Bab 3

13.2K 272 0
                                    

Setibanya aku di Hazman Architecture & Co, ramai pekerja yang menegurku. Selalunya pasti pekerja lelaki.

Tidak hairanlah bagi Nadhya untuk ditegur kerana dia mempunyai senyuman yang cukup manis. Senyuman itu juga mampu mencairkan mana mana lelaki.

Lif berhenti di tingkat 11. Encik Hazman ingin berjumpa dengannya secara personal.Katanya ingin membincangkan soal kewangan syarikat.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk". Dia mengangkat muka dan memandang ke arah ku lalu tersenyum.

"Eh sweetie. Duduk lah," Aku hanya mempamerkan senyuman yang kurang senang dengan sikapnya yang menganggap aku lebih daripada seorang pekerja.

"Apa yang Encik Hazman nak bincangkan?" kataku bersedia untuk mencatat apa sahaja yang ingin disampaikan sambil mengeluarkan pen dan buku catatan milikku.

Manalah tahu ada benda penting yang boleh dicatatkan agar tidak terlupa. Adakalanya dia berjumpa denganku hanya untuk merepek pasal perasaan dia kat aku. Ish! Serabut!

Encik Hazman merenung muka ku. Aku sudah berasa tidak selesa dengan perbuatannya lalu aku berdehem dan menyedarkan Encik Hazman daripada lamunannya.

"Encik Hazman nak bincang apa ye?" tanyaku lagi.

"Maaflah, you ni cantik sangat sampai I terlupa yang kita nak bincangkan sesuatu. Okay macam ni, I nak copy berapa kerugian dan keuntungan syarikat juga jumlah duit yang keluar dan masuk tahun ni. Setiap bulan punya tau. You boleh bagi document tu semua dekat PA I. I nak minggu ni juga tau. Nak double check. Jangan lambat tau sayang," katanya sambil mengenyitkan mata.

Eeee gatal betul dia ni desis hatiku.

"Baiklah Encik Hazman. Anything else?"
"Um tak ada rasanya."
"Saya keluar dulu"
"Okay sayang."
"Eh kejap. Nadhya, nanti lunch I tunggu you kat bawah okay,"

Aku hanya membalas 'ajakannya' itu dengan senyuman. Ish siapa nak lunch dengan dia. Nasib baik bos aku haih. Tak apa. Aku ada akal supaya dia tak menggatal time lunch nanti.

×××××××××××××××××××××××××××××××

"Banyak betul kerja haih. Bila lah nak settle agaknya," rungutku seorang diri.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk," Aku memandang ke arah pintu ingin melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu pejabatku sebentar tadi.

"Eh ayah rupanya. Kenapa ayah datang pejabat angah ni?"
"Saja nak ajak angah lunch dengan ayah."
"Yeke ni?" ayah tak macam ni selalunya.
"Mesti ada apa apa ni kan?"
"Ayah ajak sepupu kamu, Nadhya lunch sekali."
"Oh" kan dah agak.
"Kita pergi ambil dia tau. Lagipun pejabat kamu dengan pejabat dia dekat je"
"Yelah" jawabku. Malas hendak membantah. Kang tak pasal pasal kena lecture.

Sepupuku SuamikuWhere stories live. Discover now