Bab 12

10.3K 249 3
                                    

"Angah, ayah nak jodohkan kamu dengan Nadhya" kata ayah selepas aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

Aku hanya diam membisu. Tidak tahu apa yang bakal terjadi sekiranya aku menolak mahupun menerima sahaja.

"We give you until tomorrow" sampuk mama.

"No worries ma. I just need time to make sure what I will do is right for me, for her and both of you." Aku terus masuk ke dalam bilik lalu mengambil wuduk untuk solat istikharah.

Sebelum tidur, aku berfikir. Adakah dia akan menerima? Dapatkah dia menerima aku yang telah merosakkan ramai gadis? Selalunya perempuan tak boleh kahwin paksa ni. Maklumlah, nak bercinta dulu katanya. Mula-mula je indah at the end? Huh.... Tambahan pula, dia tahu perangai aku macam mana. Boleh jadi juga dia terima sebab dulukan dia pernah suka aku tapi tak mustahil juga dia menolak sebab aku pernah tolak cinta dia dulu.

Tiba tiba Muiz teringat bekas tunangnya yang pernah curang dahulu menyebabkan dia menghancurkan maruah ramai gadis yang menyukainya akibat ingin membalas dendam.

"No! No! No! Get out from my mind!" jeritku cuba mengusir sejarah hitam yang sering menghantui hidupnya.

'Nadhya Natasha, you will be mine soon.' Kata hati Muiz yang sudah mula gilakan Nadhya.

×××××××××××××××××××××××××××××××

Sudah seminggu berlalu, Nadhya belum memberi kata putus walaupun keluarga mak lang banyak berjasa pada keluarganya. Namun, Nadhya masih memberontak tidak mahu mengahwini Muiz tetapi apabila dipujuk Muiz, dia ikutkan sahaja aturan keluarga mereka. Muiz pula hanya mengikut sahaja apa yang diaturkan oleh kedua ibubapanya.

"Nadhya! Bangun dah pukul berapa ni. Kejap lagi nak pergi fitting baju dengan mak lang. Nanti lambat bangun cepat!" Teriak mama didepan pintu bilikku.

Ni yang malas ni. Hari minggu nak kena bangun awal. Orang nak rest okay! Ish leceh lah.

"Ye nak bangun lah ni" jeritku pula dari dalam bilik supaya mama dapat mendengar nya.

Aku terus mengambil tuala dan ke bilik air untuk mandi. Selepas bersiap, aku turun ke bawah untuk bersarapan.

"Pergi sendiri ke kejap lagi?" Tanya mama memulakan perbualan sambil menyendukkan bihun goreng ke dalam pingganku.

"Along kot" jawabku selamba.

"Tak payah mengada. Pergi dengan Muiz. Along dah lama pergi kerja."
"Apasal Muiz pula ma? Tadi kata dengan mak lang je"
"Mestilah dia ada sekali nanti. Dia pun nak fitting baju juga"

Aku hanya diam membisu malas hendak bertekak. Pon!! Pon!!

"Ma, Nadhya pergi dulu. Muiz dah sampai" jeritku kerana mama berada di tingkat atas.

"Okay!" Balas mama.

Ketika aku hendak keluar, aku ternampak Muiz sedang menungguku sambil bersandar pada kereta Audi nya itu.

"Um hi" tegurku.

Okay ni awkward.

"Hi" balasnya sambil tersenyum manis kepadaku.

"Um mana mak lang?"
"Dia tunggu kita kat sana"
"Oh yeke?"

"Yes jom pergi sekarang nanti lambat pula" balasnya sambil membukakan pintu kereta untukku.

Eh pelik dia ni. Tapi kenapa dia setuju eh? Kalau zaman sekolah dulu, sikit sikit membantah je kerja dia ni. Mana pernah nak dengar cakap orang.

Sepupuku SuamikuWhere stories live. Discover now