Bandar Temerloh. Bandar yang cantik. Dimana terletaknya Sungai Pahang. Merupakan bandar kedua terbesar selepas Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Pada hari yang bersejarah itu, penduduk penduduk bandar menjalani aktiviti mingguan mereka pada pagi ahad, iaitu mengunjungi pasar pagi. Sebahagian dari mereka pula mengunjungi taman bandar ditepi sungai yang telah dibina untuk kemudahan orang ramai. Suasana yang aman, harmoni dan bahagia dapat dilihat daripada pasar itu. Namun, ianya hanya seketika. Tiba-tiba..
"Boommmmm!!!" Bunyi letupan kedengaran ditengah2 pasar yang aman harmoni tersebut.
Suasana yang aman dulunya telah menjadi huru hara. Orang ramai ketakutan, darah-darah bersemburan dimerata rata tempat, mayat-mayat bergelimpangan. Mereka bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Pada ketika itu, sekumpulan tentera tidak dikenali datang dengan 30 pacuan empat roda dengan Machine Gun dibelakangnya. Dihadapan mereka berkibaran satu bendera hitam dengan palang putih dan bertulis perkataan Flamoj de Furiozo. Kesemua mereka berpakaian hitam dan menutup muka mereka dengan topeng.
Kumpulan tersebut kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan sebagai tanda amaran.
"Bang! Bang! Bang!" Bunyi tembakan tersebut telah menakutkan orang ramai yang bertempiaran lari. Mereka semua tunduk. Kelihatan beberapa anak-anak kecil turut menangis kerana terlalu takut.
Salah seorang ahli kumpulan pengganas itu kemudian turun dari pacuan empat roda tersebut. Dia kemudian berkata.
"Ini adalah satu penaklukan. Bandar ini akan kami takluk dan seterusnya seluruh Malaysia" katanya
"Anda semua perlu tunduk pada perintah kami dan ketua bandar ini sekarang ialah saya, Ahmad Cesar Fernandez." Ujarnya lagi.
Dia kemudiannya mengarahkan sebahagian daripada kumpulan itu untuk mengawal orang ramai yang telah ditawan manakala sebahagian lagi mengikutnya untuk menakluk nadi Bandar Temerloh iaitu Dewan Bandar.
20 pacuan empat roda tersebut mula meninggalkan kawasan pasar tersebut untuk menuju ke Dewan Bandar dan 20 pacuan empat roda dilihat masih tidak mencukupi kerana dibelakangnya kelihatan 30 buah lagi yang mengikutnya. Kesemuanya bergabung dan menjadi 50 buah pacuan empat roda.
Ketibaan mereka ke Dewan Bandar rupa rupanya telah disambut dengan pasukan tentera dan polis yang telah bersedia awal. Polis melepaskan beberapa das tembakan tanda amaran namun tidak diendahkan. Sebaliknya, kesemua tentera-tentera pengganas tersebut telah menggempur mereka.
"Popopopopopopopop" bunyi tembakan raifal jenis AK-47 mula kedengaran.
Suasana Dewan Bandar yang aman itu telah bertukar menjadi medan perang. Bunyi balas membalas tembakan raifal, bunyi bom yang dilontar kedengaran.
Tiba-tiba, satu peluru berpandu dilepaskan ke arah pasukan polis dan tentera yang cuba mempertahankan Dewan Bandar itu.
"Boommmm!!!!!" Bunyi yang kuat itu telah menyebabkan separuh daripada pasukan polis dan tentera yang berkawal itu mati. Suasana menjadi senyap kerana masing masing terkejut dan kemudiannya satu lagi peluru berpandu dilepaskan dan membunuh kesemua pasukan polis dan tentera tersebut.
Dewan Bandar yang menjadi pusat pentadbiran Bandar Temerloh itu akhirnya ditawan dan bendera Flamoj de Furiozo telah dinaikkan sebagai tanda bandar tersebut ditakluk.
Mereka seterusnya menyerang kawasan kawasan lain dibandar Temerloh dan menawan sebuah kem tentera. Keseluruhan kawasan Temerloh ditawan pada Jam 5 petang.
"Kita telah berjaya menawan seluruh Bandar Temerloh Tuan" lapor Zainal, pembantu pengurus kumpulan itu kepada Ahmad Cesar.
"Bagus. Hahaha. Mari kita rayakan kejayaan pertama kita malam ini disini. Dewan ini telah menjadi saksi kejayaan kita menakluk bandar ini." Balas Ahmad dengan penuh gembira.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gen 7
ActionSatu kumpulan pengganas bernama Flamoj de Furiozo telah menyerang kawasan tengah Malaysia dan mengambil alih Bandar Temerloh dan Bandar Bentong. Misi mereka adalah untuk menyerang Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melumpuhkan sistem pentadbiran Malay...