tetap bersyukur meskipun keluarganya sedikit tunggang langgang.Megat Muiz, merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Hanya ibunya sahaja bunga di dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang abang dan 4 orang adik lelaki. Muiz merupakan CEO di syarikatnya sendiri, Muiz Holding. Walaupun hidupnya dilimpahi kemewahan, Muiz pernah melalui sejarah hitam yang membuatkan dia menutup hatinya untuk mana mana perempuan.
Nadhya merupakan sepupu kepada Muiz kerana ayah Nadhya dan mama Muiz adik beradik. Nadhya mempunyai seorang abang, Faeiz Mikhail yang bekerja sebagai jurutera dan bakal mengahwini gadis idamannya iaitu Alia Afina. Adiknya, Farhana Natasha masih dibangku sekolah. Ayah Nadhya, Encik Ashraf merupakan pesara manakala mama Nadhya, Puan Sharifah suri rumah sepenuh masa. Nadhya sangat manja kerana jarak umur dia dan adiknya adalah 11 tahun.
Muiz mempunyai seorang abang, Megat Haykal. Megat Haykal mengambil alih syarikat bapa mereka, Megat Holding kerana bapa mereka mahu berehat dan syarikat itu diserahkan kepada anak anaknya. Adik pertama Muiz, Megat Faizal yang kini berada di London melanjutkan pelajaran dan sedang di tahun kedua degree nya. Adik kedua Muiz, Megat Raykal pula kini berada di Amsterdam, bakal memegang segulung diploma tidak lama lagi. Adik ketiga Muiz, Megat Syahmi yang bakal menduduki SPM pada penghujung tahun ini. Adik bongsu Muiz, Megat Amsyar yang tua setahun daripada Farhana Natasha akan menduduki PT3 pada bulan Oktober nanti. Ayah Muiz, Dato' Megat Azlan merupakan seorang yang pandai berniaga dan membuka empayarnya sendiri, Megat Holding manakala Datin Maisara mempunyai butik dan sibuk mengendalikan butiknya. Muiz menjadi seorang yang pendiam dan tegas selepas dia melalui sejarah hitamnya itu membuatkan dia tidak begitu banyak bercakap.
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
Ni bab perkenalan. Hehe mungkin cerita ni tak berapa menarik pada permulaannya.
YOU ARE READING
Sepupuku Suamiku
RomanceNadhya Natasha, seorang gadis yang humble & berhati lembut. Akibat bapanya terhutang budi dengan adik bapanya, merangkap mak cik Nadhya, dia akhirnya dijodohkan dengan sepupunya yang pernah diminatinya pada zaman remaja. Megat Muiz, seorang jejaka t...