Bab 2

16.1K 286 2
                                    


"Kakak bangun," arah mama. Aku melihat jam di dinding. Baru pukul 7 desis hatiku.

Dengan malas, aku bangun dan mengatur langkahku ke bilik air untuk mandi. Aku bukan jenis yang susah bangun pagi kecuali penat atau mempunyai cuti yang panjang. Seusai mandi, aku terus bersiap untuk ke tempat kerja.

Selepas solat subuh tadi, aku terus menyambung tidurku. Maklumlah malam tadi, aku tidur agak lewat kerana terlalu sibuk menyiapkan kerja yang banyak.

"Morning ayah, mama, along," kataku lalu terus duduk bersebelahan dengan along.

Adik tentu sudah ke sekolah memandangkan sekarang sudah pukul 7:30 pagi.

"Lambat tidur semalam?" tegur along. Mesti ada eyebag ni.

"Hm banyak kerja lah long. Along tak kesian kat kakak ke?" rengek ku.

"Ye along kesian. Dah dah makan cepat nanti lambat pula."

Mama dan ayah hanya menggeleng kepala sambil tersenyum kecil kerana sudah masak dengan perangai aku yang suka merengek dan mengada. Sudah tentu aku sedikit manja jadi, tidak salah aku merengek pada along. Aku terus mengambil sekeping roti dan menyapu jem strawberi pada roti. Aku tidak biasa bersarapan kerana aku tidak gemar makan pagi dan makan pagi boleh menyebabkan aku muntah. Ini semua kerana waktu belajar dulu aku tidak pernah bersarapan jadi sudah terbiasa dan seleraku mati apabila bersarapan.

Seusai sarapan, aku dan along bersalaman mama dan ayah kemudian meminta diri untuk ke tempat kerja masing-masing.

"Hati-hati bawa kereta tu along,"

"Ye maaaa," jawab aku dan along serentak.

×××××××××××××××××××××××××××××××

Aku berjalan menuruni setiap anak tangga dengan teliti. Ayah berpaling ke arahku.

"Angah, meh sini breakfast dulu," ajak ayah.

Walaupun muiz agak rapat dengan ayahnya, dia tidak mahu bekerja dibawah syarikat bapanya walaupun syarikat itu agak terkenal. Dia tetap mahu berdikari dan berusaha dengan hasil titik peluhnya sendiri. Apabila sudah berjaya menaikkan nama syarikat sendiri di mata dunia, dia pasti berasa bangga dengan usahanya sendiri.

"Mama mana, ayah?" soalku. Sejak aku berada di meja makan, tidak pula nampak kelibat mama.

"Mama kamu tu macam biasalah. Awal-awal lagi sudah ke butik. Banyak tempahan katanya," jawab ayah.

Aku menyenduk nasi goreng yang disediakan mama sebelum ke butik kesayangannya. Setelah bersarapan, aku terus meminta diri .

"Ayah, angah pergi dulu," kataku.

Selepas bersalaman dengan ayah, aku terus ke tempat kerja. Abang long sudah berkahwin. Isterinya, Nur Syakina dan mempunyai dua orang anak iaitu Puteri Sofia dan Megat Haziq. Alang dan achik pula sedang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara. Ateh dan adik semestinya sudah ke sekolah. Tidak hairanlah rumah itu sunyi.

Pon!! Pon!! "Patutlah. Dah lampu hijau rupanya."

Pon!! Pon!! "Ye nak jalan lah ni. Sabarlah sikit." Sempat juga aku termenung. Muiz ketawa kecil.

Sepupuku SuamikuWhere stories live. Discover now