Sampai sahaja dirumah, mak lang terus menyuruh aku dan Muiz naik berehat. Aku yang memang sudah penat terus saja naik ke atas .Selepas aku membersihkan diri, Muiz terus mengajak aku untuk solat asar berjemaah dengan nya. Sebagai isteri yang 'baik', aku pun ikut berjemaah dengan nya.
'Nadhya, you rest lah dulu. I nak turun bawah borak dengan diaorang jap'
'Okay'
'But don't sleep. Tak elok tidur lepas asar'
'Okay'
Baik aku kemas barang aku dalam almari dia.
Cantik juga ye bilik ni lepas di ubahsuai. Jadi bilik pengantin. Um.
Dia ni rajin membaca ke? Banyak nya buku. Siap ada satu rak khas untuk letak buku. And rak tu penuh.
Dah lah baik aku sambung kemas.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Selepas solat isyak berjemaah dengan family Muiz, kami terus makan malam.
Ketika makan malam, Faizal bertanya kepada Muiz perihal 'wanita misteri' di majlis tadi.
'Angah, angah jemput si gila tu datang ke tadi?' tanya Faizal.
Aku sudah terpinga pinga. Siapakah si gila tersebut?
'Buang masa angah je jemput dia alang.' jawab Muiz ringkas.
'Habistu macam mana dia boleh sesat kat sana?' tanya Faizal lagi.
'Ayah dia kan kawan ayah. Ayah jemput ayah dia. Lagipun dia tu kan rakan korporat kita. Tak tahu pula dia nak bawa anak dia. Selalunya majlis mana mana dia pergi sorang je. Ayah pun tak sangka.' terang ayah panjang lebar pada alang.
Baru sahaja alang ingin membuka mulut, ayah terus memotong alang dari bercakap.
'Dah alang. Tak payah nak tanya sekarang. Orang tengah makan ni boleh hilang terus mood nak makan' tegas ayah kepada Faizal.
'Okay ayah sorry' kata Faizal meminta maaf.
Pak lang memang pantang kalau waktu makan ada yang bercakap. Begitu juga family Nadhya.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Seusai makan malam, kami semua ke ruang tamu untuk berbual.
Tetapi tidak lama kemudian aku meminta diri untuk naik. Biarlah mereka sekeluarga berbual. Aku masih terasa janggal dengan mereka kerana status aku sekarang. Kalau dulu, aku sebagai sepupu dan anak buah tetapi sekarang aku sebagai isteri, kakak ipar, adik ipar dan juga menantu. Aku sangat janggal. Oleh kerana itu, aku memilih untuk meminggirkan diri dari mereka dan tidak banyak bercakap.
Ketika aku sedang menaiki tangga, aku terdengar achik bercakap mengenai 'wanita misteri' tadi.
YOU ARE READING
Sepupuku Suamiku
RomanceNadhya Natasha, seorang gadis yang humble & berhati lembut. Akibat bapanya terhutang budi dengan adik bapanya, merangkap mak cik Nadhya, dia akhirnya dijodohkan dengan sepupunya yang pernah diminatinya pada zaman remaja. Megat Muiz, seorang jejaka t...