Chapter 6: Tanpa Sengaja

244 4 13
                                        

Sepasukan Polis, Jabatan Forensik telah tiba ke tempat kejadian. Mereka menyiasat apa saja tentang Robert Lim, daripada mayatnya sendiri hinggalah rekod-rekod peribadi. Zulfahmi dan Syamimi hanya berdiri ditepi pagar rumah Robert Lim. Mereka berdua kelihatan sugul dan masih tertanya-tanya mengapa Robert Lim dibunuh. Kemudian datang seorang pegawai Polis.

"Encik Zul dan Cik Syamimi. Kami dah lakukan siasatan pantas dan kami mendapati mangsa dibunuh 7.50 petang. Mangsa ditetak dibahagian leher dan ditikam dibahagian perut. Kami tak jumpa sebarang senjata dan jejak penjenayah. Selain itu, mangsa juga mempunyai rekod hutang mencecah RM300,000. Kami syak yang membunuh Robert adalah dari golongan 'Ah Long'. Apa pun, kami akan lakukan siasatan terperinci. Segala siasatan kami akan kemaskini dari semasa ke semasa." Terang pegawai Polis itu dengan agak panjang lebar.

"Terima kasih atas penerangan. Kalau takde apa-apa lagi, kami mahu pulang." Jablwab Zulfahmi.

"Awak berdua boleh pulang."

"Baiklah."

Mereka berdua menaiki kereta dan kemudian bergerak keluar dari kawasan perumahan Robert Lim.

"Robert Lim sudah mati. Bagaimana kita nak cari ahli baru untuk gantikan dia?" Tiba-tiba Syamimi bertanya.

"Entahlah. Aku pun dah kusut bila fikir pasal ni. Aku rasa eloknya biar kita kumpul ahli-ahli lain dulu dan lepas tu baru fikir pasal pengganti dia." Jawab Zulfahmi.

"Ohhh. Jadi lepas ni kita nak kemana?"

"Kita akan stay disini. Sebab aku nak pergi ambil senjata. Kita akan cari rumah penginapan sementara yang sesuai."

"Okay."

Setelah dua hari berlalu, Zulfahmi dan Syamimi pergi semula ke gudang senjata milik Yusof Tashfin. Mereka berdua menyampaikan berita sedih tentang kematian Robert Lim kepadanya.

"Sangat menyedihkan. Kawan baik aku, banyak yang kami dah lakukan bersama. Dialah yang selalu jadi model senjata aku. Sekarang dah takde lagi." Kata Yusof Tashfin.

"Sabarlah. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Tapi berdasarkan siasatan polis, dia berhutang sebanyak RM300,000 dengan sebuah syarikat pinjaman wang. Kau ada tahu apa-apa tak pasal hal ni." Tanya Syamimi pula.

"Aku tak tahu. RM300,000? Mengapa dia berhutang sebanyak itu? Dia tak cerita pada aku pun. Kalau tak, dah tentu aku akan tolong dia."

"Mungkin dia tak mahu menyusahkan kau."

"Ya mungkin. Apa pun, yang pergi tetap akan pergi. Senjata yang kamu tempah tempoh hari aku dah siapkan. Jadi kamu berdua boleh ambil dan teruskan perjuangan."

"Okay. Terima kasih banyak-banyak."

"Sama-sama."

Kesemua senjata yang ditempah telah dimasukkan kedalam lori kebal yang dibawa dari pejabat MSI di Kuala Lumpur.

"Bawa senjata ni ke pejabat MSI. Nanti kami akan datang dan ambil." Arah Zulfahmi.

"Baiklah."

Mereka berdua pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

"Zul, lepas ni kita nak cari siapa?"

"Buka fail tu. Tengok nama Jamal. Orang tu la yang kita akan cari."

"Di KL? KL tu besar kot."

"Alamat rumah ada. Lagipun budak-budak MSI tahu dia dimana. Pandailah diorang buat kerja."

"Ohhh. Jadi, kau cari aku haritu pun dengan cara ni lah kan?"

"Taklah, aku gunakan GPS hatiku yang mampu kesan kau walau dimana pun kau berada. Hehe."

Gen 7Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang