Disebuah bilik yang luas. Kelihatannya seperti bilik mesyuarat. Ya, memang bilik mesyuarat. Di dalam bilik tersebut, tujuh orang sedang berkumpul membincangkan sesuatu. Sesuatu yang mustahak dan berbahaya. Zulfahmi kelihatannya sedang memberi penerangan sementara Syamimi, Jamal, Hafiz, Hakimie, Amirun dan Hakim mendengar dengan penuh teliti.
"Sebelum kita mulakan serangan, kita kena buat intipan dulu. Takkan nak serang secara membuta tuli. Kalah kita nanti." Kata Zulfahmi.
"Ada sesiapa disini yang pandai menggunakan komputer?" Tanya Zulfahmi pula.
"Aku pandai." Hakimie menjawab.
"Oo. Baiklah, Mirun, tolong ambil laptop yang di hujung sana tu." Arah Zulfahmi sambil menuding ke arah hujung meja itu.
"Hakimie, aku nak kau cuba dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh pasal Genting Highlands. Jalan tikus, siapa yang dibenarkan keluar masuk, data-data pasal Genting Highlands, semua lah. Fokuskan pada siapa yang dibenarkan keluar masuk tempat tu dulu." Arah Zulfahmi panjang lebar.
"Kejap" Jawab Hakimie. Dia kemudiannya memulakan kerjanya. Menekan papan kekunci laptop tersebut. Memberi fokus kepada skrin dan kemudiannya..
"Cantikkk." Kata Hakimie.
"Kenapa?" Tanya Zulfahmi.
"Menurut data yang aku dapat, hanya lori yang bawa tayar saja yang dibenarkan masuk. Itu pun dengan kawalan ketat." Terang Hakimie.
"Lori bawa tayar. Untuk apa?" Tiba-tiba Syamimi bertanya.
"Nampaknya mereka nak gunakan tayar sebagai perisai untuk kubu mereka. Mereka nak bina kubu." Amirun mencelah.
"Tapi untuk apa? Mereka boleh bina pakai konkrit, keluli. Kenapa nak pakai tayar." Tanya Jamal pula.
"Aku tak fikir mereka mampu bayar kos untuk beli keluli, konkrit dan sebagainya tu. Sebab tu mereka gunakan tayar." Jawab Hafiz.
"Lagipun aku fikir, itu kubu sementara saja. Lepas ni mereka mungkin akan bina kubu yang lebih hebat lagi." Tambah Hakim pula.
"Ohh akhirnya aku faham. Baiklah kita akan mulakan misi pengintipan esok. Aku akan mula bahagikan tugas. Dengar elok-elok ya." Kata Zulfahmi. Dia mula menerangkan strateginya.
"Jamal dan Mimi, aku nak korang berdua pergi naik ke Genting Highlands esok." Zulfahmi mula menerangkan.
"Apa? Weh kau gila ke?" Syamimi mencelah. Dia agak terkejut dengan arahan Zulfahmi.
"Sabarlah. Dengar dulu. Korang berdua akan curi lori tayar tu dan naik ke Genting untuk buat kerja-kerja intipan. Untuk Hakim dengan Hafiz, aku nak korang berdua intip Ketua Pengarah MSI, Datuk Ahmad tu. Aku syak dia buat sesuatu yang mencurigakan dibelakang kita. Kemudian bawak keluar senjata yang aku tempah tempoh hari. Hakimie, kau teruskan dengan kerja-kerja komputer kau. Kumpul sebanyak mana maklumat yang boleh. Kemudian update kepada aku dari semasa ke semasa. Amirun dengan aku akan cuba dapatkan kereta yang sesuai untuk kita guna nanti." Zulfahmi menyambung penerangannya. Agak panjang lebar.
"Okay. Tapi macam mana kau nak dapatkan kereta tu Zul, kau nak pergi berlumba ke apa?" Tanya Syamimi.
"Eh taklah. Ini bukannya cerita Fast Five, aku ada seorang kawan, dia ni penyimpan dan pengedar kereta bawah laut. Bawah laut tu maksudnya tanpa cukai." Jawab Zulfahmi.
"Oo. Okay. Jadi bila kita boleh mulakan kerja?" Tanya Syamimi.
"Sekarang!" Jawab Zulfahmi.
***
Disebuah gudang kereta, Kuala Lumpur.
Zulfahmi dan Amirun mula memasuki kawasan gudang tersebut. Kedua-duanya memakai cermin mata hitam dan berpakaian biasa. Pemilik gudang itu, Lee Kim Her menyambut kedatangan mereka berdua.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gen 7
ActionSatu kumpulan pengganas bernama Flamoj de Furiozo telah menyerang kawasan tengah Malaysia dan mengambil alih Bandar Temerloh dan Bandar Bentong. Misi mereka adalah untuk menyerang Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melumpuhkan sistem pentadbiran Malay...