Pejabat MSI, Kuala Lumpur, Malaysia
Zulfahmi melangkah masuk kedalam bangunan pejabat itu, dia melangkah dengan riak muka yang serius. Kemudian dia masuk kedalam bilik pejabatnya dan meletakkan beg kerjanya diatas meja. Pintu biliknya diketuk dan dia hanya sebut "Masuk". Kelihatan Hani, Pengurus Bahagian rekod dan data-data memasuki bilik itu.
"Silakan duduk."
"Ermm Tuan, saya sudah ambil lima fail rekod pegawai terbaik yang Tuan minta semalam. Ini dia."Hani menghulurkan kelima lima fail tersebut kepada Zulfahmi. Zulfahmi memberikan semula fail itu kepadanya kerana dia ingin mengetahui serba sedikit tentang 5 pegawai terbaik itu.
"Terangkan kepada saya, tentang lima pegawai itu." Pinta Zul.
Hani mengambil fail tersebut dan mula memberi keterangan.
"Yang pertama ni namanya Jamal. Dia merupakan orang yang bertanggungjawab menewaskan pengganas Marky yang pernah menyerang Perak satu ketika dahulu."
"Yang kedua, Robert Lim. Dia ialah seorang penembak tepat. Pakar senjata. Dia pandai mengendalikan senjata yang berat dan berbahaya."
"Yang ketiga dan keempat ni, kembar. Hakim dan Hafiz. Mereka sentiasa bersama, banyak misi yang dilakukan oleh mereka berjaya diselesaikan dengan cemerlang. Mereka berdua lah yang sering memberi maklumat tentang kegiatan dadah di negara ini."
"Dan yang terakhir, seorang perempuan. Namanya Syamimi. Seorang penembak tepat yang berani. Dia ialah seorang Inspektor di IPD Johor Bharu. Dia juga merupakan bekas ejen MSI. Dia keluar dari MSI atas sebab yang saya sendiri pun tak tahu. Rasanya Tuan kenal dia dia ni." Terang Hani.
"Ya, saya amat mengenali Syamimi. Kami pernah berjuang bersama-sama dulu. Skil menembak dia amat mengagumkan. Dia ialah penembak tepat terbaik yang kami pernah ada. Tapi sayang, dia keluar dari MSI sebab misinya gagal. Misi yang telah memberikan kesan yang besar dalam hidup dia. Sampai sekarang saya masih tak dapat berhubung dengannya lepas dia keluar dari MSI." Zulfahmi bercerita sambil membetulkan kedudukannya. Nadanya agak sedih, pilu.
"Saya akan pegang fail ni. Kamu boleh balik ke tempat kamu." Kata Zulfahmi kepada Hani.
"Baiklah Tuan. Jadi lepas ni, Tuan nak kemana?" Tanya Hani.
"Saya akan ke Johor." Jawab Zul.
Johor Darul Takzim
Kereta Proton Inspira kelihatan sedang bergerak laju. Kereta tersebut dipandu oleh Zulfahmi. Kelihatannya dia memandu sambil memikirkan sesuatu. Teringat kenangan lalu.
"Mimi, takkan kau nak pergi macam tu saja. Kau hanya gagal satu misi. Takkan hanya disebabkan oleh kegagalan kau, kau nak berhenti berjuang?" Zulfahmi mula berkata kata setelah mengetahui yang Syamimi meletakkan jawatannya.
"Zul, aku tak boleh teruskan lagi. Disebabkan kegagalan itu, aku dah kehilangan salah seorang ahli keluarga aku. Aku tak sepatutnya tembak penjahat tu, tak patut. Kalau tak, mesti abang aku masih hidup. Aku tak mampu Zul, tak mampu nak teruskan lagi. Biarlah aku keluar, atas dasar tanggungjawab kepada MSI dan keluarga aku." Jawab Syamimi. Dia menangis. Teresak-esak.
"Habis bagaimana dengan pasukan kita. Aku macam mana? Kita selalu selesaikan misi sama-sama, takkan kau nak biar aku seorang diri?" Zulfahmi bertanya kembali. Suasana yang hiba.
"Teruskanlah perjuangan kau. Perjuangan aku tamat disini. Aku pergi dulu." Syamimi kemudiannya berlalu pergi. Dia tak menoleh ke belakang lagi.
Tiba-tiba telefon berdering. Zulfahmi kemudian menjawab panggilan itu.
"Tuan Zul, Inspektor Syamimi sedang bertugas, dia berada di Larkin sekarang. Dia sedang menggempur kumpulan pengedar dadah terbesar di Johor." Katanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gen 7
AcciónSatu kumpulan pengganas bernama Flamoj de Furiozo telah menyerang kawasan tengah Malaysia dan mengambil alih Bandar Temerloh dan Bandar Bentong. Misi mereka adalah untuk menyerang Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melumpuhkan sistem pentadbiran Malay...