Megat Raykal memulakan perbualan.'Angah, dia ada perasaan kat angah lagi ke?' tanya Raykal.
'Mana angah tahu, achik oi' jawab Muiz acuh tak acuh.
'Kalau ada pun apa salahnya? Lelaki boleh pasang 4 okay?' kata pak lang selamba.
Aku yang mendengar perbualan mereka dari tadi terasa sakit di dalam hati dengan apa yang di kata kan oleh pak lang. Ayah mertua ku sendiri. Aku terus masuk ke dalam bilik. Tidak mahu mengetahui apa yang bakal mereka bual kan. Kerana ia bakal menyakitkan hati aku sendiri.
'Alang pun satu kenapa cakap pasal tadi depan kak ngah? Kesian dia tau' kata ateh.
'Tah alang ni fikir lah sikit pasal kak ngah tu. Ni tak ikut sedap mulut je cakap macam tu kat depan kak ngah. Kang dia terasa ke apa ke kan susah' marah Muiz.
'Tah alang ni. Betul tu. Faham lah sikit sekarang dia tu isteri angah, kakak ipar kita' kata adik pula.
'Ala adik ni over pula. PT3 pun tak lepas lagi dah pandai nasihat alang eh? Ala alang bukan sengaja. Alang terlepas cakap.' kata Faizal kesal.
'Menasihati tak kira umur alang' balas adik.
'Okay adik!' jawab Muiz, Faizal, Raykal dan Syahmi serentak.
Sengaja mereka hendak menyakitkan hati adik.
Ketika adik baru sahaja ingin menjawab, ayah memandang adik. Adik yang sedar ayah sedang memandang ke arah nya terus merungut.
'Ee tak suka lah jadi anak bongsu ni. Tak boleh melawan langsung. Urghh' rungut Amsyar a.k.a adik.
'Dik, takkan nak suruh mama mengandung lagi' kata Faizal a.k.a alang.
'Tah pape do adik ni' kata Syahmi a.k.a ateh pula.
'Tak cukup ada 5 abang eh adik?' perli Muiz a.k.a angah
'Hahahaha padan muka boo adik boo' ejek Raykal a.k.a achik.
'Baik suruh kakak ke tak pun kak ngah je bagi kau anak buah dik? Lagipun angah tu kan baru kahwin. Suruh dia buat cepat sikit dik' kata achik.
'Hahahaha' gelak mereka 4 beradik.
'Banyak lah achik haa gelak gelak. Gelak sampai subuh' marah angah.
'Ala angah. Tak sabar cakap jelah' kata alang pula.
'Tah angah ni kecoh je' kata ateh.
'Tengok muka angah . Muka tak sabar hahahaha' kata adik.
'Diamlah dik. Budak bawah umur boleh diam' marah angah lagi.
'Dah dah lah tu cakap pasal ni. Baik semua naik sekarang pergi tidur. Dah pukul berapa dah ni? Naik sekarang' kata mak lang.
YOU ARE READING
Sepupuku Suamiku
RomanceNadhya Natasha, seorang gadis yang humble & berhati lembut. Akibat bapanya terhutang budi dengan adik bapanya, merangkap mak cik Nadhya, dia akhirnya dijodohkan dengan sepupunya yang pernah diminatinya pada zaman remaja. Megat Muiz, seorang jejaka t...