Temerloh, Malaysia
"Satu kumpulan pemberontak yang diberi nama Flamoj De Furiozo telah menyerang serta menawan sebuah bandar di Malaysia."-CCN
"Ahmad Cesar Fernandez mengetuai serangan satu kumpulan pengganas di Pahang, Malaysia. Beliau ialah seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Poland. Pihak Poland akan bekerjasama dengan Malaysia untuk menangkapnya."- WJJ
"Temerloh huru-hara. Serangan pengganas ditemerloh telah menyebabkan kematian lebih 200 orang awam, 457 polis dan tentera. Lebih 4000 orang awam menjadi tebusan."- Buletin Awatni
"Malaysia isytihar darurat di kawasan Temerloh, Bentong dan Maran. Orang ramai diberikan perintah berkurung. Seluruh anggota polis dan tentera dikerah bagi mengawal sempadan."- Berita Hairan
"PBB ucap takziah, sifatkan serangan sebagai serangan terburuk yang pernah berlaku di Malaysia"- APF
"Hahahahaha. Sekarang, kumpulan kita sudah mendapat perhatian seluruh dunia. Kita patut bergembira dan raikannya. Betul tak sayang?"- kata Ahmad Cesar kepada isterinya, Haziqah.
"Betul tu. Padan dengan muka mereka. Dulu mereka dah bunuh keluarga kita dengan kejam hanya kerana kita mahu tinggal disini dengan aman, sekarang ini, negara ini kita akan tawan." balas Haziqah dengan nada penuh dendam.
"Tapi ini baru langkah pertama sayang. Kita masih perlu menawan satu lagi bandar sebelum mara ke Kuala Lumpur." Kata Ahmad. Wajahnya kelihatan yakin.
"Kalau begitu, cepatlah tawan bandar tu, kita dah tak cukup masa ni. Tentera negara ni mesti dah kerah tentera dengan aset mereka untuk hancurkan kita." Balas Haziqah, sedikit risau.
"Takpe. Kita ada lebih 3000 tebusan. Mereka tak boleh bertindak secara membuta tuli." Balas Ahmad dengan penuh keyakinan.
"Zainal, sediakan kelengkapan serta tentera kita. Malam ni kita akan invade Bentong. Aku dah panggil tentera tambahan. Kita tunggu mereka di Lanchang malam ni." Arah Ahmad kepada Zainal.
"Baik bos."
Lanchang, Malaysia
Kelihatan pengganas-pengganas Flamoj de Furiozo mula bergerak dan berhenti di satu kawasan. Pelbagai jenis senjata dibawa. Raifal, pistol, pelancar roket, machine gun, bom. Seorang daripada mereka memegang satu beg hitam. Besar. Nampak agak berat. Dia kemudiannya datang kepada Ahmad Cesar. Ahmad Cesar kemudiannya mengeluarkan satu beg kuning dan menukarkan beg itu dengan beg hitam tadi.
"Bagaimana dengan senjata terbaru itu, boleh digunakan." Tanya Ahmad Cesar kepada lelaki itu.
"Boleh bos. Kalau bos tak percaya. Bos boleh cuba. Buatan Rusia ni bos. Canggih." Kata lelaki itu dengan penuh yakin.
"Baiklah, saya cuba."
"Bang!" Lelaki tersebut mati ditempat kejadian. Anggota pengganas lain terkejut."Kita tak boleh biarkan dia ni hidup. Dia amat berbahaya kepada organisasi kita. Dia tahu banyak maklumat tentang organisasi kita. Tanam dia." Arah Ahmad dengan muka yang agak bengis.
Tiba-tiba telefon berdering.
"Bos, kami kena gempur bos. Depa serang kami. Depa bawak keta perisai. Keta kebai bos. Macam mana ni?"
"Lawan mereka. Gunakan 'senjata' tu." Jawab Ahmad Cesar.
"Takkan nak guna senjata ni bos? Bahaya ni"
"Guna je. Hancurkan mereka." Tegas Ahmad.
"Bereh bos."
"Bereh."
![](https://img.wattpad.com/cover/56834834-288-k986762.jpg)
YOU ARE READING
Gen 7
AksiSatu kumpulan pengganas bernama Flamoj de Furiozo telah menyerang kawasan tengah Malaysia dan mengambil alih Bandar Temerloh dan Bandar Bentong. Misi mereka adalah untuk menyerang Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melumpuhkan sistem pentadbiran Malay...